Thursday, February 7, 2013

Sudah ke angka 22?

Pada usia 40 tahun,Imam Syafii telah memakai tongkat walhal tubuhnya masih sihat dan kuat. Ingat MATI. Inilah ibrah yang seharusnya kita fahami dan teladani. Setiap detik yang berlalu sebenarnya mengurang masa kita di dunia. Moga setiap detik itu kita MANFAATkan pada jalan Allah. 
“Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).”

-saidina Ali k.w-

p/s : lawat guru2 di sekolah. ditanya usia. bila dikhabarkan lantas ini yang majoriti mereka kata; "wahhh..sudah tua rupanya kamu". (_ _')


Ini post terbaru aku di fesbuk. Soal usia. Mungkin kalau ikut ulang tahun kelahiranku dalam kalendar masihi, memang la belum diisytihar 22, tapi ikut kalendar hijrah sudah lama masuk alam 22 tu. So, mohon aku sedar diri sudah tua..huhu.

Btw, hari Rabu lepas (eh, kemarin la kan?) aku pergi sekolah2 lama. Tujuan utama, sampaikan barang pesanan seorang guru. Terus ambik kesempatan ziarah & bertukar2 cerita dengan guru2 lama. Semua tanya tentang kehidupan di universiti. Yang lawaknya, bila diberitahu tentang kos yang aku ambik, semua termelopong. Melopong sebab x tahu kos ni kos apa. Siap tanya, "ambik kos ni..kalau keluar, jadi apa?". (-_-") Eheh..nasib badan la kan dapat universiti yang suka letak nama gah untuk semua benda. Same wine, different bottles..hakikatnya.

Then, masuk soal umur. Bagitahu la yang tahun ni inshaAllah 22 tahun sudah masa yang Allah bagi pinjam bernafas di dunia. Semua pun kata aku sudah tua. Soalan WAJIB yang kemudiannya mereka2 ni tanya, "sudah ada calon?". Gulp! Terdiam lalu berfikir. Senyuman ja yang mampu aku bagi sebab jawapan yang tepat, aku pun x pasti. Ada guru2 yang offer untuk carikan. Ada yang terus bagi nama orang yang dikatakan sedang mencari. Mahu tergolek aku ketawa (padahal muka macam kena panggang diusik begitu). Perbualan tu aku sampaikan pada mama. "kalau betul dorang ada calon untuk dikenalkan, suruh kenalkan sama bapamu". Tersengeh lagi!

Berterusan memikirkan. Mungkin usia 22 ni kita ada tendency yang kuat untuk fikir hal2 macam ni. Tiba2 ternampak post yang baru aku reblog dalam tumblr beberapa hari lepas.




Asyik fikir pasal jodoh. Sudah habis fikir pasal MATI? *nanges* Inilah kita (atau mungkin aku). Sibuk risau tentang jodoh. Walhal mungkin maut dulu yang menjemput. Malaikat Izrael datang, xkan kita mahu bagitahu "nanti dulu cabut nyawaku, aku belum kawen". No dear, no. Maut itu pun macam jodoh. Datang bila masanya sudah tiba. Semuanya PASTI. Jadi, sedar2 la diri. X salah berusaha keras dalam mencari jodoh, tapi jangan tinggalkan usaha lebih keras dalam persediaan alam kuburmu. :)




p/s : inshaAllah, cari kekuatan untuk minta izin dari bapa sebelum bagi green light pada mereka yang benar2 memaksudkannya. (kalau ada..ahaksss!

Wednesday, February 6, 2013

Lintasan Hati

Alhamdulillah. Sekali lagi Allah bagi peluang untuk aku buat entri malam ni. Rasa sia2 kalau masa yang free ni aku tidak gunakan sebaiknya untuk menunaikan janji. Aku pernah mention pasal lintasan hati kan? Ok, aku akan cuba berbicara sedikit tentang tajuk ni.



Kalau sebut pasal lintasan hati, apa yang terlintas di kepala kamu? Seperti iklan "tengok kiri. tengok kanan. tengok kiri. jom kita melintas!"? Atau sesuatu seperti makhlus hitam lalu depan kamu secara tiba2 then kamu menjerit sekuat hati?? Heh! Jangan takut. Ini bukan blog seram ala2 blog kereta mayat. Eh! Itu blog agama. Blog bagus yang aku rekemenkan kepada mereka2 yang sedang mencari ilmu dan bakal naik kereta mayat macam aku. Tapi ingat, hanya sebagai rujukan. Kalau mahu yang lebih konkrit, mohon rujuk kepada majlis ilmu yang sebenar yakni secara talaqi. :) Hmm..kita di mana tadi? Owh..apa itu lintasan hati.

