Wednesday, July 24, 2013

Kita belum merdeka?

Alhamdulillah..sedar x sedar sudah separuh Ramadhan kita lalui. Hari ni masuk 15 Ramadhan, bulan tenga penuh tu..try tengok di luar. Chantek!! Subhanallah.. (iklan! :p ) Apsal aku tiba2 buat entri pasal merdeka ni? Kita masih dalam bulan Julai..jauh lagi menuju 31 Ogos tu. Bro, sis..kalau ikut merdeka yang tu memang la jauh lagi. Yang aku maksudkan di sini bukan merdeka negara tapi merdeka dosa..merdeka jahiliyah. Maksud merdeka itu sendiri apa? Bebas kan?? Lalu, pantas la aku bicara soal bebas dosa, bebas jahiliyah tika ini. Erk..bahasa ni? (-_-")

Masha-Allah, baiknya Allah pada kita!
Aku rasa, kalau cerita pasal puasa ni pun semua orang sudah lali mahu dengar. Berlambak maklumat tentang puasa, mengenai fadhilat2nya di internet, buku2, majalah2, tv and so on. Tinggal rajin atau x untuk mencari tahu tu saja yang akan membezakan antara orang yang berilmu dengan orang kebanyakan. Tapi, alang2 sudah duduk menghadap lappy ni biarlah aku bagi sedikit nasihat tentang puasa ni..moga2 ada manfaat pada kalian. Islam itu kan agama nasihat. ;)

peluang merdeka dari dosa2 lepas..
lagi best dari peluang menang percutian setahun di Hawaii!

Dosa, semua manusia pun pernah buat dosa bukan makanan yang bernama dosa yang keluar di google image bila kamu taip dosa tu ok. Xdanya dosa tu dicatit tiba2 oleh malaikat Atid tanpa ada kesalahan yang kita lakukan. Daripada sebesar2 dosa melalui perbuatan hinggalah sekecik2 dosa yang mungkin disebabkan hati kecil kita tanpa kita sedari, semua tu akan dihisab di hari kemudian. Kita bukan Rasulullah yang dicuci hatinya dari noda2..tapi kita ini umat baginda. Kalau baginda yang sudah dijanjikan syurga tu pun masih lagi mahu beristighfar, bertaubat & meminta keampunan Allah..maka siapa kita untuk menyombongkan diri pada tuhan? Rasulullah sendiri pernah mengaminkan doa malaikat Jibril tentang celakalah umat yang menyia2kan Ramadhan dengan x memperbaiki diri mereka. Xkan kita mahu jadi antara mereka yang celaka tu?? Tepuk dada, tanya iman!

Bro, sis..sekarang kita di pertengahan bulan penuh barakah ni. Mungkin ada yang baru dijentik dengan rasa insaf, rasa chenta untuk kembali pada jalan Allah. Jangan risau, selagi nyawa masih belum dihalkum & kiamat tu belum muncul..kita semua masih berpeluang untuk merdeka dari dosa, merdeka dari sifat2 jahiliyah. Yang sedang berhempas pulas untuk berubah, teruskan usaha. Kita patut bersyukur kerana masih berkesempatan merasai magfirah Ramadhan. Pada bulan yang syaitan2 ditahan daripada menghasut kita, sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk mencuba sehabis baik untuk mengubah & membentengi diri kita dari sikap mazhmumah yang selama ni kita biarkan bermaharajalela. Puasalah, kerana dengan puasa kita belajar untuk menahan, belajar untuk mengawal & belajar untuk bersabar. Puasalah, sebab ini amalan yang diangkat terus kepada Allah untuk balasannya. Tapi bukan sekadar puasa perut..puasa anggota, puasa hati juga.

Allah bagi perisai..kenapa mahu bongkak berlari
mengejar api2 di neraka??
Sebenarnya aku ada banyak lagi mahu membebel tapi sebab sudah pukul 2, maka terpaksa la aku stop. So, aku akhiri dengan ucapan ala2 retis la. ;) Selamat Menjalani Ibadah Puasa..Selamat Menyambut Nuzul Quran..Selamat Mengimarahkan Ramadhan & Semoga Bertemu Lailatul Qadr (eh, teringin post pasal ni..hmm, tengok la caner!). Assalamualaikum wbt...

p/s : hidayah ini temukan kita pada cinta Allah..moga dengan hidayah ini juga Allah temukan chenta kita. seruan cinta Allah, takkan kusia siakan kamu lagi.

Tuesday, July 16, 2013

Aku ada Allah, juga puisi

Sebenarnya aku mahu update pasal beza perempuan & lelaki. Terfikir juga pasal cencaluk & budu. Lepas tu, berkira-kira mahu coret tentang cinta sebelum kahwin vs selepas kahwin. & frankly speaking, aku mahu cerita tentang kisahku pada mama...tapi akhirnya, semua menuju pada satu jiwa. Lalu aku simpulkan menjadi ini.

