Wednesday, August 14, 2013

Raya Jadi Lebih Meriah!

abang & Kaisara

kakak ipar & Kaisara

Mama & anak

budak kecik perasan dewasa! haha
Alhamdulillah. Akhirnya Syawal berjaya juga dirasai untuk ke sekian kali. Sebenarnya rasa rindu sangat pada Ramadhan, masih rasa tidak puas berada dalam bulan penuh barakah tu. Entah diterima atau tidak amalan kita, jom sama2 berdoa..semoga amalan diterima, dapat terus istiqamah & dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. InshaAllah. :)

Actually raya kali ni aku rasa lebih bermakna  mungkin kerana tidak buang masa mengadap tv seperti tahun2 sudah. Mungkin sebab aku sudah nampak apa yang boleh aku kecapi dalam bulan ni. Bukan duit raya! (kalau ada pun best jugak..hehe) Raya nilah masa yang paling sesuai untuk kita saling menziarahi sanak saudara. Banyak yang sudah berubah so kita kena selalu catch up & up to date isu2 keluarga. Eratkan ukhuwah dengan kunjung-mengunjung. Paling penting, akhlak Islam tu yang kena bawa ke mana2. Jangan sampai amalan Ramadhan kita sia2 disebabkan dosa2 pada bulan Syawal ni. So, guide yourself & family supaya tidak lari dari berpegang pada tali2 Allah. :D

Aku mahu membebel tapi schedule agak padat dengan aktiviti ziarah ni, either kami ziarah or kami diziarahi. So, aku kepilkan bersama beberapa keping gambar sebagai pengganti kata2. Biarlah mereka yang berbicara. ;)

bodyguards sekolah datang serbu rumah! :p

kakak & ipar yang (sila sambung sendiri..haha)

interframe..hiks!

ipar sebaya..sama chomei kan?? :p

disebabkan mereka datang sejam awal dari plan,
maka terkontang kanting la aku dengan periuk belanga!

ayu sangat! *muntah*

Kaisara belajar cium tangan orang demi raya!

#gambar lain akan diupload inshaAllah.

p/s : bagaimana raya awak? sudah disampaikan salam saya pada keluarga? ;)

No comments:

Post a Comment