Thursday, July 12, 2018

Separuh 2018

Bismillah...


Separuh 2018 sudah berlalu. Hampir genap setahun aku tidak menaip dalam ruangan kaku ini. Setiap kali aku berkunjung, adalah demi mencari kekuatan diri atau melepaskan rasa yang tidak mampu dikongsi.

Usah ditanya aku sedang di mana dan mengapa. Aku juga buntu. Aku juga mahu tahu di mana aku. Terkadang rasa ingin lari dari semua ini membuak memesak ke dada tapi aku sedar bila sampai masa, lari juga tidak mampu menjadi jawapan kepada setiap persoalan yang membenak di kepala.

Alhamdulillah..dalam keserabutan dan aku alami, aku masih mampu melunaskan impian menggenggam ijazah sarjana di tahun 2018. Tahniah dan takziah buat diri. Kini aku selangkah menghampiri mimpi dari kecilku..inshaAllah. Semoga aku masih gagah dan diberi masa untuk merealisasikannya.

Tentang hati, aku juga tidak pasti. Semakin aku meningkat dewasa, semakin takut aku dengan hubungan antara dua hati. Takut diluka..takut juga aku penyebab luka sesiapa. Perasaan ingin dikasih itu sudah pasti ada tapi buat masa ini biarlah aku tumpu seluruh fokusku pada yang sepatutnya. Aku takut gagal memiliki akan menghalangku untuk berjaya. Dan aku tidak pasti apakan ada dia yang mahu terus mendokong citaku seumpama itu turut citanya.


p/s : Blog ini mungkin tiada pengunjungnya. Tapi ada aku..dan aku. Itu sudah cukup. Kerana aku perlu aku untuk terus hidup.

p/s/s : aku harap kau mahu terus hadir di dalam impiku dan hidupku.

Sunday, August 20, 2017

It's Written






Kau percaya pada qada dan qadar?
Aku..yakin.

Keluarga, kawan, pasangan cinta, musuh, siapa pun..semua hadir menjadi ketentuan Allah yang paling indah.

Untuk itu,
terima kasih Tuhan
terima kasih kalian.

Thursday, August 10, 2017

Bait Cinta

Sungguh
Merasa cinta itu mudah
Tetapi memaknainya terlalu payah.

Bila aku cinta
Maka aku cinta
Kalau aku terduga
Aku masih kekal cinta.

Aku pencinta yang setia
Kerana itu
Aku pencinta yang sering terluka.



p/s : sekadar bait tanpa cinta...

Saturday, August 5, 2017

Bungkam

Kerna aku bungkam
Melihat kenangan
Banyak rupanya hal-hal semalam
Menjadikan aku yang sekarang.

Sekarang aku dilihat jauh ke hadapan
Hakikatnya aku hanya aku yang semalam
Cuma semakin tua untuk memikirkan kenangan
Maka aku terus berjalan
Meninggalkan apa yang bukan untukku
Melepaskan apa yang bukan milikku
Dan meski
Ada kenangan, ada getir, ada dugaan cuba menggari
Aku sudah terlalu jauh dari peduli
Aku yakin dengan aku yang kini
Aku mau berjaya
Aku mau sempurna
Walau sendiri.

Monday, April 28, 2014

Kehilangan Kata-kata

A month..or two..or maybe more.

Sudah sekian lama tidak berasa apa-apa. Bukan feeling less. Bukan. Penat untuk merasa, mungkin? Atau boleh jadi serik untuk merasa. You decice.

I'm a girl with a thousand words. Easily spilled. Tapi itu dulu. Sekarang pun thousand words juga, cuma lebih senang monolog dengan tuhan. Sebab? "Insecurities run deep", quote dari Hlovate. Aku serik dengan perasaan berharap, then hampa semendang. For the same reason, aku lebih suka baring menghadap siling bilik B214 dan membunuh waktu berbanding keluar bergelak ketawa dengan kawan2.

Tesis. Another reason aku rasa macam speechless sebab till now motionless. Atau vice versa? Motionless sebab speechless a.k.a no word to 'play' on paper. Both mungkin. Doa2 kan la...

"Sometimes it is not merely of love, but hope..or in our word, FAITH" -me-

p/s : we could stop the clock but not time. as we could stop thinking but not feeling. and for now, I just could pray for both.

p/s/s : Hlovate...deeply into with his/her magical words. soothing me somehow.

