Monday, May 21, 2012

Spesel entri for mai CUCU!

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum wbt..salam kasih sayang buat pembaca. (^_^)v

Sebagaimana yang telah jellllass terpapar pada tajuk entri kali ini, aku ingin bercerita tentang seorang insan yang 'spesel' dalam hidupku. Cucu. Bukan cucu daripada darah dagingku sendiri kerana diri ini hakikatnya belum dimiliki secara halal dunia akhirat oleh sesiapa (oh, apa yang aku merepek!). Astaghfirullahalazim. Ok, biar aku ceritakan serba sedikit tentang dia dan bagaimana aku kenal dia dan dan dan..mengapa dia spesel kepada aku.

Dia ni aku kenal di sini. Universiti Malaya. To be spesific, Kolej Kediaman Kinabalu. Aku tahu tentang kehadirannya sejak Minggu Haluan Siswa. Aku ingat kali pertama kami berjumpa, PUISI. Ya! Inilah jalan Allah menemukan kami. Kami bekerjasama sebagai pendeklamasi puisi kolej 8. Sangat senang bersama dia, mungkin kerana komunikasi jadi mudah. Habis MHS, hubungan pun jeda seketika. Hanya senyum dan bertanya khabar jika terserempak di mana2. Tapi alhamdulillah, kami tetap mudah berhubung melalui laman sosial terutamanya kerana kami senegeri. :)

Aku juga terhutang budi pada cucuku ini. Masih ingat, aku jadikan dia sumber rujukan ketika perjalanan balikku dari LCCT ke UM. Disebabkan itu pengalaman pertamaku mencari jalan pulang bersendirian (chewwah!), aku berkali2 merujuk padanya yang aku kira laksana 'taiko' yang tahu serba serbi. Alhamdulillah, perjalanan dipermudah Allah dan aku tiba dengan jayanya..hehe.

Jodoh pertemuan di tangan Allah. Aku kembali 'diikat' bersamanya dengan tautan yang sama, PUISI. Sekali lagi kami berkolaborasi sebagai pendeklamasi. Aku banyak belajar daripada dia..dan mereka2 yang lain juga. Melalui platform ini, aku jadi semakin rapat dengan dia. Banyak masa dihabiskan bersama. Lebih2 lagi bila kami juga 'patner in crime'..hehehe..biarlah rahsia. DAN! Melalui pertandingan puisi inilah aku mendapat title nenek..dan aku memberinya title cucu. Aku jadi semakin sayang dengannya. Cukup ambil berat. Sampai ada yang mempertikaikannya. Mungkin bagi orang lain, lelaki dan perempuan yang tiada kaitan tidak mungkin serapat kami. Tapi percayalah, aku sayang dia macam seorang kawan kepada kawan baiknya..seperti kakak kepada adiknya..seperti ibu kepada anaknya..seperti nenek kepada cucunya. Walaupun pada hakikatnya, dia lagi tua daripada aku. Mungkin aku tend to take care boys sebab keinginan mendapat adik lelaki sudah tidak tercapai. Semakin hari semakin rapat. Aku tahu kisahnya, dia tahu kisahku. Namun, tidaklah terlalu peribadi yang dijadikan bahan perkongsian kerana kami masih sedar batas2 ikhtilat antara yang bukan mahram. Kami tetap rapat sebagai teman senegeri, teman sesurau, teman sekolej, dan extra skit, teman se'adik patriot' kakak Marsis yang sama. Kak Dayang. Jadi, banyak benda yang kami kongsi..itulah hubungan kami.

Oklah, itu sahaja yang ingin kusampaikan kali ini. Entri ini sebenarnya sebagai surprise present untuk birthdaynya yang sudah lepas..hehehe. So, biar aku perkenalkan cucuku yang terchenta..tadaaaaa!!!


Mohd Rozlin bin Manan..atau nama manisnya (yang buat orang ingat dia perempuan..hehehe)...Rozlin Adrenalin. Comel orangnya. Baik dan tegas. Siapa2 yang berkenan, sila merujuk dahulu kepada aku sebab ada ujian2 yang perlu dilepasi. :p

p/s untuk cucu : semoga cucu menjadi insan yang terbaik untuk dunia dan akhirat..inshaAllah. ingat kata2 nenek selalu, "kita di negeri orang ni kena saling menjaga sebab kitalah keluarga antara satu sama lain"

p/s : saya tahu awak boleh jaga cucu saya ni elok2. inshaAllah, sampai masanya dan jika itu kehendak Allah..awak akan jaga neneknya pula. ;)

2 comments:

  1. wow!nenek..nk nenek xtra jgak haha

    ReplyDelete
  2. loqlaq la al ni...
    kalau nak nenek yang comei macam as, kena jadik baik dan comei macam cucu as ni..hehehe

    ReplyDelete