Monday, December 31, 2012

Matahari Tahun Baru

Assalamualaikum. Salam kasih sayang. :)

Allah. Waktu2 exam macam ini terasa banyak pula idea mencurah2 dari ladang gandum..hehe. Sebelum ni aku sudah terfikir untuk post entri pasal lintasan hati. Tapi bahan belum cukup. Dan lintasan hati mengatakan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk post pasal tu. (alasan!!) X apa, aku ada benda lain yang ingin cerita. Pasal surah matahari ni. As-Syams. Bukan mahu cerita pasal surah ni secara keseluruhan. Hanya dua ayat di dalamnya. Ayat 9 dan 10. Kenapa? Sebab maksud dia yang sangat mendalam. InshaAllah boleh bagi semangat untuk istiqamah..terutamanya buat budak comel baru belajar macam aku. Uhuksss! (~^_^~)v


boleh la hayati semasa baca dalam solat Dhuha nanti

Kalau kita telusuri maksud ayat ni, mesti perasan yang ayat ni merupakan ayat peringatan dari Allah. Ayat ni sebenarnya aku ingin tujukan kepada mereka yang sedang jiwa kacau seperti aku (aku tahu kawan2 aku banyak tengah jiwa kacau tu..huhu). Mungkin faktor tekanan exam. Mungkin juga kerana hal hajat ingin kahwin lain. Tapi kan, jangan lupa..Allah uji sebab Allah sayang. Kita minta kebijaksanaan, DIA berikan masalah untuk diselesaikan. Kita minta kekuatan, DIA bagi ujian. Teringat kata2 seseorang..Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. So, apabila kita berdoa semoga menjadi orang2 yang beruntung..Allah berikan kita pelbagai dugaan yang menggetarkan jiwa. Terpulang kepada kita bagaimana menjaga hati sama ada ingin biarkan bergelumang dengan dosa atau berusaha memeliharanya dari noda dunia. Ketuk kepala, tepuk dada, tanya iman. <3

Btw, mungkin ada yang tertanya2. Apa pula kaitan surah ni dengan tajuk tahun baru tu? Semangat sambut tahun baru ka? Hehehe..itu mungkin la kot. Tapi sebab utama..aku ingin mengingatkan hati sendiri pada tahun baru yang majoriti kita yang Islam ni sambut. Dalam kehidupan ni, kita akan sentiasa berhadapan dengan situasi yang genting. Dua hal yang lebih serupa yang akibatnya, ditentukan oleh kita. Ok, ayat mungkin berjela & susah difahami. X apa..nanti faham skit2 lepas ni. InshaAllah.

Akhir2 ni kita sering lihat macam2 program Islamik diadakan semasa ambang tahun baru. Tujuannya, mengelakkan kita alpa dengan sambutan tahun baru yang lagha (sia2) & banyak menjurus ke arah kemaksiatan. Osem! Nampaknya umat Islam sekarang sudah kreatif dalam berdakwah. Memberi jalan kepada masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam secara mudah. Islam tu kan mudah. TAPI..yang jadi masalah apabila perbuatan kita ni mungkin menyebabkan kekeliruan di kemudian hari. Kita kata, sambutan tahun baru Masihi tu bukan amalan orang Islam. Kalau kita sambut, seolah2 kita meraihkan agama lain. So, kita sedia majlis ilmu. Pada SETIAP AMBANG TAHUN BARU. Temanya pasal azam tahun baru, pasal perubahan tahun baru. Pengisiannya, ARTIS yang Islamik..mostly yang sudah berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Cantik la tu! Tapi..bagi yang x berapa faham seperti aku, program ni seolah2 sama dengan program sambutan tahun baru. Cuma konsepnya Islamik. Cukup menarik bila unsur agama diketengahkan tapi takut2 tanpa sengaja, kita lalai dalam sedar. Mungkin ini perasaan aku saja. Tapi mungkin kita boleh fikir sendiri. Susah mahu dapat program se-gah ini pada waktu2 biasa. Malah, program waktu tahun baru Masihi lebih hebat & menarik dari program waktu tahun baru Hijrah. Hmm..terpulanglah penerimaan pembaca. Ini pendapat aku sahaja. Budak baru belajar..yang mana, antara perkara utama yang aku belajar..syaitan itu sangat bijak dalam bermuslihat. Mungkin asalnya ia perkara yang baik tapi boleh menjadi buruk bila kita terlalai sikit dek tipu daya mereka2 ni.

