Tuesday, November 6, 2012

Pandangan (NOTE TO SELF)

Pernah kamu terasa hati apabila ada orang tiba2 tunduk, kalih pandangan atau buat2 tidak nampak kamu apabila terserempak? (O.O")

Ok..I DO. Sedih. Kecewa. Tertanya2. Bencikah dia pada aku? Hebat sangatkah dia berbanding aku? Hodoh benarkah diriku? (=.=")

Hmm..itu fitrah. Manusia, suka bersangka2. Kalau ikut teori dan pendapat manusia, memang semua dilihat negatif. Tapi, cuba tengok dengan ajaran agama. Doesn't matter la kamu ni Islam, Kristian, Hindu, Buddha or apa pun. Semua agama mengajar kita untuk bersangka baik. Husnuzon, dalam Islam. OK..INI SUDAH MENYIMPANG DARIPADA TOPIK ASAL.

Berbalik pada tajuk atas tu, PANDANGAN. As u guys know and I'm proudly mention here, I'm a muslim. So, izinkan diri ini berbicara tentang pandangan (bukan pendapat, ok.). Dalam Islam, umatnya digalakkan menjaga pandangan. Ini ada disebut dalam Al-Quran, surah an Nur ayat 30.

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

See, as muslims, kita disuruh menahan pandangan a.k.a menundukkan pandangan. Daripada siapa? Daripada orang2 yang berlainan jantina yang bukan muhrim. Kalau sama jantina, itu kes sombong lain. Ini sebenarnya bagi mengelakkan pandangan tu leads kepada perkara2 yang tidak baik. Ibnul Qoyyim berkata dalam kitab ad-Da’ wad-Dawa’(penyakit dan obatnya), “Pandangan adalah anak panah Iblis yang beracun. Barangsiapa melepaskan pandangannya maka akan menyesal selamanya." Ok, sudah highlight kan? Mesti nampak point di situ. So, tidak perlulah explain lebih2. Kalau mahu juga, sila komen..hehehe. TAPI, bukanlah bermaksud langsung tidak boleh pandang. Boleh, asalkan rasa cukup beriman dan tidak mudah terlalai dengan pandangan, and ada urusan yang diharuskan oleh Islam.

Btw, kenapa tiba2 post pasal hal ni? Sebab tadi aku berdepan dengan dua situasi yang berbeza pada waktu yang sama. Sebenarnya, ni untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan paling penting..peringatan (especially diri sendiri). Aku pun sedang belajar menahan pandangan. Kalau yang kenal aku, tahulah aku jenis macam mana. Kalau aku terserempak dengan lelaki yang aku kenal (kenal lebih daripada setakat nama), mesti aku pandang dan beri reaksi. Itu cara aku tunjukkan aku sedar dan menghargai keberadaan orang tu. Tapi, kalau aku tidak kenal..cepat2 aku tundukkan muka or buat2 tidak perasan. Bukan sombong, jaga pandangan..hehehe. So, kalau rasa2 aku ada buat macam tu dengan kamu..sorry ya. (^_^)v

Oklah, kelas pukul 3. Sekarang sudah pukul 2.30. So, see u guys kalau ada masa. "Jaga diri, jangan makan hati." :)

p/s : kalau kenal tapi still tundukkan pandangan..tu kes jaga hati segan. u know what I mean. ;)
     : btw, tolong DOAkan diri ini yang semakin tertekan dengan diri sendiri dan kesibukan dunia.

4 comments:

  1. tundukkan pandangan,kadang tak sedar kt depan ada dinding.. :P

    ReplyDelete
  2. aminnn..
    sama-sama kita jaga hati ea as (^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. jaga pandangan, inshaAllah terjaga hati. (^___________^)v

      Delete