Saturday, May 12, 2012

Hari demi hari

Assalamualaikum..salam sejahtera.
 Lama tidak berbicara. Tentang hidup. Tentang pengalaman. Tentang akal. Tentang hati. Alasan yang mampu diberi, diri ini dibelenggu waktu. Mahasiswi yang perasan sibuk. Perasan tidak punya masa. Waima masa ada dibiar berlalu..hmm..lemahnya aku. Tapi itu hanya ALASAN! Aku yang tidak mahu berkunjung untuk menaip bait2 kata. Sukar meluah segala yang terbuku hanya dalam sebuah nukilan, apatah lagi dengan sebaris ayat. TakdirNya mengajarku untuk terus meluah pada Yang Esa kerana DIA Yang Maha Memahami. :') Tapi...! Sebagai seorang blogger yang suka berkongsi melalui karangannya yang tidak seberapa, mungkin aku boleh bocorkan SEDIKIT pada kamu2 yang setia membaca. Jiwaku sedikit kacau. Gusar jika masa dijemput bertemuNya kian hampir sedangkan diri masih bertatih mencari redha dan kasihNya. Risau kerana masih terus bergelumang dengan dosa walau diri tahu akibatnya. Racau hati memikirkan harapan ayah bonda yang inginkan anak mereka berjaya sedangkan si anak sibuk bersuka2. Waktu imtihan kian menerpa, bimbang pula dengan kerja2 yang masih ditangguh2kan selama ini. Owh..zalim sungguh aku pada diri sendiri. Maaf Siti Asdiah Masran. Sila berusaha lebih gigih untuk berubah.
Mengurai sedikit keserabutan tentang permasalahan hubungan. Aku sayang keluargaku. Tumpuan pada hidup bermahasiswa menjadikan aku sering alpa pada rindu mereka. Rasa bersalah. Jarang benar bertanya khabar. Tapi sungguh, hati tidak pernah lupa. Alhamdulillah..doa selalu ada untuk mereka. Air mata jadi saksinya. Beralih pada teman. Hati jadi kacau. Sayangku pada mereka seperti saudara. Ada perkara yang kulakukan atau katakan hanyalah semata2 kerana aku benar2 inginkan yang terbaik buat mereka. Ingin sekali menuju jannah bersama2. Jika masih ada curiga atau terguris di hati kalian, maafkan aku yang tidak sempurna. Meski aku menjauh, doa aku tidak lekang buat semua..inshaAllah. Soal JODOH, semoga dipermudah.
Cukuplah sebagai pelepas rindu pada ruangan maya yang mungkin indah. Semoga diberi kekuatan untuk berjihad menuju Allah. Sebelum tu, mari sama2 baca doa ni..semoga istiqamah dalam semua perkara. :

                                                  يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ 
 Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”

p/s : benarkah cinta tanpa mengungkap rasa mampu setia & membawa ke syurga bersama redhaNya? bagaimana pengakhirannya jika kita tidak mengetahui isi hati insan yang di sana?

Thursday, April 5, 2012

Masih

Masih bernafas...
Masih bernyawa...
Masih belajar...
Masih berubah...
Masih mencinta...

p/s : follow the flow..mungkin ini takdir aku, harus menanti hingga hatimu terbuka atau hatiku terpaling.

Saturday, March 10, 2012

Lupa

Ya Allah, ampunkan dosaku..dosa ibu bapaku..dosa adik beradikku, ipar2ku..dosa keluarga & sanak saudaraku..dosa guru2 & kawan2ku..serta dosa muslimin & muslimat di seluruh dunia. Ampunkan dosa kami yang sering lupa bersyukur dengan nikmat pemberianMU. Ampunkan diri kami yang kerap lupa dengan hakikat kekuasaanMU dalam percaturan hidup kami. Ampunkan sikap kami yang selalu lupa menggunakan kesempatan yang KAU beri dengan sebaik2nya. Ampun kami Ya Allah..ampunkan kami. Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pengampun lagi menerima taubat..amin.

p/s : ampunkan aku Ya Allah kerana lupa bahawa aku harus melupakan cinta yang tidak pasti untuk seketika. semoga insan2 yang kusayang mendapat yang terbaik dalam hidup mereka.....dia juga.

Saturday, February 18, 2012

Lillahitaala..

Ana uhibbuka fillah...

p/s : Allah..Allah..Allah. Teguhkan hatiku, tambahkan kecintaanku kepada-Mu, bimbing jiwa ini dalam perjuangan itu. Hati ini milik-Mu..hadirkan rasa rindu hanya pada insan yang Kau takdirkan buatku.

Wednesday, January 18, 2012

Out of Sadness

Disappointments are like road humps,
they slow you down a bit but you enjoy
the smooth road afterwards. Don't stay on the humps too long.
MOVE ON!

When you feel down because you didn't
get what you want, just sit tight
and be happy, because God is
thinking of something better to give you.

You can't make someone love you,
all you can do is be someone who can
be loved, the rest is up to the person to
realise your worth.

Fill your heart with the Greatest Love from the Greatest Lover..Allah's love. :')


p/s : Terlewat kuketahui..hatimu telah dimiliki. Ya Allah, lindungi aku dari kekecewaan.
Last but not least..I've joined tumblr. Here is the link : sdyah91.tumblr.com
Facebook + Twitter + Blogger + MySpace + Friendster + Wordpress + Tumblr = PERASAN BUSY! But..what next? Sebagai wadah pengerat ukhuwah..