Thursday, May 30, 2013

Untuk Kau Sesungguhnya

Untuk kau yang aku chenta
Mana pernah aku dusta bila aku kata aku benar chenta! 
Dan kalau aku chenta, mana mungkin pernah ada sekelumit pun benci dalam jiwa. 
Aku tidak pernah dan tidak akan pernah, dengan izinNya.

Untuk kau yang aku chenta
Butiran dari tubir mata tumpah kerana kau aku chenta!
Aku memang insan yang suka semua,
Tapi kau aku chenta dan itu berbeza
Dan itu menjadikan kau punya sebab untuk buat aku kecewa.

Untuk kau yang aku chenta
Sebenarnya aku tidak duka, hanya sedikit hampa
Bukan perih, cuma sedikit iri
Kerana kau yang aku chenta sudah ada dia
Sedang aku masih mahu kau untukku
Dan sebelum kau terlupa, aku haloba
Bila aku jatuh, aku mahu kau seluruhnya
Memberi senyuman yang mungkin ya, jengkel kadang kala (heh!)
Tapi kemarin aku tersungkur, berdarah
Dan kau sudah hilang bersama bahagia
Seperti juga nostalgia lama chentaku dulu.

Untuk kau yang aku chenta
Tidak sedikit pun aku benci pada dia
Apatah lagi pada kau yang aku chenta
Sedang tiap manjaku pada Allah, ada kau di dalamnya
Kau bahagia, aku turut merasa
Lagi lagi bahagia dia, yang hakikatnya kau tahu aku damba
Cuma masaku mungkin belum tiba
Dan sebenarnya aku harap kau sudi temankan aku
Sampai kisah mimpiku pula jadi nyata, yang entah bila.

Untuk kau yang aku chenta
Selamat berbahagia bersama dia
Semoga ini yang terakhir hingga kiamat nanti
Macam yang kau selalu saja impi
Dan aku mahu undur diri sebagai sang penchenta yang budiman
Kerna aku tahu sakitnya cemburu
Kerna aku tahu ini yang aku mahu
Mungkin bagimu ia kekal sama, tapi hakikatnya semua berubah
Percayalah, aku tahu
Kerna inilah traumaku dulu.

Tapi wahai kau yang aku chenta
Jangan pernah risau
Kerna chenta ini mana pernah hilang sampai bila-bila
Kalau kau lelah, aku ada untuk merasainya
Kalau kau luka, air mataku ada untuk menangisinya
Yang itu kekal..macam selalu
Kerna kau aku chenta
SAHABAT hingga syurga..INSHAALLAH.


p/s : jangan ingat aku..tapi mohon jangan dilupa. dan dapatkan putera raja untuk sahabat baikmu ini..kan kau kata cita rasa kita sama. buktinya!

Monday, May 27, 2013

Exhausted. Struggle. Heading to this!


seriously!
Seperti mahu lari..hilang seketika. Mungkin macam x matang kalau lari..tapi tekanan datang bertimpa2, bukan mudah mahu hadapi semua. Yang pasti, bukan sekarang.

Orang mudah simpati, tapi susah empati. Maka, malas mahu buat muka sedih. Cuba senyum & gembira sehabis baik. Cuba membantu & memujuk mereka yang juga dilanda rusuh. Bukan mahu menipu, cuma berusaha menjadi seperti Rasulullah..wajahnya sentiasa menenangkan mata yang melihatnya, bicaranya mendamaikan hati yang mendengarnya.. :)

Alhamdulillah. Dalam sulit itu, Allah masih bagi aku kekuatan. Ada keluarga yang selalu menyemai kekuatan. Ada sahabat yang sudi mengetuk aku, beri kesedaran. Ada insan2 yang hadir mungkin hanya seketika tapi bagi kesan yang maha hebat. Terima kasih Allah. Terima kasih kalian.

Maka, inilah yang berlaku sepanjang aku cuba menahan sendu..yang sebenarnya berjaya membuahka beberapa butir air mata yang tertahan2.

Geng jalan tanpa tujuan? Eh, ada la!
Ok. Penat. Tapi ada kegembiraan. Alhamdulillah sekali lagi. (gambar aktiviti lain, lain masa baru muat naik..huhu) Sudah selesai mencari sinar..ya, sekarang kembali bertarung untuk siapkan tugasan yang 4 itu. Tinggal 2 minggu..untuk ini!!

Mohon doa. (dan sedikit chenta..mungkin?)


p/s : aku x pernah sempurna. lihatlah sisi lemah ini & sedarkan aku..betapa aku x mampu membahagiakan dirimu. atau siapa pun.