Friday, February 8, 2013

Lari!!!!



Hari2 terakhir bercuti sem ni dengan mode merasai suasana persekolahan. Hari ni hari penutupan sukan peringkat sekolah SMK Bukit Garam II. Sekolah ni la yang menyaksikan tumbesaranku sebagai seorang pelajar sekolah menengah selama lima tahun. Sepanjang bersekolah di sini, macam2 aku sudah lalui. Hari sukan merupakan antara pebret aku di sekolah. Time ni, aku memang jaguh..tapi bukan jaguh bersukan, jaguh bersorak. Eheh..suara aku memang x boleh dinafikan kekuatan volumenya. Sekali aku menjerit, satu sekolah boleh dengar..bukan auta. X percaya, mohon rujuk mereka2 yang berkenaan sebagai saksi. Kadang2 makan hati juga bila ada yang bertanya dengan muka innocent, "budak lelaki mana yang jerit tadi tu?". (-_-")

Bila sebut pasal sukan, aku memang pernah cuba ikut macam2 acara. Tapi mungkin muka aku ni sudah ditakdirkan muka duduk tepi sorak2 ja..huhu. Eh, jap2! Aku master 1 acara. Perbarisan a.k.a kawad kaki. Boleh kata tiap tahun aku ikut sejak sekolah rendah. Pernah pegang sepanduk, jadi ahli dan paling kerap, jadi komanden. Guna anugerah yang satu tu untuk bagi arahan. (^_^)v Mau dijadikan cerita, aku selalu keluar last2 minit atau kelam kabut tukar baju lepas lintas hormat. Sebab..(segan bagitahu..huhu), ehem! Kebiasaannya, aku terlibat persembahan penutupan. Dua benda. Menari & Silat..paling kerap, menari. Kalau yang x kenal, mesti x percaya. Budak chomel yang baru belajar agama ni rupanya dulu penari sekolah.     Zaman jahiliyah..huhuhu. Masih minat tapi sebagai muslimah, alhamdulillah DIA selalu ingatkan aku tentang hukumNya. :') Btw, ni video pertandingan perbarisan tu.




Tinggalkan pasal era tarian. Jom aku ceritakan tentang rumah sukanku. Masa sekolah rendah, 6 tahun aku duduk bawah rumah sukan warna biru. Rumah sukan Wira kalau aku x silap. Then, naik sekolah menengah..aku berjodoh dengan warna hijau pula. Greg. Nama ribut yang berlaku di Sabah. Hmm..sepanjang aku duduk rumah sukan tu, x pernah johan sukan. Bila keluar, terus jadi hebat! (-_-") Lima tahun berwarna hijau tu aku teruskan masa di pra U. Almost two years aku di bawah rumah sukan tu (x ingat nama..huhu). Pelik! Kawan2 aku majoritinya akan berubah2 rumah sukan. Tapi aku?? Kalau sudah hijau dari form 1, sampai habis form 5 pun warn tu juga. Setia Hujung Nyawa..ahakss! Kejayaan yang paling kerap aku dapat masa hari sukan, of coz la kawad kaki. One of my best moments, bila PPIM yang X PERNAH menang kawad kaki akhirnya dapat JOHAN di bawah kendalianku. Nanti aku cerita pengalaman tu. Bukan niat takbur ka apa..just berkongsi cerita. Alhamdulillah sangat2 masa tu. :)

Oklah..sampai sini sahaja aku mahu berkongsi cerita. Duduk dalam pejabat mama memang buat aku rasa diri ini sudah berkerjaya..tua sudah! :p


pencahayaan itu penting! :p
p/s : ada guru sedang berurusan dalam bilik ketika gambar ini diambil..eheh!

Berdebar menunggu keputusan sem lepas. Semoga Allah bantu. DOA untuk kita semua..

p/s : bila betul niat mahu menyampaikan dakwah, Allah akan datangkan situasi. semoga apa yang aku lakukan, diterima di sisiNya.

2 comments:

  1. saya dulu budak ayu, tak pernah masuk kawad kaki, saya main hoki je tau... len2 semua cakap je,,hehe....

    eh, silat xtulis ke? ke saya yang tak jumpa? ngee.... (^__^)

    ReplyDelete
  2. Ada mention sket je..hehe. InshaAllah, nanti as post pasal kehidupan silat as dulu. Doa2 la as free melampau2 ea. ;p

    ReplyDelete