Wednesday, April 2, 2014

Untuk Malam Ini. Detik ini. Tolong.

Setelah sekian lama. Macam batu terhempap ke kepala. Kesian. Baru sekarang mahu sedar diri. Sekarang biarkan aku menghilang. Sebab sudah terlalu lama aku menjaja diri demi secebis kasih. Kalau aku pergi, harap mengerti. Kalau pun tanpa izin, tanpa permisi.

Sudah lama menunduk mengemis perhatian dan jalinan persetiaan. Tiba-tiba jadi malu. Bila belek-belek album lama, macam menelan pasir pun ada. Rupanya aku memang jenis-jenis yang masuk ke dalam gambar dengan muka tembok tidak sedar diri. Sibuk mencurah ke tadahan-tadahan yang aku jumpa di sepanjang perjalanan. Padahal tadahan itu sikapnya hanya menerima, tidak mampu mengatakan tidak.

Allah..sebaik-baik 'title' yang mampu aku terima hanya sebagai hambaMu. Itu pun hanya hamba yang tidak setia. Yang di hatinya selalu berputus asa. Yang di mulutnya selalu mengadu. Yang jika diberi peluang mengeluh, sehabis nafas dia mahu. Tapi hamba inilah yang sering terlintas di jiwanya sejuta rasa riak bangga bila ada yang memuji betapa baiknya dia. Sering juga yakin hingga terkadang angkuh bahawa dia paling memahami, paling menyayangi, paling setia, paling tabah. Menipu pada diri. Kurang cerdiknya aku!

Malam ini aku mahu hilang. Hilang dari dunia ciptaan sendiri. Tidak lama..hanya sedetik untuk kau ingat. Kerana aku muak dengan seorang Siti Asdiah ini. Mengada-ngada. Paling layak dicemuh dengan sikap perasan baiknya. Kalau boleh, baling batu sahaja sampai tidak tersisa sikap-sifat mazmumahnya. Atau tolak gaung sahaja berkali-kali sampai insan ini terbangun dari mimpi-angan-perasaan yang membuatkannya terkebelakang, menjadi habuk di jalanan orang.

Allah, maafkan hambaMu. Malam ini aku rapuh dan membiarkan aku jatuh. Untuk malam ini sahaja, tepat pada detik ini sahaja Ya Allah. Izinkan aku membenci diri..supaya detik kemudian aku mampu gagah untuk bersyukur lagi dengan segala yang aku ada.

p/s : aku benci entri ini. tapi aku lagi benci diri sendiri..kerana terlalu menyayangi diri.
       Mom.. :'(

Tuesday, March 18, 2014

Sempurnaku pabila tidak sempurna

Selalu aku malu melihat siapa sebenarnya aku
Bukan sesiapa dan tiada apa untuk dibangga
Allah jadikan aku begini
Tapi sungguh
Tiap inci diri aku syukuri.

Sikapku jelik
Kasar dan suka mencabar
Wajah tidak seindah bulan di balik awan
Apa lagi secantik bidadari dambaan
Suara parau dan lantang
Terkadang lupa beradaptasi dengan suasana
Gelak ketawa hingga lupa dunia.

Tapi aku juga wanita
Punya sehalus-halus rasa
Tidak perlu dikasari dengan kata-kata
Tidak perlu dibandingkan dengan sesiapa
Usah dijatuhkan keyakinan yang sudah separas tanah
Dan diingatkan betapa kurangnya aku
Dan dicanang seperti tiada yang mahu.

Mungkin kau lupa
Jodoh itu rahsia Allah
Dan aku juga sedang bersedia
Agar aku menjadi yang terbaik untuk pilihanNya
Pilihan yang tidak pernah salah
Pilihan yang menerima aku seadanya
Pilihan yang melihat sempurna pada kurang dan lompang
Pilihan yang aku tahu ada
Tidak di sini, bertemu di syurga.

Usah bimbang, bicaraku tidak terselit marah
Hanya mahu berkongsi terbitan jiwa
Ingatan buat kita, sama..senada
Yang indah dan bernilai itu hanya chenta Allah
Kerana pandangan manusia membezakan kita
Sedang pandangan Allah, membuatkan kita setara.

selalu lupa ini



p/s : sama2 perbaiki diri. sama2 doa.

