Friday, February 15, 2013

Full House dalam hati!

Alhamdulillah. Terasa macam baru semalam post entry..sekarang post entry baru lagi. Hari2 akhir bercuti ni memang bagi aku cukup masa untuk bercerita dan bercerita dan makan terus bercerita. (^_^)b

mohon DOA agar kekal bahagia

Alhamdulillah. Syukur banyak kali sebab cuti kali ni aku diberi peluang untuk berjimba bersama keluarga. Lokasi, Kota Kinabalu. Antara sebab kenapa aku suka dapat belajar jauh2, terasa hubungan kekeluargaan tu lebih dihargai. Bila dapat cuti yang masanya macam sekangkang kera (eh! sesuai ka?), aku dapat pujuk family luang masa sama2. X sama bila kita memang duduk sama2 then pergi bercuti. Feeling dia lain! Rasa setiap saat tu berharga. Rasa esaited untuk jumpa. Esaited bercerita tentang pengalaman masing2. Hampir sujud syukur seribu kali bila dapat peluang tengok dorang balik. X percaya? Cuba la!! :)

Siapa yang berminat untuk tengok beberapa video yang aku rakam sepanjang percutian tu, boleh buka link Utube aku ni. Gambar2 pula mohon rujuk di akaun fesbuk aku. :)

Percutian tu hanya 3 hari tapi rasa setiap saat tu adalah detik paling bahagia dalam hidup. Mungkin ada yang fikir aku bertuah & rasa diri tu malang bab mungkin x pernah rasa apa yang aku rasa. Allah! Sebenarnya kita semua sama. Allah sudah bagi kita nikmat seadil2nya. Cuma mungkin kita yang kurang bersyukur. Kita selalu mengharapkan untuk dapat rezeki seperti orang lain hingga kita lupa untuk melihat & mensyukuri rezeki yang ada di hadapan kita. Buka mata besar2, tengok sekeliling kita. Mungkin nikmat itu dekat tapi kita yang x nampak. Ingat, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada kita sebab mungkin satu hari nanti Allah akan tarik semua nikmat yang kita x syukuri tu.

Aku pernah kata, "bila satu pintu rezeki Allah tutup, pintu lain akan terbuka". Sebenarnya inilah yang aku rasa. Allah bagi aku kegembiraan ini bila aku sedang bersedih dengan sebuah kehilangan yang lain. Allah tu osem. Berbaik sangka la dengan setiap ujian yang DIA berikan. Even kalau kita x berbaik sangka, Allah tetap Maha Baik. Apa yang kita fikirkan, sebenarnya beri impak pada kita sendiri. Allah x perlu kita..kita yang perlukan DIA. Kunci kebahagiaan..redha dengan setiap ketentuanNya.

p/s : DOAkan aku terus redha. :)

No comments:

Post a Comment