Wednesday, January 30, 2008

muhasabah dulu

Salam.. Hari ni aku muhasabah diri sebelum aku baca Yassin. Banyak betul kematian sejak akhir2 ni. Agaknya bila turn aku erk? Kadang2 aku takut juga sebab maklumlah, aku ni tidak banyak beramal..dosa banyak larr.. Apapun, al Fatihah buat yang telah pegi. Erm, kita tukar topik ya. `Senang ja cakap tapi susah mau lakukan`.. Betullah tu sebab aku sudah rasa sendiri. Mmg senang kata mau disiplinkan diri tapi susah betul mau buat. Puasa 1 tahun pun tidak sesusah ni. Punyalah penat menahan mulut dari tidak bercakap, tidak tidur siang, fokus 100% dalam kelas & macam2 lagi la.. Tapi sabar itu separuh daripada iman!! I`ll try my best!

Thursday, January 3, 2008

sekolah!

Hari ni hari pertama aku pegi sekolah as a form 5 student.. Macam tidak percaya 10 tahun berlalu tanpa aku sedar. Dulu aku banyak wasting time untuk main, gosip, ketawa & suka sangat bercakap..akhirnya menyesal perbuatan sendiri. Betullah mutiara kata ni, orang yang banyak bercakap tidak banyak masa untuk berfikir..So kalau boleh tahun ni aku mau hargai emas yang berputar2 tanpa tunggu aku tu. Aku tidak mau pisang berbuah 2 kali..

Wednesday, January 2, 2008

Kejayaan

Kejayaan ialah hadiah kepada insan yang berfikir, berusaha, beriltizam dan berani untuk menghasilkan sesuatu yang baru..
3 kunci kejayaan orang Islam = usaha + doa + tawakal

Tuesday, January 1, 2008

Kita berjaya jika kita berusaha untuk bangkit daripada setiap kejatuhan..Kegagalan itu tidak lain hanya menunjukkan bahawa keinginan kita untuk berjaya tidak cukup kuat..

First Timer

 Happy New Year 2008!! Sekarang sudah tahun baru..Umur pun sudah mau meningkat tau!Most important is tahun ni aku ambik SPM!!Aku pun tidak tau mau buat azam apa sempena tahun baru ni sebab every year aku buat azam tapi at last..hampeh jer...Biasalah,manusiakan..Tapi bila aku sudah muhasabah diri,aku sedar yang aku ni jenis yang hangat2 taik ayam skit..Oleh sebab tidak mau perkara sama berulang tahun ni,aku tidak mau target any goal lagi tapi mau struggle 4 the best..Insya Allah,I`ll make my dreams come true!!Wish me luck!!