Sunday, March 16, 2014

Istimewanya Luka

Salam chenta buat semua pembaca.
Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Masa berlalu. Tidak berhenti mahupun menunggu. Maka tiap detik yang pergi, apa yang sudah kita penuhi? Soalan ini bukan untuk kamu sahaja, tapi diri sendiri juga. Allah..betapa ruginya kita yang sering terleka.

Berkata tentang masa, tercuit sejarah2 yang melingkari hidup kita. Pada tiap detik yang berlalu, sudah pasti ada kenangan istimewa bersamanya. Dan asal saja kamu tahu, istimewa itu bukan bermakna bahagia sentiasa. Sakit, jerih, payah dan sengsara juga istimewa. Istimewa kerana ianya mencipta lakaran-lakaran kenangan yang sukar dilupa. Malah lebih sukar menghilang dari ingatan lantaran parut luka yang pasti mengesan.

Siapa yang tidak pernah terluka? Rasulullah dan para sahabat baginda juga pernah terluka. Bukan luka pada badan semata, tapi juga pada hati mereka. Dihina, dicerca. Tapi semua itu membentuk mereka menjadi lebih gigih menyebarkan agama. Malah pernah juga terluka dengan pemergian mereka2 yang terchenta. Tapi mereka bersabar dan redha. Kerana ada kesengsaraan yang lebih melukakan berbanding kehilangan insan2 yang dikasihi. Ya, kehilangan iman. Itu yang mereka khuatirkan. Semoga kita tidak perlu menghadapi.

Baru2 ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita. Kehilangan nyawa, kelibat dan kehadiran orang2 yang tersayang. Memilukan, cukup melukakan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang harus memikul bebanan. Kita yang tidak berada di tempat mereka, usah menambah kelukaan yang mungkin semakin bernanah. Kerana takdir itu satu kerahsiaan. Hari ini kita di sini, mungkin esok kita di sana. Kun fayakun..itu pegangan kita.

Pada yang menghadapi kelukaan, sama ada kerana kehilangan harta benda mahupun insan terchenta..semoga iman masih kukuh terpasak di dada. Percaya, Allah biarkan kita terluka kerana mahu mengangkat darjat kita di sisiNya. Tiap parut yang tertinggal menjadi pengajaran dan peringatan. Agar kita tidak terus menjadi kita yang semalam..tetapi berusaha menjadi kita yang lebih baik pada masa depan. Apa yang lebih indah, daripada dibentuk menjadi yang terbaik sebelum bertemuNya?

Allah..terima kasih atas semua luka, nanah dan parut yang pernah ada dan mendatang tiba...


p/s : kelukaan adalah sebahagian diriku yang semalam. mungkin tampak hodoh tapi istimewa..dan untuk itu, alhamdulillah.

Saturday, March 1, 2014

it's time to grow up

after a long break


keep telling this


everything happens for a reason


Allah knows & it's enough


inshaAllah

p/s : this is life.

Sunday, February 23, 2014

Jauh


Jarak mengajarku makna keterdekatan
Jarak menyedarkanku nilai sebuah kehadiran
Kernaku manusia
Yang sarat dengan rasa
Rindu.

Monday, February 10, 2014

Sukarnya Ikhlas

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."
"Tak payah,bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui disepanjang jalan.
"Cukup?" tanya anak muridnya.
"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.
"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"
"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"
"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli," kata seseorang yang lain.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"
"Tak buat apa-apa"
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."
"Ikhlas?"si murid kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"
"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu.

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

-cnp-

p/s : mari koreksi diri. semoga semua kerana Allah...

Thursday, January 2, 2014

tahun baru Masihi bersama nota di sisi!

Pukul 5 pagi : 2 Januari 2014.

2 hari berlalu selepas tahun 2014 menerpa masuk dalam hidup kita. Kalau ikut hati, mau saja aku mencoret pada dinding blog ni dengan segala kisah suka duka sepanjang 365 hari dalam tahun 2013. Tapi tidak mengapa, masih mampu bertahan dan bersabar. Kita tunggu selepas kertas2 periksaku berakhir pada 13 Januari ni.

WHAT?!! Apa aku buat ni?? Esok 3 Januari merupakan hari pertama aku periksa dan aku masih berada di sini mengemas kini blog?? Ok, mohon sedar diri!! Kbai!

Upss..sebelum tu, kirimkan DOA untuk aku dan mereka semua yang ambil periksa. Semoga semua dipermudah. Bittaufiq wannajjah!!

