Sunday, March 16, 2014

Istimewanya Luka

Salam chenta buat semua pembaca.
Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Masa berlalu. Tidak berhenti mahupun menunggu. Maka tiap detik yang pergi, apa yang sudah kita penuhi? Soalan ini bukan untuk kamu sahaja, tapi diri sendiri juga. Allah..betapa ruginya kita yang sering terleka.

Berkata tentang masa, tercuit sejarah2 yang melingkari hidup kita. Pada tiap detik yang berlalu, sudah pasti ada kenangan istimewa bersamanya. Dan asal saja kamu tahu, istimewa itu bukan bermakna bahagia sentiasa. Sakit, jerih, payah dan sengsara juga istimewa. Istimewa kerana ianya mencipta lakaran-lakaran kenangan yang sukar dilupa. Malah lebih sukar menghilang dari ingatan lantaran parut luka yang pasti mengesan.

Siapa yang tidak pernah terluka? Rasulullah dan para sahabat baginda juga pernah terluka. Bukan luka pada badan semata, tapi juga pada hati mereka. Dihina, dicerca. Tapi semua itu membentuk mereka menjadi lebih gigih menyebarkan agama. Malah pernah juga terluka dengan pemergian mereka2 yang terchenta. Tapi mereka bersabar dan redha. Kerana ada kesengsaraan yang lebih melukakan berbanding kehilangan insan2 yang dikasihi. Ya, kehilangan iman. Itu yang mereka khuatirkan. Semoga kita tidak perlu menghadapi.

Baru2 ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita. Kehilangan nyawa, kelibat dan kehadiran orang2 yang tersayang. Memilukan, cukup melukakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang harus memikul bebanan. Kita yang tidak berada di tempat mereka, usah menambah kelukaan yang mungkin semakin bernanah. Kerana takdir itu satu kerahsiaan. Hari ini kita di sini, mungkin esok kita di sana. Kun fayakun..itu pegangan kita.

Pada yang menghadapi kelukaan, sama ada kerana kehilangan harta benda mahupun insan terchenta..semoga iman masih kukuh terpasak di dada. Percaya, Allah biarkan kita terluka kerana mahu mengangkat darjat kita di sisiNya. Tiap parut yang tertinggal menjadi pengajaran dan peringatan. Agar kita tidak terus menjadi kita yang semalam..tetapi berusaha menjadi kita yang lebih baik pada masa depan. Apa yang lebih indah, daripada dibentuk menjadi yang terbaik sebelum bertemuNya?

Allah..terima kasih atas semua luka, nanah dan parut yang pernah ada dan mendatang tiba...


p/s : kelukaan adalah sebahagian diriku yang semalam. mungkin tampak hodoh tapi istimewa..dan untuk itu, alhamdulillah.

2 comments:

  1. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Kalau tak menyusahkan jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan. terima kasih singgah.. :)

      Delete