Tuesday, March 18, 2014

Sempurnaku pabila tidak sempurna

Selalu aku malu melihat siapa sebenarnya aku
Bukan sesiapa dan tiada apa untuk dibangga
Allah jadikan aku begini
Tapi sungguh
Tiap inci diri aku syukuri.

Sikapku jelik
Kasar dan suka mencabar
Wajah tidak seindah bulan di balik awan
Apa lagi secantik bidadari dambaan
Suara parau dan lantang
Terkadang lupa beradaptasi dengan suasana
Gelak ketawa hingga lupa dunia.

Tapi aku juga wanita
Punya sehalus-halus rasa
Tidak perlu dikasari dengan kata-kata
Tidak perlu dibandingkan dengan sesiapa
Usah dijatuhkan keyakinan yang sudah separas tanah
Dan diingatkan betapa kurangnya aku
Dan dicanang seperti tiada yang mahu.

Mungkin kau lupa
Jodoh itu rahsia Allah
Dan aku juga sedang bersedia
Agar aku menjadi yang terbaik untuk pilihanNya
Pilihan yang tidak pernah salah
Pilihan yang menerima aku seadanya
Pilihan yang melihat sempurna pada kurang dan lompang
Pilihan yang aku tahu ada
Tidak di sini, bertemu di syurga.

Usah bimbang, bicaraku tidak terselit marah
Hanya mahu berkongsi terbitan jiwa
Ingatan buat kita, sama..senada
Yang indah dan bernilai itu hanya chenta Allah
Kerana pandangan manusia membezakan kita
Sedang pandangan Allah, membuatkan kita setara.

selalu lupa ini



p/s : sama2 perbaiki diri. sama2 doa.

No comments:

Post a Comment