Salam.. (^_^)/ Hi!
S.E.N.Y.U.M
Itu yang perlu aku lakukan sekarang. Bukan sebab aku cukup gembira dengan hidupku. Tidak. Ada ketikanya aku dihambat perasaan sedih, menyesal, kecil hati, susah hati dan macam2 lagi. Tapi itu tidak bermakna aku tidak bersyukur. Sebab itu aku mesti senyum. Kalian juga ya. Sekurang2nya kita membahagiakan orang yang melihat kita walau dalam fikiran dan hati ini, hanya Allah yang mengerti.
M.A.S.A.L.A.H
Memang tidak lepas daripada mengejar kita. Macam bayang2. Tidak perlu ditanya mengapa kita harus berdepan dengannya sebab jawapannya sudah tersedia. Allah ingin uji kita...kerana DIA sayang kita. Tapi kadang2, masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang menjemputnya menjengah. So, macam mana hendak atasi masalah?? Cara paling mudah..setiap pilihan, minta petunjuk daripada-NYA. Tapi jangan pula kamu pergi buat solat istikarah berkali2 masa sedang jawab soalan exam. (=.=") Yang itu butuh usaha ya pak!
T.A.K.D.I.R
Setiap manusia pasti pernah disinggahi pertanyaan.."kenapa ini berlaku?". Takdir. Ini berlaku bukan dalam kawalan kita. Kita berkehendakkan yang terbaik. Kita merancang sehabis baik. Kita berusaha melakukan yang terbaik. TAPI.... Kita bukan yang terbaik dalam menentukan takdir kita. Kerana itu, Allah yang akan buat keputusan dalam hidup manusia. Sebab, DIA Yang Terbaik. DIA Maha Mengetahui. Jadi, redhalah kalau sesuatu yang kita rancang tidak sebaik yang kita imaginasikan. Jangan risau. Aku tahu tidak mudah..aku juga bukan insan mulia. Aku juga rasa kecewa. Aku juga selalu alpa. Sebab itu..aku ingin berkongsi dengan kalian..sebab aku tahu apa rasanya terjatuh. Aku ingin dinasihati, diingatkan, dibantu..sebab itu aku menasihati, mengingatkan, membantu. So, ayuh saling mengingatkan. Kita kan sama2 manusia..saling memerlukan. :)
A.K.U
Apa takdirku? Masih kabur..yang aku tahu, apa yang telah berlaku dalam suratan takdirku. Bila mengenangkan takdir yang telah berlaku ke atasku, aku hanya mampu tersenyum. Senyumku bukanlah selalu manis. Terkadang senyum mengejek. Ejek diri sendiri. Yang pasti, aku kagum. Hebatkan permainan takdir kita? Aku, seorang yang sangat meminati bidang bahasa dan kesenian..tapi terbuang di aliran Sains tulen. Permainan takdir! Tapi, alhamdulillah..aku mampu mendapat keputusan yang baik (tidak cemerlang sangat tapi aku puas hati ok..hehehe) hingga melayakkan aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Cuma aku yang tidak mahu. Aku memohon bidang guaman untuk melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah..aku dapat tempat di IPTA untuk bidang itu. Tapi sekali lagi..permainan takdir! Aku tidak ke sana. Aku teruskan pelajaran di peringkat STPM..dalam bidang ekonomi. Alhamdulillah..keputusanku juga tidak mengecewakan (adalah skit..huhuhu). Aku pohon IPTA untuk lanjutkan pelajaran. Alhamdulillah aku diterima..tapi..PERMAINAN TAKDIR! Aku sambung belajar dalam bidang diplomatik (hubungan antarabangsa..in case ada yang tidak tahu). Ajaibkan permainan takdir? Aku tidak pernah merancang jadi begini..tapi inilah yang terjadi. Sekarang, aku di sini..menjadi pelajar Universiti Malaya yang aku sendiri tidak sangka dapat kujejaki. Permainan Takdir. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku nanti..tapi..aku bersyukur dengan apa yang telah berlaku kepadaku. Semua ada sebab dan hikmahnya. Walaupun terkadang ada perkara yang aku ingin ubah..jika aku diberi peluang sekali lagi. Cuma..aku selalu ingatkan diri. Usah terlalu lama menyesali apa yang telah terjadi. Instead of crying & menyesal..baik kita usaha perbaiki diri & sediakan diri untuk masa depan. So, MOVE ON GUYS!! (^_^)b
p/s : Ingin tahu siapa yang ditakdirkan jadi pendamping diriku dunia & akhirat.. (#^_^#)
Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts
Friday, November 18, 2011
Takdir
Labels
ana,
campus life,
kata hikmah,
konflik jiwa,
sekolah
Wednesday, June 22, 2011
Me now..
