Thursday, July 12, 2018

Separuh 2018

Bismillah...


Separuh 2018 sudah berlalu. Hampir genap setahun aku tidak menaip dalam ruangan kaku ini. Setiap kali aku berkunjung, adalah demi mencari kekuatan diri atau melepaskan rasa yang tidak mampu dikongsi.

Usah ditanya aku sedang di mana dan mengapa. Aku juga buntu. Aku juga mahu tahu di mana aku. Terkadang rasa ingin lari dari semua ini membuak memesak ke dada tapi aku sedar bila sampai masa, lari juga tidak mampu menjadi jawapan kepada setiap persoalan yang membenak di kepala.

Alhamdulillah..dalam keserabutan dan aku alami, aku masih mampu melunaskan impian menggenggam ijazah sarjana di tahun 2018. Tahniah dan takziah buat diri. Kini aku selangkah menghampiri mimpi dari kecilku..inshaAllah. Semoga aku masih gagah dan diberi masa untuk merealisasikannya.

Tentang hati, aku juga tidak pasti. Semakin aku meningkat dewasa, semakin takut aku dengan hubungan antara dua hati. Takut diluka..takut juga aku penyebab luka sesiapa. Perasaan ingin dikasih itu sudah pasti ada tapi buat masa ini biarlah aku tumpu seluruh fokusku pada yang sepatutnya. Aku takut gagal memiliki akan menghalangku untuk berjaya. Dan aku tidak pasti apakan ada dia yang mahu terus mendokong citaku seumpama itu turut citanya.


p/s : Blog ini mungkin tiada pengunjungnya. Tapi ada aku..dan aku. Itu sudah cukup. Kerana aku perlu aku untuk terus hidup.

p/s/s : aku harap kau mahu terus hadir di dalam impiku dan hidupku.