Kerna dalam diam ada rindu
Kerna dari jauh ada sendu
Rindu dan sendu menyatu
Maka syahdu kau duduk berteleku
Moga Tuhan dengar rindu ini
Dan nanti dia rasa apa ada dalam hati
Biar bukan dalam jisim rindu
Kau harap bisikan itu tetap menyapa
Menjadi keberkatan dalam hari-harinya.

p/s : dalam berjuta usaha..yang mana aku belum cuba?

Saturday, July 13, 2013

Hadiah Dari Hati

Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Ini bukan mainan cinta

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Janji janji cinta
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hati asmara ku
Kini bebas hati bersatu
Ooo hati…


Hati - Siti Nurhaliza


p/s : sebenarnya mahu letak lirik ' Sekian Lama'...

Thursday, July 11, 2013

Untuk Anda yang Bergelar Wanita (eh, lelaki pun disarankan baca!)

Assalamualaikum. So, hari pertama puasa berjaya di lalui dengan tenang. Untuk suri rumah macam aku, well..perjuangan menentang godaan katil berjaya ditangguhkan hingga jam2 yang terakhir. At least waktu pagi tu memang waktu aktif pusing2 satu rumah buat kerja yang simple2. Basically, di rumah ni x ada la banyak sangat kena buat pun. So, masih banyak masa yang buat aku habiskan dengan berfikir mahu buat apa next. Oleh sebab tv pun kurang lazat, fb pun kurang sedap, maka aku pun mengambil jalan susur keluar yang lain. Which at the end of the day pun leads me to update entri2 baru dalam blog ni. :)

mungkin menyElam lagi mudah daripada menyUlam! (-_-")
Setiap kali pulang, misi berbakti pada keluarga tu akan dipegang. Tapi, menjelang umur 22 ni nampaknya misi lain pun sudah menunjukkan wajah. Misi menjadi wanita. Aku tahu aku memang berjantina tu tapi ni maksud yang lebih dalam..if you get what I mean. :p Ok, other than kemas2, cuci2, perbaiki teknik & variasikan masak2 (sebelum ni more to campak2 yang penting ada rasa..hak3!)..aku ada juga try belajar menyulam secara pro macam dalam gambar tu. Perghhhhhhh!!!! Hampir meraung juga la mahu belajar benda tu. Dalam hati berdoa, minta kecekalan & kemahiran menyulam mama ada dalam gene aku. (-_-") Tu belum minta diturunkan ilmu menjahit baju raya yang pelbagai fesyen tu..mungkin 3 tahun setengah pengajian pun belum mampu untuk kuasai. *fikir 150 juta kali* Well, sulaman tu masih di peringkat awal suku pun belum siap, so nantikan la sama ada aku berjaya atau x. Agak2 dalam 2 3 bulan lagi siap la..hehehehe.

Btw..tajuk tu actually merujuk pada buku2 yang aku sedang baca ni. Mahu jadi wanita bukan sekadar perlu tahu ilmu jadi lawa, ilmu suri rumah tapi yang basic need punya iaitu ilmu jadi manusia itu sendiri amnya & ilmu jadi wanita khasnya. What I'm trying to say here ialah ilmu agama. Ilmu fiqh terutamanya fiqh Mar'ah. Ilmu ni sebenarnya dikategorikan fardhu ain yang mana wajib ke atas kita untuk mempelajarinya. So, here are some books yang mungkin boleh kamu pertimbangkan untuk beli or at least baca.

better beli yang mushaf Uthmani bab yang ni
ada beza skit tajwidnya. btw, chantek kan tafsir ni!

pinjam dari auntie..sampai sekarang x
pulangkan..erk~

digalakkan untuk menjadi rujukan. isinya
 macam kitab yang pernah ditalaqi & diusrahkan.

banyak merangkumi tentang hukum mengenai
wanita berdasarkan Quran

pasal pilih pasangan pun ada! (^_^)b

Tu ja yang aku rajin mahu upload..hehe. Btw, to guys out there..fiqh Mar'ah pun penting untuk kamu ambil tahu as you guys adalah seorang abang, adik, husband-to-be, father-to-be & etc etc. Respect & sayang lelaki yang concern tentang wanita. ;) Oklah..sampai sini saja. Gotta sleep bab bangun sahur itu perlu! hehehehe..daaaa! Salam rindu! :)


p/s : sama2 berusaha menjadi 'half of deen' yang terbaik..as it takes two to tango. bukan pada lisan semata, tapi pada setiap langkah.

