Wednesday, March 16, 2011

Keluarga Baru

Annyeong!! Ceh! Mode Korea la pula..hehe. Sekarang aku sudah tukar daripada mode Hindi kepada Korea. Terpulanglah kalau orang mahu kata aku ni fanatik sangat dengan Korea..well, I know I'm not. Aku minat sangat FT Island (especially Lee Jae Jin.. >/////<") tapi itu tidak bermakna aku obsess. Aku rasa happy sebab bila jadi Primadonna (FTI fan's name) ni, aku dapat ramai kawan. Dari luar negara lagi, yang sudah semestinya perempuan! Kalau tidak, siapalah yang mahu berkawan dengan insan kerdil lagi hina ni (nada melankolik). Eh, tersasar sedikit pula entry aku ni. Sepatutnya aku coret pasal keluarga baru kan?? Astagfirullahalazim..betapa pelupanya insan yang bernama Siti Asdiah ni.. (-_-") Ok, biar aku ceritakan pasal family members yang baru ni..


Yang lelaki tu abang aku..dia satu2nya abang yang aku ada & dialah yang paling sulung. Sebelah dia tu pula sah2lah kakak ipar aku, kak Myra. Tinggi skit daripada abang aku tapi tidak apa juga tu kan..jodoh. :)


Ok, yang kecik molek tu kakak aku. Dia memang kecik, malah aku lebih besar daripada dia (selalu sangat orang kata aku kakak.. =.=").. Dia pun satu2nya kakak aku & dia anak kedua daripada kami 4 orang adik beradik ni. Hah, tu abang ipar aku yang sangat besar..kekeke. Dorang sudah lama kenal & alhamdulillah sampai juga ke jinjang pelamin.

Fuh!! Panjang juga coretan aku kali ni ya(eh, yakah??)..haha. Apa pun, aku doakan pasangan2 ni kekal & bahagia hingga ke alam syurga..amin.

p/s : doakan aku juga ya..semoga bertemu dengan jodoh yang terbaik..insya Allah. ^^

No comments:

Post a Comment