Allah. Waktu2 exam macam ini terasa banyak pula idea mencurah2 dari ladang gandum..hehe. Sebelum ni aku sudah terfikir untuk post entri pasal lintasan hati. Tapi bahan belum cukup. Dan lintasan hati mengatakan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk post pasal tu. (alasan!!) X apa, aku ada benda lain yang ingin cerita. Pasal surah matahari ni. As-Syams. Bukan mahu cerita pasal surah ni secara keseluruhan. Hanya dua ayat di dalamnya. Ayat 9 dan 10. Kenapa? Sebab maksud dia yang sangat mendalam. InshaAllah boleh bagi semangat untuk istiqamah..terutamanya buat budak comel baru belajar macam aku. Uhuksss! (~^_^~)v
boleh la hayati semasa baca dalam solat Dhuha nanti |
Kalau kita telusuri maksud ayat ni, mesti perasan yang ayat ni merupakan ayat peringatan dari Allah. Ayat ni sebenarnya aku ingin tujukan kepada mereka yang sedang jiwa kacau seperti aku (aku tahu kawan2 aku banyak tengah jiwa kacau tu..huhu). Mungkin faktor tekanan exam. Mungkin juga kerana hal
Btw, mungkin ada yang tertanya2. Apa pula kaitan surah ni dengan tajuk tahun baru tu? Semangat sambut tahun baru ka? Hehehe..itu mungkin la kot. Tapi sebab utama..aku ingin mengingatkan hati sendiri pada tahun baru yang majoriti kita yang Islam ni sambut. Dalam kehidupan ni, kita akan sentiasa berhadapan dengan situasi yang genting. Dua hal yang lebih serupa yang akibatnya, ditentukan oleh kita. Ok, ayat mungkin berjela & susah difahami. X apa..nanti faham skit2 lepas ni. InshaAllah.
Akhir2 ni kita sering lihat macam2 program Islamik diadakan semasa ambang tahun baru. Tujuannya, mengelakkan kita alpa dengan sambutan tahun baru yang lagha (sia2) & banyak menjurus ke arah kemaksiatan. Osem! Nampaknya umat Islam sekarang sudah kreatif dalam berdakwah. Memberi jalan kepada masyarakat untuk mendekati dan memahami Islam secara mudah. Islam tu kan mudah. TAPI..yang jadi masalah apabila perbuatan kita ni mungkin menyebabkan kekeliruan di kemudian hari. Kita kata, sambutan tahun baru Masihi tu bukan amalan orang Islam. Kalau kita sambut, seolah2 kita meraihkan agama lain. So, kita sedia majlis ilmu. Pada SETIAP AMBANG TAHUN BARU. Temanya pasal azam tahun baru, pasal perubahan tahun baru. Pengisiannya, ARTIS yang Islamik..mostly yang sudah berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Cantik la tu! Tapi..bagi yang x berapa faham seperti aku, program ni seolah2 sama dengan program sambutan tahun baru. Cuma konsepnya Islamik. Cukup menarik bila unsur agama diketengahkan tapi takut2 tanpa sengaja, kita lalai dalam sedar. Mungkin ini perasaan aku saja. Tapi mungkin kita boleh fikir sendiri. Susah mahu dapat program se-gah ini pada waktu2 biasa. Malah, program waktu tahun baru Masihi lebih hebat & menarik dari program waktu tahun baru Hijrah. Hmm..terpulanglah penerimaan pembaca. Ini pendapat aku sahaja. Budak baru belajar..yang mana, antara perkara utama yang aku belajar..syaitan itu sangat bijak dalam bermuslihat. Mungkin asalnya ia perkara yang baik tapi boleh menjadi buruk bila kita terlalai sikit dek tipu daya mereka2 ni.
Ok la..aku takut kena kondem pula kalau berhujah banyak2. Kalau mahu kondem juga, sila komen ya. Nanti kita berbincang dengan hikmah.
p/s : janji Allah tu pasti. bila tiba masa, semoga kita bersedia.
heehee.. nice entry kawan (^___^)
ReplyDeletetahun baru masihi, tahun baru hijrah...
yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan,,
sama-sama kita memartabatkan beras Malaysia!!!
awak nampak x tulisan kat blog sy ni? kalau x, sy besaaaaaaaaarkan..hehehe.
Deletelepas ni kita martabatkan rebate hp 1 malaysia plak..hehe. (dah ada hati lettew!)