Saturday, June 20, 2009

Beginilah ni

Salam.. Lama sudah aku tidak menulis dalam laptop ni. Aku busy bah.. Oh ya, aku happy sebab aku dapat emas kategori Solo Jurus Tunggal dalam Sabah Games (SAGA) hari tu & insya Allah pegi SUKMA tahun depan. Alhamdulillah.. Another thing is, aku jumpa balik seorang lelaki yang pernah aku usha time kecik2. Nakal dulu aku ni..hehe. Tapi tidak juga fikir apa2 ya..Emm..aku lupa pula, aku dapat tawaran pegi Uitm Kedah dalam asasi undang2 tapi terpaksa tolak & sekarang aku masuk form6 saja di SMK Bukit Garam. Tapi tidak mengapa, aku happy juga sebab banyak yang aku kenal.. Aku yakin, kejayaan ada di mana sahaja..yang penting nawaitu kita..

Monday, March 30, 2009

Innalillahi wainnalillahi rojiun..

Hari ni bukanlah hari yang baik sangat. Hari ni seorang kawanku meninggal dunia. Namanya Azierah, kami panggil dia Otai. Aku macam tidak percaya bila first time cEja bagitau aku. Memang kami bukan satu sekolah tapi kami kira rapat jugalah sebab kami sama2 ikut silat. Ada juga kenangan kami sama2 so sedihlah.. Tidak sangka begini cepat ajalnya. Bila dengar berita ni, aku terus terfikir bila pula ajalku sampai..? Yalah, hari ni hari orang..esok lusa mungkin hariku pula. Ya Allah, semoga matiku dalam keadaan beriman & diampunkan segala dosa2ku. Engkau berikanlah aku kesempatan untuk membersihkan diriku dari dosa2 lalu & memperbanyak amalanku kepadaMu. Amin..

Friday, March 27, 2009

rintihan

Ya Allah.. Bantulah aku agar mencintaiMu lebih dari segala2nya di dunia ini kerana aku yakin, cintaMulah yang tidak akan pernah mengecewakanku.. Cinta dunia?? Ah! Lepaskanlah..

Sunday, March 15, 2009

yang mana 1

Salam.. Hari ni aku tidak buat apa2, just duduk diam2 di rumah. Aku akan pegi PD besok dengan cSil untuk isi online kemasukan U. Aku dapat tau yang aku tempat ke3 di sekolah kami dalam keputusan SPM. Tapi aku kurang puas hati sebab tidak dapat kasi kalah cTura bah. Dia dapat 3A1..maknanya aku kalah satu A1 dengan dia. Tapi tidak apalah, rezekinya bah tu sebab dia berusaha lebih dari aku kan. Aku sekarang agak2 confius untuk ambik apa lepas ni. Mau U terus @ masuk form 6 dulu baru masuk U. Insya Allah aku akan sembahyang Istikarah dulu untuk minta petunjuk dengan Allah sebab aku yakin Dia Maha Bijaksana lg Maha Mengetahui. Semoga Dia akan membantuku..amin.

Thursday, March 12, 2009

happy @ sad?

Hari ni results kami keluar sudah. Tapi kami boleh ambik besok ja. Actually aku sudah tau resultku. Aku cuma dapat 2A1, 2A2, 1B3, 2B4, 2C5, 1C6. Walau tidak sampai targetku, aku tetap bersyukur..alhamdulillah. Keputusan SPM sudah tahu..masa depan?? Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalanan hidupku. Engkau bantulah aku dalam mencari redaMu. Perbetulkanlah nawaituku dalam setiap hal yang aku lakukan. Amin..