Assalamualaikum...
Hello Hello!! Its been a month right? Ahh..I'm a bad blogger! I should've updated my blog everyday..or at least every week. Sorry readers..huhuhuhu.
Ok, I wanna share my latest story to you. Its about my life, so don't read if you don't like me..hehe. For your information, I'm so happy. Why?? Because I'm unemployed no more! Alhamdulillah I have a job, a temporary job as a teacher. Now I wont be bored anymore and I can gain new experiences (yes I do!). Besides, I can earn my own money..which means, I can buy what I want! Cool! (^_^)b
Well, I bought a new phone which is absolutely NOT an iphone. (T_____T) And the worst part is..it cannot read hangul (korean letters)!! Grrrrr!!! But its ok, as long as I can use it to send message, make a call and surf the internet..hehehe. AND..I can clearly looking at Jae Jin's picture as the screen is big. (#^_^#) Here is my phone..Nokia c6.
Hmm...I think I should go to sleep now because I gotta be at school before 7 tomorrow. So, take care and see you soon!! Bye..annyeong!
p/s: please pray the best for me and I'll do the same for you..
Hello Hello!! Its been a month right? Ahh..I'm a bad blogger! I should've updated my blog everyday..or at least every week. Sorry readers..huhuhuhu.
Ok, I wanna share my latest story to you. Its about my life, so don't read if you don't like me..hehe. For your information, I'm so happy. Why?? Because I'm unemployed no more! Alhamdulillah I have a job, a temporary job as a teacher. Now I wont be bored anymore and I can gain new experiences (yes I do!). Besides, I can earn my own money..which means, I can buy what I want! Cool! (^_^)b
Well, I bought a new phone which is absolutely NOT an iphone. (T_____T) And the worst part is..it cannot read hangul (korean letters)!! Grrrrr!!! But its ok, as long as I can use it to send message, make a call and surf the internet..hehehe. AND..I can clearly looking at Jae Jin's picture as the screen is big. (#^_^#) Here is my phone..Nokia c6.
Hmm...I think I should go to sleep now because I gotta be at school before 7 tomorrow. So, take care and see you soon!! Bye..annyeong!
p/s: please pray the best for me and I'll do the same for you..
Thursday, March 10, 2011
STPM
Salam. Maaf sebab lama aku tidak update blog ni. Thanks to someone, aku teringat dengan blog ni. Aku sebenarnya segan mau post pasal keputusan STPMku. Aku rasa malu pula bab harapanku langsung tidak kesampaian. Tapi mau buat macam mana lagi, itulah rezeki yang Allah berikan..kenalah terima dengan redha. Oklah, aku tidak mau sembunyi2 lagi. Keputusanku 2A, 1B+, 1B..pointer aku 3.58/4 sahaja. Hmm..aku tidak expect teruk macam ni..tapi salah aku juga, tidak usaha lebih lagi. (-_-")
By the way, aku sudah dapat kakak & abang baru! Faham maksud aku?? Abang dengan kakak aku sudah selamat mendirikan rumah tangga. Aku dapat keluarga baru 2 sekaligus. Alhamdulillah. Nanti post akan datang aku akan cerita lebih lanjut tapi tidaklah semua sebab tidak manis pula kalau terlampau diheboh2..hehehe.