Lintasan hati ni sebenarnya boleh kita samakan dengan ilham atau bisikan hati yang datang secara tiba2 bergantung kepada situasi diri kita dan keadaan sekeliling. Boleh jadi dorongan melakukan sesuatu atau menjangkakan sesuatu. Lintasan hati ni hakikatnya boleh terbahagi kepada lintasan hati yang baik dan lintasan hati yang buruk. Kalau baik tu, of coz la daripada Allah. Kalau buruk? Sila jawab dalam diri. ;)

Ok. Aku mahu fokus pada lintasan hati yang baik. Aku pernah tulis dalam entri lepas tentang semangat yang aku dapat dari orang2 terchenta. Aku yakin sangat itu semua atas kehendak Allah. Lemme explain. Ok, kadang2 aku rasa sangat down atau stress. Aku sedih & kecewa. Sebagai manusia biasa, aku pun berlari2 anak mengadu pada DIA. Dan tiba2..poommmm!! Akan jadi perkara yang boleh buat aku senyum & gain back my strength. Kadang2 aku terbaca post yang buat aku muhasabah..kadang2 ada orang bawa makanan..kadang2 ada orang terchenta yang call. Semua tu sangat kebetulan. Dan kebetulan itu suatu takdir.  See! Allah sangat baik. DIA pujuk kita dengan menghantar orang2 terchenta tepat pada masanya. DIA la yang hadirkan lintasan hati dalam diri orang2 tu untuk post, untuk bawa makanan, untuk call dan lalu depan aku tiba2 macam2 lagi la. Sweet kan Allah?? :D


tengok kaisara pun boleh buat aku senyum tiba2. :')

Kesimpulannya di sini..lintasan hati (yang baik) itu datang daripada Allah. Mungkin suatu hari tiba2 hati kita terdetik untuk memberi senyuman kepada seseorang yang rupanya telah menjadi asbab untuk dia berubah ke arah kebaikan. Allah beri dia hidayah melalui lintasan hati pada kita. Amazing? Allah itu Maha Cantik Percaturannya. So, kalau kita berduka sebab tidak dapat apa yang kita..ingat Allah. Mungkin ketika itu DIA akan bagi lintasan hati pada seseorang untuk beri kita apa yang kita perlu. Lagi pun...

                                "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
(Surah Ar-Raad. Ayat 28)


p/s : "muka kaisara iras muka mak ngah masa kecik"..u tell me. :)

Monday, February 4, 2013

Satu Dua Tiga Empat Lima

Ada banyak yang ingin dicerita. Cuma, entah di mana harus mula. Jika sudah jumpa, pena kan berbicara..tanpa diri menyedarinya.

Yang pasti, sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Harus terbaik dalam memberi, agar layak untuk menerima. :)

Cuti ini dipenuhi dengan chenta. Chenta yang boleh buat kita rasa seolah memeluk dunia. Seolah kita ada semua. Dan memang itu la hakikatnya. Kita memang ada semua, yang kita perlu. Allah Maha Tahu. Sesuai masa, sesuai ketika. Terima kasih Ya Allah.


"kaisara iras muka mak ngah waktu kecik", mama kata sambil belek gambar lama. heh!

Satu dua tiga empat lima. Alhamdulillah.

p/s : mohon DOA untuk kami, kamu dan kita. minta juga agak diari dalam kepala mampu dicoret di alam maya.

Friday, February 1, 2013

Bicara dari Hamka

Hati Sanubari
Biarkanlah saya menyebut apa yang terasa;
Kemudian tuan bebas memberi saya nama
dengan apa yang tuan sukai;
Saya adalah pemberi maaf,
dan perangai saya adalah mudah, tidak sulit.
Cuma rasa hati sanubari itu
tidaklah dapat saya menjualnya;
Katakanlah kepadaku, demi Tuhan.
Adakah rasa hati sanubari itu bisa dijual?


#Sempena Jumaat yang penuh barakah..kita kongsi sesuatu yang bermanfaat. Hamka. Puisinya banyak menyentuh jiwa. Sukar difahami jika tidak benar ditelusuri. Perlu penghayatan. Ya, aku tahu itu ada dalam diri kamu.

Boleh cuba baca yang lainnya, di sini.

Tuesday, January 15, 2013

Aku dan Politik

Macam best ja tajuk. Setelah dengar macam2 isu pasal politik ni..akhirnya aku terpanggil untuk membuat entry pasal tu tapi disebabkan aku masih dalam fasa 'perang dunia', maka aku akan postpone niat ni sementara waktu ya.

"Seandainya jemaah surau dan masjid boleh seramai yang hadir dalam perjuangan menjatuhkan kerajaan, sudah pasti kita mampu tegakkan Islam di dunia..mengatasi Israel, apatah lagi Amerika!"

p/s : 3 papers in row...DOAkan.