Assalamualaikum..salam sejahtera.
Lama tidak berbicara. Tentang hidup. Tentang pengalaman. Tentang akal. Tentang hati. Alasan yang mampu diberi, diri ini dibelenggu waktu. Mahasiswi yang perasan sibuk. Perasan tidak punya masa. Waima masa ada dibiar berlalu..hmm..lemahnya aku. Tapi itu hanya ALASAN! Aku yang tidak mahu berkunjung untuk menaip bait2 kata. Sukar meluah segala yang terbuku hanya dalam sebuah nukilan, apatah lagi dengan sebaris ayat. TakdirNya mengajarku untuk terus meluah pada Yang Esa kerana DIA Yang Maha Memahami. :')
Tapi...! Sebagai seorang blogger yang suka berkongsi melalui karangannya yang tidak seberapa, mungkin aku boleh bocorkan SEDIKIT pada kamu2 yang setia membaca. Jiwaku sedikit kacau. Gusar jika masa dijemput bertemuNya kian hampir sedangkan diri masih bertatih mencari redha dan kasihNya. Risau kerana masih terus bergelumang dengan dosa walau diri tahu akibatnya. Racau hati memikirkan harapan ayah bonda yang inginkan anak mereka berjaya sedangkan si anak sibuk bersuka2. Waktu imtihan kian menerpa, bimbang pula dengan kerja2 yang masih ditangguh2kan selama ini. Owh..zalim sungguh aku pada diri sendiri. Maaf Siti Asdiah Masran. Sila berusaha lebih gigih untuk berubah.
Mengurai sedikit keserabutan tentang permasalahan hubungan. Aku sayang keluargaku. Tumpuan pada hidup bermahasiswa menjadikan aku sering alpa pada rindu mereka. Rasa bersalah. Jarang benar bertanya khabar. Tapi sungguh, hati tidak pernah lupa. Alhamdulillah..doa selalu ada untuk mereka. Air mata jadi saksinya. Beralih pada teman. Hati jadi kacau. Sayangku pada mereka seperti saudara. Ada perkara yang kulakukan atau katakan hanyalah semata2 kerana aku benar2 inginkan yang terbaik buat mereka. Ingin sekali menuju jannah bersama2. Jika masih ada curiga atau terguris di hati kalian, maafkan aku yang tidak sempurna. Meski aku menjauh, doa aku tidak lekang buat semua..inshaAllah. Soal JODOH, semoga dipermudah.
Cukuplah sebagai pelepas rindu pada ruangan maya yang mungkin indah. Semoga diberi kekuatan untuk berjihad menuju Allah. Sebelum tu, mari sama2 baca doa ni..semoga istiqamah dalam semua perkara. :
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”
p/s : benarkah cinta tanpa mengungkap rasa mampu setia & membawa ke syurga bersama redhaNya? bagaimana pengakhirannya jika kita tidak mengetahui isi hati insan yang di sana?
No comments:
Post a Comment