Oklah, aku rasa cukup dululah buat masa ni. Insya Allah aku buat lagi coretan di blog ni pada masa depan. Have a great day! ^^
By the way, aku sudah dapat kakak & abang baru! Faham maksud aku?? Abang dengan kakak aku sudah selamat mendirikan rumah tangga. Aku dapat keluarga baru 2 sekaligus. Alhamdulillah. Nanti post akan datang aku akan cerita lebih lanjut tapi tidaklah semua sebab tidak manis pula kalau terlampau diheboh2..hehehe.
Oklah, aku rasa cukup dululah buat masa ni. Insya Allah aku buat lagi coretan di blog ni pada masa depan. Have a great day! ^^
Friday, January 21, 2011
Masa depan
Its been a while..now, here I am. Aku x tahu mau cakap pasal apa. Otakku buntu..mungkin sebab lama x beroperasi. By the way, aku dapat band 4 dalam MUET. Alhamdulillah. Aku betul2 bersyukur, ini sudah macam satu keajaiban bagiku. Maklumlah, Englishku xlah sebaik mana pun. Sekarang aku cuma berharap keputusan STPMku pun dapat yang power2 juga..amin! Lepas tu, aku kena fikirkan pula dengan jurusan yang akan aku pilih untuk universiti. Aku masih bingung dan ketandusan idea. Aku tidak tahu mau tanya siapa. Kalau tanya parents, mesti dorang bagi kuasa penuh di tanganku untuk buat keputusan. Mau tanya kawan, bestfriendsku pula semua busy. Tanya guru, aku segan. Insan istimewa? Aku belum temui..atau mungkin, sudah ada dekat denganku tapi aku yang x dapat recognize dia. Sekarang, kembali kepada yang utama..seperti biasa, solat istikarah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini..amin.
p/s: aku mau buat new decoration sama ini blog..hehe
p/s: aku mau buat new decoration sama ini blog..hehe
Wednesday, October 6, 2010
jihad fisabilillah
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku menulis dalam blog ni memandangkan STPM tinggal beberapa hari lagi. Tapi hati yang gatal2 dan jari yang agak2 rajin ni mau juga menaip untuk hantar post yang terbaru. Actually, sudah 2 jam aku depan lappy ni buat satu entry tentang cinta tapi atas sebab2 yang tertentu (alasan belum siap) aku terpaksa menangguhkannya. Insya Allah lepas edit yang mana patut, aku akan post entry tu. Tiada yang istimewa, cuma cetusan2 idea yang datang lepas dengar2 lagu dan baca2 blog orang lain. CINTA. Satu perkataan yang memberi gambaran yang aneka bila saja kita menyebutnya. Hmm..tunggulah ya. Assobru minal iman.. (ceh! macamlah best sangat.) Salah satu sebab aku tangguh ialah kerana AKU AKAN JAWAB SOALAN BM KERTAS 2 PAGI NI! Walaupun cuti PMR tapi kena juga korban masa untuk study lebih skit..Tidak apa, menuntut ilmu kerana Allah kan salah satu jihad fisabilillah..
p/s: doakan aku jawab dengan berhikmah ya..amin.
p/s: doakan aku jawab dengan berhikmah ya..amin.