Btw..aku tidak sambut tahun baru Masihi. Tapi aku mahu ada azam, untuk jadi lebih baik hari demi hari.


p/s : untuk awak, semoga Allah redha. selamat berjaya! :)

Wednesday, December 11, 2013

Masalah Hormon

Bila hormon tidak stabil, maka jadi la keadaan emosi diri yang berubah-ubah. Perangai terlebih dalam semua hal yang berlaku. Terlebih sedih, terlebih gembira, terlebih sensitif, terlebih kental.

Apa sahaja punca, malam ini aku memang bahagia. Dari segala kekalutan dan kekacauan, Allah bagi ruang untuk aku mengenal chenta. Jelas, semua terjadi ada hikmah..tinggal cepat atau lambat saja kita memahaminya.

Punya idea untuk mengarang entri2 baru tapi semua masih terperosok jauh di sudut2 tersembunyi dalam otak kaku dan bekuku ni. Maka tunggu la hingga mereka mahu beri kerjasama pada jari jemari.

p/s : datangkan berjuta chenta, aku pilih untuk setia..ecececeh! tapi takdir itu milik DIA..maka harus bersedia dengan segala apa yang bakal mendepani kita.

Thursday, November 28, 2013

Jiwa Gelora

Aku juga mahu
Dicintai
Dirindui
Dilindungi
Oleh insan bernama lelaki.

Tapi aku juga mahu
Semua itu bukan hanya sekadar waktu
Bila hilang ghairah mencuba
Maka hilanglah semua rasa.

Aku tidak mahu sementara
Aku mahu terus dan terus membawa ke syurga.

Untuk segala rasa yang ada
Dalam diam sudah ada pemiliknya
Cuma belum pasti kekal atau seketika
Sementelaah kita saling meneka-neka
Biar semua itu kejap dalam pegangan Allah.

p/s : menunggu sampai tiba waktu, kau sudi memilih aku.

Monday, November 4, 2013

Moga kita berjumpa di syurga

Bukan tidak redha. 
Cuma terkilan.
Dan kehilangan.
Allahu.

Al-Fatihah buat atuk... *mata berkaca-kaca*

p/s : terima kasih untuk "Tabah dan Sabar" itu...

Wednesday, October 16, 2013

Hanya Sekadar Ini

Mahunya ku menyentuh
Hujung bayangmu
Mahunya ku berlindung
Bawah redupmu

Selalu khayalkan mu
Engkau yang umpama
Tak punya cela dan sempurna

Mengapa tidak kasih hadir
Dan menyentuh jejariku
Mengapa tidak kasih hadir
Walau cuma dalam mimpi

Putuskan resahku
Payungi hatiku
Jerit kerinduan
Terik pedihnya kadang tak tertahan

Mengapa tidak kasih hadir
Dan menyentuh jejariku
Mengapa tidak kasih hadir
Walau cuma sekali

Engkau hadir naungi diriku
Yang terdera
Engkau hadir cukuplah sekali
Cuma dalam mimpi
Walau untuk ku bermimpi


Misha Omar - Untuk Bermimpi

p/s : mungkin ini hakikat yang harus aku terima...

Friday, October 11, 2013

InKHAS'13

Sebelum aku balik beraya (eh, ini consider balik jugak ke? hihihi), molek la kiranya aku update blog yang sudah sekian lama sunyi sepi tanpa sebarang khabar berita ni. Tapi disebabkan aku dalam keadaan rush untuk pack barang & get ready untuk hadiri pembentangan tesis master yang diwajibkan datang kalau tidak memang aku sudah lama berjimba untuk balik beraya tanpa fikir pasal kuliah, maka aku pun just upload gambar2 sebagai ganti kepada kata2. Tema kali ni, hari interaksi jabatan. Dorang namakan Interaksi Kelab Hubungan Antarabangsa. Budak2 tahun 2 yang handle..aku join untuk lepas tension ja. :D

x sampai suku pun..huhu

batch aku yang chomel2. ;)

kalau kata x chomel, x tahu laaa..

lompat tali beramai2 yang diinspirasikan
oleh Running Man..ish3.

watching futsal perempuan memang kena pakai
penutup telinga. asyik jerit ja.

ini bukan thaipusam! hahaha

gegurlz batch aku yang hot2..haha! *perasan*

sekali lagi, ini bukan thaipusam!! :p

biar penat, kena pose chomel2 juga.