Ok la..aku takut kena kondem pula kalau berhujah banyak2. Kalau mahu kondem juga, sila komen ya. Nanti kita berbincang dengan hikmah.

p/s : janji Allah tu pasti. bila tiba masa, semoga kita bersedia.

Friday, December 28, 2012

Penghuni-penghuni Gua

Assalamualaikum. Salam penghulu hari. :)

Sempena hari Jumaat yang mulia ditambah lagi dengan semangat 'study week', terpanggil untuk post tentang surah ke-18 dalam surat chenta dari Allah. Surah al-Kahfi. Surah yang banyak kaafiatnya. Banyak kelebihannya. Dulu aku pun tidak tahu. Aku kan budak comel baru belajar. (-_-")

Aku teringin cerita pasal surah ni secara keseluruhan tapi macam sudah banyak ditulis oleh orang lain. Paling simple mahu cari pasal apa sebenarnya ada dalam surah ni, kamu boleh check sini. Tapi, tahu saja mesti tidak best kan? Bah, cari pula maksudnya dalam tafsir surah kahfi ni sambil dengar bacaan surah ni. :)




Mungkin ada budak2 comel baru belajar seperti aku di luar sana yang masih belum tahu kenapa pembacaan surah ni sangat digalakkan setiap hari Jumaat dan juga ketika susah. Moh le kite cari kelebihan surah kahfi ni bersama. Hmm..boleh mula dengan baca yang ringan2 seperti dalam slide yang dikongsi oleh someone dalam fb. Eheemm..ni hah slide tu. Then bagi feel lebih, boleh baca page iluvislam ni pula. Btw, siapa yang ingin terlepas dari fitnah dajjal, boleh baca setiap hari. Tidak percaya? Baca page yang ni pula. Bukan tiap hari baca page, maksud aku baca surah al-Kahfi ya.

Oklah. Aku mahu sambung study ni..baik cepat bab aku jarang ada semangat study. :3

# Allah selalu ingatkan dan beri semangat melalui insan2 yang terchenta. lintasan hati. aku yakin itu. baik kan tuhan kita? inshaAllah nanti aku buat entry pasal ni pula. <3

p/s : ma'ataufiq wannajah fil imtihan awak yang comel. saya doakan kita mumtaz, untuk ummah. :)

Saturday, December 22, 2012

Tolong Buka Pintu

Pernah dengar, tidak...?

Ketika tertutup satu pintu nikmat, Allah akan buka sepuluh pintu lain dengan rahmatNya...



Hanya tinggal redha dan yakin dengan ketentuan Allah

Taubat juga begitu.


Jom hayati lagu Opick ni.. :)


Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Tuesday, December 18, 2012

Saling Mengingatkan

Satu perkara yang tidak mungkin berubah. Mati!

Maka, segerakan bertaubat. Ulang suara..SEGERAKAN BERTAUBAT.


kita bakal mati

p/s : teruskan menjadi insan yang mengingatkan saya pada Allah..dan kematian.

Thursday, December 13, 2012

Sujud Syukur

Renungan...

eh..silap! ni sujud special..few years to go, kan??
 
Renungkan dengan sebenar2 renungan..

hadirkan rasa kehambaan


Seandainya sujud syukur itu boleh dilakukan ke atas semua benda yang kita ingin syukuri..pasti aku tidak akan bangun dari sujudku. Sungguh, nikmat Allah itu terlalu banyak..malah sekecil zarah yang kumiliki adalah kurnia Allah yang tidak ternilai harganya.

Terima kasih Ya Allah. Besar kurniaMu. Banyak pertolonganMu. Bukan sikit ujian, tapi Kau sertakan lebih besar bantuan bersama kasih sayang. Kau hadirkan cintaMu dalam bentuk yang paling tidak tersangka. Romantik. Kau cinta teragung yang tidak mungkin ada gantinya.


p/s : melihat insan2 yang dichenta tersenyum jua suatu nikmat yang besar maknanya...semoga senyum itu kekal sampai bila2.