Wednesday, September 1, 2010
Gerun
Salam.. Hari ni sudah 22 hari umat Islam berpuasa. Pejam celik, pejam celik, sudah dekat raya. & tidak lama lagi MUET. Kemudian STPM. Am I ready? Macam ya, macam tidak. Kalau tanya diri yang sibuk mau bercuti ni, mesti kata sudah ready sebab tidak sabar mau rehat 3 bulan. Kalau tanya diri yang sibuk prepare untuk masuk U ni, mesti kata belum lagi. Hakikatnya? Result aku excel baru2 ni cukup2 makan ja. Aku pun tidak tau apa yang aku fikir. No more facebooking, no more texting, no more coupling & many more, but still result gantung macam tu (special cases for talking2, playing2 & blogging...hehehe). Nasib baik mama dan bapa masih macam selalu. Bagi syarahan sikit lepas tu suruh jadikan pengajaran dan buat bagus2 time exam sebenar. Baik kan mama sama bapa? Mestilah, mama dan bapa aku.. Kamu pun sama juga kan. Sebab tu aku selalu jadikan dorang inspirasiku untuk terus belajar kalau rasa malas tu datang pegi bisik2 di telinga untuk rehat2 dulu. Tapi itu bukan bermaksud aku belajar semata2 kerana dorang. Tidak. Aku belajar semata2 kerana Allah tapi didorong oleh dorang. Tu yang sepatutnya kan..
Saturday, August 28, 2010
Jodoh
Kemarin ada sambutan berbuka puasa di sekolah. Aku tolong sikit2 ja sana. Bukannya aku pandai sangat buat semua pun, jadi tidak payahlah mau berlagak pandai kan..huhu. Ok, tukar topik larr.. Pernahkah setiap kali kamu terfikir pasal seseorang, orang tu terus berada depan kamu? Orang kata, kalau sekali sekala tu hanya kebetulan tapi kalau balik2 maknanya ada jodoh. Betulkah tu? Bila cakap pasal jodoh, terus teringat pasal u.h. Agaknya sempatkah aku jumpa 'u.h'ku? Sekarang aku cuma boleh berdoa, semoga Allah sentiasa memelihara aku dan u.h sehingga kami dapat berjumpa.. Semoga aku dapat detect bahawa insan itulah u.h yang Allah takdirkan menjadi imamku. Semoga dia juga dapat detect bahawa akulah penerima tulang rusuknya bila mana dia melihat aku. Semoga kami sedar aura jodoh yang Allah telah ciptakan dari Luh MahfuzNya. & semoga aku mampu menjadi seperti Siti Khadijah yang menjadi seorang teman hidup yang setia,bijaksana dan istimewa di sisi buah hati kita, Rasulullah..amin. (kata2 seseorang telah mengingatkan aku pada kemuliaan Siti Khadijah..tambah pula, penceramah semalam ada mengaitkannya dalam peristiwa Nuzulul Quran)
* tidak salah mencari yang terbaik dalam hidup ini tapi ingatlah, manusia selalu membuang masa mencari yang sempurna sehingga alpa bahawa apa yang ada sudah mencukupi untuk diri mereka..renungkanlah.
* tidak salah mencari yang terbaik dalam hidup ini tapi ingatlah, manusia selalu membuang masa mencari yang sempurna sehingga alpa bahawa apa yang ada sudah mencukupi untuk diri mereka..renungkanlah.
Labels
kata hikmah,
sekolah,
u.h?
Saturday, June 20, 2009
Beginilah ni
Salam.. Lama sudah aku tidak menulis dalam laptop ni. Aku busy bah.. Oh ya, aku happy sebab aku dapat emas kategori Solo Jurus Tunggal dalam Sabah Games (SAGA) hari tu & insya Allah pegi SUKMA tahun depan. Alhamdulillah.. Another thing is, aku jumpa balik seorang lelaki yang pernah aku usha time kecik2. Nakal dulu aku ni..hehe. Tapi tidak juga fikir apa2 ya..Emm..aku lupa pula, aku dapat tawaran pegi Uitm Kedah dalam asasi undang2 tapi terpaksa tolak & sekarang aku masuk form6 saja di SMK Bukit Garam. Tapi tidak mengapa, aku happy juga sebab banyak yang aku kenal.. Aku yakin, kejayaan ada di mana sahaja..yang penting nawaitu kita..
