Monday, February 10, 2014

Sukarnya Ikhlas

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."
"Tak payah,bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui disepanjang jalan.
"Cukup?" tanya anak muridnya.
"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.
"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"
"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"
"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli," kata seseorang yang lain.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"
"Tak buat apa-apa"
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."
"Ikhlas?"si murid kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"
"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu.

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

-cnp-

p/s : mari koreksi diri. semoga semua kerana Allah...

Thursday, January 2, 2014

tahun baru Masihi bersama nota di sisi!

Pukul 5 pagi : 2 Januari 2014.

2 hari berlalu selepas tahun 2014 menerpa masuk dalam hidup kita. Kalau ikut hati, mau saja aku mencoret pada dinding blog ni dengan segala kisah suka duka sepanjang 365 hari dalam tahun 2013. Tapi tidak mengapa, masih mampu bertahan dan bersabar. Kita tunggu selepas kertas2 periksaku berakhir pada 13 Januari ni.

WHAT?!! Apa aku buat ni?? Esok 3 Januari merupakan hari pertama aku periksa dan aku masih berada di sini mengemas kini blog?? Ok, mohon sedar diri!! Kbai!

Upss..sebelum tu, kirimkan DOA untuk aku dan mereka semua yang ambil periksa. Semoga semua dipermudah. Bittaufiq wannajjah!!

Btw..aku tidak sambut tahun baru Masihi. Tapi aku mahu ada azam, untuk jadi lebih baik hari demi hari.


p/s : untuk awak, semoga Allah redha. selamat berjaya! :)

Wednesday, December 11, 2013

Masalah Hormon

Bila hormon tidak stabil, maka jadi la keadaan emosi diri yang berubah-ubah. Perangai terlebih dalam semua hal yang berlaku. Terlebih sedih, terlebih gembira, terlebih sensitif, terlebih kental.

Apa sahaja punca, malam ini aku memang bahagia. Dari segala kekalutan dan kekacauan, Allah bagi ruang untuk aku mengenal chenta. Jelas, semua terjadi ada hikmah..tinggal cepat atau lambat saja kita memahaminya.

Punya idea untuk mengarang entri2 baru tapi semua masih terperosok jauh di sudut2 tersembunyi dalam otak kaku dan bekuku ni. Maka tunggu la hingga mereka mahu beri kerjasama pada jari jemari.

p/s : datangkan berjuta chenta, aku pilih untuk setia..ecececeh! tapi takdir itu milik DIA..maka harus bersedia dengan segala apa yang bakal mendepani kita.

Thursday, November 28, 2013

Jiwa Gelora

Aku juga mahu
Dicintai
Dirindui
Dilindungi
Oleh insan bernama lelaki.

Tapi aku juga mahu
Semua itu bukan hanya sekadar waktu
Bila hilang ghairah mencuba
Maka hilanglah semua rasa.

Aku tidak mahu sementara
Aku mahu terus dan terus membawa ke syurga.

Untuk segala rasa yang ada
Dalam diam sudah ada pemiliknya
Cuma belum pasti kekal atau seketika
Sementelaah kita saling meneka-neka
Biar semua itu kejap dalam pegangan Allah.

p/s : menunggu sampai tiba waktu, kau sudi memilih aku.

Monday, November 4, 2013

Moga kita berjumpa di syurga

Bukan tidak redha. 
Cuma terkilan.
Dan kehilangan.
Allahu.

Al-Fatihah buat atuk... *mata berkaca-kaca*

p/s : terima kasih untuk "Tabah dan Sabar" itu...