dan ini bukan cerita kerusi ghaib dalam bujang lapok. :D

sila fokus pada encik ustaz yang poyo!
hehe..jarang nampak dia macam tu.

ni la game 'thaipusam' tu. tarik tali guna anggota muka

again, batch kami yang sporting! <3 kamu semua!!
mesti lagi best kalau semua datang..huhu

So, setakat di sini sahaja buat masa ni. InshaAllah kita jumpa lagi. Daaaaa!!!

p/s : selamat hari raya aidiladha in advance buat awak sekeluarga. kali ni saya beraya kat utara, inshaAllah tahun2 mendatang mungkin di selatan pula... ;)

Saturday, September 21, 2013

Friday, September 13, 2013

Dalam bilik kuliah, terlintas hal ini..!

Assalamualaikum & salam sejahtera. Sudah lama kita tidak bersua (ceh! ayat bunga2 pulak..hehe). Now, I'm back in UM. Sambung pergelutan bagi tahun ketiga di sini. Macam tidak percaya aku sudah hampir melalui fasa akhir tahun pengajian dalam ijazah sarjana MUDA saja highlight skit kemudaan diri tu..hehe. So, just like other third year student..aku pun  bakal berdepan dengan terms seperti Tesis, Latihan Industri, kahwin..eh! so on & so forth.
Based on what I've put pada tajuk di atas, actually tadi ada la satu (ya ka satu??) benda ni terlintas di kepala aku. But before I forgot, aku ada kelas setiap hari!!! Faham tidak?? SETIAP HARIIII!!!! Arghhhhhh! Aku serius think yang this is the price for having only 3 days of kuliah pada sem lepas. Tapi then aku realised la sangat that semua ni adat resam dalam belajar. Mana ada 'yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang' dalam menuntut ilmu. Maka akhirnya aku pun redha & bercadang untuk penuhkan jadual harianku dengan kelas, kelas, kelas, rindu awak, & kelas. ;)
Kembali ke siaran perdana. My lecturer for projek ilmiah (tesis la tu) tadi suruh kami buat tajuk yang dekat dengan diri. Masa tu aku teragak2 bagitahu yang aku mungkin buat tentang human rights sebab aku sudah buat sedikit research time cuti sem hari tu & pernah ambik kos tu tanpa tidur masa kuliah sekali dua tersengguk2 tu ada la.. which means aku interested la tu..haha! (tapi aku tidak la bagitahu pasal tidur tu..cari nahas namanya kalau bagitahu!) Others pun bagitahu la apa yang dorang mahu buat. Then lecturer tu pun bagi la lecture tambahan tentang pengalaman dia sendiri sebagai pelajar & sebagai lecturer for this subject for few years. Dia kata tesis ni macam baby kita which shows who we really are. People would know your attitude, character just by baca baby ni. So that's why dia suruh kami pilih betul2 apa yang kami intend & interested untuk kaji. She said most mahasiswa/wi buat kajian dengan penuh enthusiasm hanya pada awal2 tu ja, bila sampai pertengahan dorang pun naik fed up pastu macam rushed just untuk lulus ja. Sedangkan tesis ni adalah apa yang kita bakal pegang hingga masa depan. Mungkin di sini kita jumpa apa yang kita mahu buat dengan masa depan kita. Pesanan dia ni same goes to internship punya lecturer. Dia  pun suruh kami pilih something yang mungkin boleh dijadikan karier kami pada masa depan..bukan semata2 hanya mahu penuhi keperluan subjek.
Daripada lecturers tu, aku macam terfikir hala tuju karier hidup aku. Aku terfikir apa sebenarnya yang Allah takdirkan untuk aku. Macam yang aku pernah cerita, perjalanan aku menuntut ilmu ni memang melalui path2 yang berbeza. So kadang2 aku keliru dengan masa depan aku. What actually I want & I should do? Aku cuba fikir apa kecenderungan aku sejak dulu. Apa yang aku developed dalam diri aku selama 22 tahun aku hidup. Apa yang biasanya aku buat dengan penuh semangat dan minat dari awal hingga tamat. Well, sekarang aku sedar aku ada satu misi penting yang sepatutnya sudah settle dari awal lagi, CARI MATLAMAT HIDUP. Allah sudah sedia jalan, now it's up to me untuk faham apa yang DIA mahu aku lakukan. Untuk itu, aku sangat perlu doa dari semua orang. :)
Tentang tesis, inshaAllah aku still tend to choose human rights especially pada Muslims nowadays..tapi who knows...

p/s : tiba2 teringin berlatihan industri dekat dengan tempat awak..teringin belajar, merasai & try to adapt dengan lifestyle awak. mak tergelak dengar keingin ni..hehehe. :p

Tuesday, August 27, 2013

Bila pelajar jadi pengajar maka ambillah pengajaran...