Thursday, January 8, 2009
ingat pula
Bosannya hari ni..Aku duduk dalam rumah ja pagi ni, jam 4.30 gitu baru ada latihan memandu. Aku tidak tau kenapa aku rindu dengan semua kawan2, guru2 & sekolahku. Biasanya waktu2 begini aku tengah belajar dalam kelas..sedih pulak tiba2. Nanti ada masa aku mau pegi lawat sekolahku bila ada masa. Tapi sebelum tu aku mau beli dulu buku2 untuk cAmja. Insya Allah, kalau boleh aku mau juga beli something untuk guru2ku. Tu pun kalau aku ada duit..huhu.
Friday, November 28, 2008
merdeka!
Salam.. Merdeka!!!Aku sudah habis SPM! Hari ni hari pertama aku sebagai `lepasan SPM`.. I feel great but still takut coz fikirkan tetang result nanti..Anyway aku tawakal dengan kehendak Allah. Well, aku sedih sebab berpisah dengan kawan2 5 Dalton. Aku rasa zaman SMK ni antara zaman paling best, especially form 5. Aku rasa menyesal juga sebab ada buat salah dengan kawan2.. Tapi aku sudah minta maaf dengan semua, hopefully dorang maafkan aku. Sekarang aku cuma mampu doakan kebahagiaan & kejayaan kami semua. Amin
Tuesday, October 21, 2008
apa sudah jadi?
Aku sedih hari ni.. Banyak betul benda yang tidak best berlaku hari ni especially Bmku. Sudahlah tidak dapat capai target, tidak dapat A, merosot daripada result sebelum ni & bukan lagi markah tertinggi!!! Sakitnya hatiku! Pastu aku tidak dapat pegi kelas malam..buku ESTku tidak tau dimana aku letak..kertas soalan M3 pun entah mana sudah..tambah lagi masalah dengan segelintir kawan.. Kusut!! Ya Allah,bantulah hambamu ini. Sesungguhnya aku terlalu lemah dalam menghadapi ujian2Mu. Janganlah Kau serahkan urusanku kepada diriku walau sesaat. Ya Allah,sesungguhnya Kau Maha Berkuasa lagi Maha Memelihara..Amin.
Labels
ana,
konflik jiwa,
sekolah
Thursday, May 29, 2008
makan ati
Adoii,sakit kepalaku!! Sekarang ni cuti penggal pertama,baru ja habis exam. Aku sudah buat dengan baik tapi entahlah kalau result tu ok @ tidak. Actually,aku sedih. Aku tidak dipilih untuk ikut rombongan pegi UMS. I want to go there.. Tapi tidak apa larr, aku akan buktikan yang aku boleh masuk U dengan usahaku sendiri! Ya Allah, bantulah aku..
Wednesday, January 30, 2008
muhasabah dulu
Salam.. Hari ni aku muhasabah diri sebelum aku baca Yassin. Banyak betul kematian sejak akhir2 ni. Agaknya bila turn aku erk? Kadang2 aku takut juga sebab maklumlah, aku ni tidak banyak beramal..dosa banyak larr.. Apapun, al Fatihah buat yang telah pegi. Erm, kita tukar topik ya. `Senang ja cakap tapi susah mau lakukan`.. Betullah tu sebab aku sudah rasa sendiri. Mmg senang kata mau disiplinkan diri tapi susah betul mau buat. Puasa 1 tahun pun tidak sesusah ni. Punyalah penat menahan mulut dari tidak bercakap, tidak tidur siang, fokus 100% dalam kelas & macam2 lagi la.. Tapi sabar itu separuh daripada iman!! I`ll try my best!
Thursday, January 3, 2008
sekolah!
Hari ni hari pertama aku pegi sekolah as a form 5 student.. Macam tidak percaya 10 tahun berlalu tanpa aku sedar. Dulu aku banyak wasting time untuk main, gosip, ketawa & suka sangat bercakap..akhirnya menyesal perbuatan sendiri. Betullah mutiara kata ni, orang yang banyak bercakap tidak banyak masa untuk berfikir..So kalau boleh tahun ni aku mau hargai emas yang berputar2 tanpa tunggu aku tu. Aku tidak mau pisang berbuah 2 kali..
Labels
ana,
kata hikmah,
sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)
