Sunday, August 20, 2017

It's Written






Kau percaya pada qada dan qadar?
Aku..yakin.

Keluarga, kawan, pasangan cinta, musuh, siapa pun..semua hadir menjadi ketentuan Allah yang paling indah.

Untuk itu,
terima kasih Tuhan
terima kasih kalian.

Thursday, August 10, 2017

Bait Cinta

Sungguh
Merasa cinta itu mudah
Tetapi memaknainya terlalu payah.

Bila aku cinta
Maka aku cinta
Kalau aku terduga
Aku masih kekal cinta.

Aku pencinta yang setia
Kerana itu
Aku pencinta yang sering terluka.



p/s : sekadar bait tanpa cinta...

Saturday, August 5, 2017

Bungkam

Kerna aku bungkam
Melihat kenangan
Banyak rupanya hal-hal semalam
Menjadikan aku yang sekarang.

Sekarang aku dilihat jauh ke hadapan
Hakikatnya aku hanya aku yang semalam
Cuma semakin tua untuk memikirkan kenangan
Maka aku terus berjalan
Meninggalkan apa yang bukan untukku
Melepaskan apa yang bukan milikku
Dan meski
Ada kenangan, ada getir, ada dugaan cuba menggari
Aku sudah terlalu jauh dari peduli
Aku yakin dengan aku yang kini
Aku mau berjaya
Aku mau sempurna
Walau sendiri.

Monday, April 28, 2014

Kehilangan Kata-kata

A month..or two..or maybe more.

Sudah sekian lama tidak berasa apa-apa. Bukan feeling less. Bukan. Penat untuk merasa, mungkin? Atau boleh jadi serik untuk merasa. You decice.

I'm a girl with a thousand words. Easily spilled. Tapi itu dulu. Sekarang pun thousand words juga, cuma lebih senang monolog dengan tuhan. Sebab? "Insecurities run deep", quote dari Hlovate. Aku serik dengan perasaan berharap, then hampa semendang. For the same reason, aku lebih suka baring menghadap siling bilik B214 dan membunuh waktu berbanding keluar bergelak ketawa dengan kawan2.

Tesis. Another reason aku rasa macam speechless sebab till now motionless. Atau vice versa? Motionless sebab speechless a.k.a no word to 'play' on paper. Both mungkin. Doa2 kan la...

"Sometimes it is not merely of love, but hope..or in our word, FAITH" -me-

p/s : we could stop the clock but not time. as we could stop thinking but not feeling. and for now, I just could pray for both.

p/s/s : Hlovate...deeply into with his/her magical words. soothing me somehow.

Wednesday, April 2, 2014

Untuk Malam Ini. Detik ini. Tolong.

Setelah sekian lama. Macam batu terhempap ke kepala. Kesian. Baru sekarang mahu sedar diri. Sekarang biarkan aku menghilang. Sebab sudah terlalu lama aku menjaja diri demi secebis kasih. Kalau aku pergi, harap mengerti. Kalau pun tanpa izin, tanpa permisi.

Sudah lama menunduk mengemis perhatian dan jalinan persetiaan. Tiba-tiba jadi malu. Bila belek-belek album lama, macam menelan pasir pun ada. Rupanya aku memang jenis-jenis yang masuk ke dalam gambar dengan muka tembok tidak sedar diri. Sibuk mencurah ke tadahan-tadahan yang aku jumpa di sepanjang perjalanan. Padahal tadahan itu sikapnya hanya menerima, tidak mampu mengatakan tidak.

Allah..sebaik-baik 'title' yang mampu aku terima hanya sebagai hambaMu. Itu pun hanya hamba yang tidak setia. Yang di hatinya selalu berputus asa. Yang di mulutnya selalu mengadu. Yang jika diberi peluang mengeluh, sehabis nafas dia mahu. Tapi hamba inilah yang sering terlintas di jiwanya sejuta rasa riak bangga bila ada yang memuji betapa baiknya dia. Sering juga yakin hingga terkadang angkuh bahawa dia paling memahami, paling menyayangi, paling setia, paling tabah. Menipu pada diri. Kurang cerdiknya aku!

Malam ini aku mahu hilang. Hilang dari dunia ciptaan sendiri. Tidak lama..hanya sedetik untuk kau ingat. Kerana aku muak dengan seorang Siti Asdiah ini. Mengada-ngada. Paling layak dicemuh dengan sikap perasan baiknya. Kalau boleh, baling batu sahaja sampai tidak tersisa sikap-sifat mazmumahnya. Atau tolak gaung sahaja berkali-kali sampai insan ini terbangun dari mimpi-angan-perasaan yang membuatkannya terkebelakang, menjadi habuk di jalanan orang.

Allah, maafkan hambaMu. Malam ini aku rapuh dan membiarkan aku jatuh. Untuk malam ini sahaja, tepat pada detik ini sahaja Ya Allah. Izinkan aku membenci diri..supaya detik kemudian aku mampu gagah untuk bersyukur lagi dengan segala yang aku ada.

p/s : aku benci entri ini. tapi aku lagi benci diri sendiri..kerana terlalu menyayangi diri.
       Mom.. :'(