Tuesday, July 9, 2013

Politikus? (entri yang kujanjikan dulu)

Tadi baca lagi pasal Mesir. Allah, kesian sungguh rakyat yang tertindas akibat perebutan kuasa pihak atasan.  Isu dunia hari ini, pergolakan dikatakan berpunca x mengamalkan demokrasi. Cis!!! Ingat mahu buat bunyi meludah tadi tapi terasa sangat x sopan so delete. Dr. Morsi menang juga atas sistem demokrasi tapi still masih ada gerakan yang menggulingkan beliau. X sangka rupanya ada lagi golongan 'bijak membelit' yang bertopengkan sistem demokrasi untuk memunculkan semula sistem totalitarian ketenteraan yang mungkin sekali akan memperlihatkan kenaikan rejim autoritarian. Aku malas membahas guna ilmu hubungan antarabangsaku yang masih cetek ni bab takut tambah pening2 lalat pula so boleh rujuk uncle google or kalau lebih rajin, boleh cari di library..hehehe.

nanti kita undi sama2 ya. ;)

Btw, actually aku bukan mahu cerita pasal ni secara total. Aku mahu elaborate tentang pandanganku mengenai politik tanah air kita ni. Janji kena tunaikan, takut kamu tuntut pula di akhirat..huhu. Tapi memandangkan aku sudah menghabiskan banyak masa baca pasal politik luar negara, so aku pun simpulkan politik dalam negara kita ni sebagai masih considered far better than many countries in the globe. DAN..aku sebenarnya sangat bersetuju dengan entri Islam dan politik by Hamka ni. Baca la dengan berlapang dada.


Last but not least..aku sokong perjuangan Islam. PERJUANGAN ISLAM : politik alat menyebarkan Islam. PERJUANGAN POLITIK : Islam alat menguasai politik. Bezakan. Aku inshaAllah berpegang pada ahli Sunnah Wal Jamaah. Aku x berminat pada warna atau moto..aku berminat pada penyatuan ummah seluruhnya. Semata2 kerana Allah dan berpandukan sunnah Rasulullah. Kalau kita rasa kita berjuang untuk Islam tapi x menggambarkan akhlak Rasulullah (panggil orang macai, bodoh, anjing whatsoever. apatah lagi yang x jaga rukun Islam)..jangan salahkan pihak lawan atau sebarang teori konspirasi, fikir kekurangan diri. Mahu berdebat..aku bukan orang hebat. Tapi inshaAllah aku ada peganganku..dan undiku, shhhh! Rahsia.


p/s : tegakkan Islam dalam diri nescaya Islam akan tertegak di tanah air..terima kasih ingatkan. :)

Monday, July 8, 2013

Dengan hati terbuka, kunantikan kau datang

Kemarin lambai2 kakak, abang ipar & Kaisara. Tadi lambai2 abang & kakak ipar. Sedih. Sekarang aku sendiri lagi. Ini yang x best bila cuti pada waktu orang lain kerja & sekolah. Rasa sedikit cemburu pada yang kerja atau praktikal atau at least got something to do selama cuti sem ni. (T__T)

Pusing2 satu rumah, cari kucing..x ada! Aduh, memang sudah jatuh ditimpa tangga ni! Ayam serama tu juga la yang ada, berkejar-kejaran dengan riang gembira! Termenung..x tahu mahu buat apa. Bergerak ke televisyen, mahu on tapi..tiba2 perasan. HABUK!! Perghhhh! Agak2 kalau colet ke muka, boleh juga ganti bedak asas..hehehe. Ish3..ni la kesian kalau rumah yang macam xda orang ni. Rumah hanya ada bapa, mama & adik. Time sekolah macam ni memang seharian di luar rumah..hujung minggu pun selalu ada aktiviti. Nampaknya..ada misi untuk dilaksanakan sebelum puasa. Whoa! Macam rajin sangat..hehe. Tapi x mengapa..pahala banyak. Lagipun, banyak habuk nanti aku juga yang kena bersihkan time hampir raya (time tu memang mengadu resdung bermaharajalela which leads to ternakan jerawat pada wajah..ahhh!!! teansion! raya mahu tampak chantek wooo! >_<" ) Kena buat sekarang, at least penat boleh minum2. Ahahaii!

Tengok kalendar, 8hb. Maksudnya, lagi 2 hari inshaAllah kita akan menyambut kedatangan RAMADHAN. Allahuma balighna Ramadhan..amin. So, semua pembaca..bersiap sedia untuk menahan diri dari segala hal2 lagha & maksiat. Jom sama2 tingkatkan amalan & perbaiki diri. Tapi bukan sebab Ramadhan!! Semua semata2 kerana Allah. Ramadhan hanya sebulan..tapi Allah itu selama2nya. :) Sebelum terlupa sebab konon2 sibuk jadi suri rumah x bertauliah, saya Siti Asdiah Masran ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia. Semoga Beroleh Keberkatan di dalamnya.' Actually, ni ja pun yang mahu disampaikan melalui tajuk & muqadimah yang ala2 superb tu..hehe. Ok..till then, assalamualaikum. (^_^)/

semoga ini bukan yang terakhir..

p/s : dari sekeping gambar, tentangmu mula dibicarakan. Ya Allah, sediakan kami dengan segala kemungkinan.