Tajuk entry "Shhhh...". Faham maksud?
...
...
...
SENYAP
Simple ja kan. Yup, senyap itu mudah. Sangat mudah. Tapi, dalam hati siapa yang tahu? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Di sebalik diamnya lidah, ada suara yang berkata-kata. Hanya Allah yang Maha Mendengar.
Biasanya, orang2 yang berjaya dan hebat akan pegang dua perkara ni : SILENCE & SMILE. Mungkin ada yang mempertikaikan. Bukankah orang2 hebat biasanya petah berkata2? Bukankah orang2 yang tegas dan serius dalam bekerja lebih mudah untuk berjaya? (^_____^ )
Kawan2, jangan cepat mentafsir. Fikir dahulu (note to self!). Ok, kita tengok..pemimpin2 dunia memang terdiri daripada orang2 yang hebat berbicara. Tapi, kalau kita lihat sejenak bagaimana cara mereka mengawal satu-satu situasi genting? Berdiam diri atau lagi sering kita dengar "No Comment". Ini yang sebenarnya dimaksudkan dengan senyap. Permasalahan tidak selalu dapat diselesaikan dengan lidah. Malah jadi lebih teruk bila kata2 dijadikan alat untuk berperang. Even Saidina Ali pun ada kata..
Sekarang tengok pula orang2 yang berjaya. MOST OF THEM adalah orang2 yang SUUUUUUUKA SENYUM. Jangan bayangkan Hitler atau Bush atau mereka2 yang seangkatan. Memanglah mereka nampak berjaya..tapi hakikatnya? Lebih banyak kegagalan yang mereka hadapi. Senyum. Apa yang susah untuk senyum? Senyuman tu kan memberi kekuatan. Senyuman tu mungkin tidak menggambarkan apa yang ada di hati kita tapi dengan senyumanlah kita mampu tunjukkan bahawa kita percaya segala permasalahan bukan penghujung hidup kita. Positive person creates positive action and leads to positive result. Btw, senyum tu kan sedekah. Tidak perlu modal pun, tapi incomenya..fuh, lumayan! :D
Bercakap tentang diam, teringat pepatah orang tua2..diam tanda setuju. Betul ka? In certain cases, mungkinlah tapi tidak semestinya. Kadang2 diam tu tanda protes la tu..macam kakak aku selalu buat..hehehehe. (kalau tuan punya diri baca, jangan marah ya..hehehe)
Kuda putih tu cantik. Eh, teringat! InshaaAllah nanti kami ada program menunggang kuda. Yay!! \(^_^)/
Ehemmm. Back to the point, silence. Dalam konsep sains sosial (perggghhhh!!!) atau kita fokuskan lagi kepada hubungan antara manusia, even senyap tu pun sebenarnya tergolong dalam satu cara kita berinteraksi. Senyap tu boleh menunjukkan bahawa kita tidak kisah atau mungkin kerana kita terluka atau juga kerana kita berpura2. Senyap juga boleh jadi senjata yang lebih ampuh terhadap orang2 sekeliling kita.
So, belajarlah memahami kesenyapan kerana ia sedang berbicara dalam kesunyian. Yang ni, aku sendiri pun perlu belajar..or maybe, kamu sendiri yang menerangkan. =)
Actually, silence will not affect those who do not care...kan? You know you're special when they are affected with your silence.
Oklah..banyak sudah gambar yang dikepilkan sekali dalam entry kali ni. Macam orang putih kata, "picture speaks a thousand words." Adiooos!! Assalamualaikum. (^_^ )/
p/s : hayati sunyi yang tercipta..mungkin di situ rindu mula bermakna.
i Love silence!!! (^____^)
ReplyDeleteand I love YOU!!!! (^____________^)b
Delete