Sebenarnya lama sudah mahu berkongsi pengalaman menjadi guru ganti tapi selalu tertangguh. Lepas tengok video Mat Lutfi ni, keinginan tu pun datang balik (tu pun lepas beberapa bulan..hehehe). Tapi sebelum tu...assalamualaikum & salam sejahtera pembaca terchenta! Apa khabar? Moga sentiasa dalam rahmatNya. :)

Al kisah..dulu lepas dapat result STPM & menunggu panggilan ke universiti, aku pun sibuk mencari kerja atau lebih tepat, minta bapa tolong carikan kerja..hehehe. Yalah, tengok kawan2 semua pernah rasa hidup bekerja sementara so aku pun teringin juga. Habis SPM dulu aku x sempat sebab ambik lesen memandu jadi sekarang la masa yang sesuai! :D

Aku jadi guru ganti x lama mana pun, dalam 3 bulan ja. Ajar budak2 tahun 1,2,3. Major Bahasa Melayu la sebab tu ja yang aku berkeyakinan untuk ajar. Subjek lain, Sains & Matematik. Bahasa Inggeris aku memang tolak la sebab takut x pasal2 terbelit lidah budak2 tu dengan nahu Hindustan aku..hehehe.

Well, jadi cikgu ni memang x senang. Dulu aku bukannya penyabar, cepat ja berasap. Time tu la kesabaran aku banyak teruji. Walaupun aku suka budak tapi agak2 la kena bertahan dengan murid yang x sampai 10 saat kita marah, dorang sudah buat hal balik..hampir pecah anak tekak aku menjerit2. Kelas hujung dengan perangai dorang yang susah terima arahan & siap menangis bila aku suruh dorang jawab soalan walaupun aku cakap dengan lemah lembut sopan santun berbudi pekerti. (-.-") tapi x pernah kenal erti putus asa & suka menghiburkan orang. Kelas depan pula dengan sikap dorang yang perasan hebat & mulut pedas tapi memang rajin & bijak. Kelas tengah yang aku kira baik & mudah dikawal tapi selalu ja ada masalah siapkan kerja rumah & sibuk dengan kisah chenta siap jadi agensi cari jodoh untuk aku lagi..hihihi. Masa nilah aku sedar besarnya tanggungjawab yang cikgu2 aku pikul selama ni. Nampak ja garang, jahat & suka bagi kerja rumah tapi di hati sentiasa mendoakan yang terbaik untuk murid2. Masa tulah aku menyesal dengan perangai & kenakalan2 dulu. Rasa macam mahu menangis pun ada. Tapi dalam masa yang sama, aku sedar..biar macam mana pun teruk perangai murid, sebenarnya dorang masih boleh dibentuk. Dorang tu rebung, maka sebagai ibu bapa kedua..guru2 kenalah bijak melentur dengan penuh hikmah. :')

Sebenarnya terlalu banyak kisah yang boleh dikongsi tapi rasanya cukuplah sedikit ni sebagai tatapan pembaca di sini. Kalau mahu lebih, contact me personally..hehehe. Till then, enjoy these pics. (^_^)/

nama cikgu ni, cikgu Masran tapi dia bukan bapa aku..hehe

nampak x betapa mesra kanak2nya aku?? *perasan*

sibuk jadi guru kelas ganti ni,
layan karenah parents yang datang ambik report card anak2.

antara murid aku.
kembar x seiras yang suka bersaing. :)

kalau dari arah belakang macam budak sekolah kan?
aku yang baju & tudung itam tu la.. ;)

semangat buat warming up masa Larian 1 Malaysia tapi..
hakikatnya aku x lari pun..haha! :D

febret dulu kini & selamanya. MAKAN!
btw..muka teruk gila bab tension STPM baru habis tapi
tension jaga budak pula muncul..huhu!

buat2 malu, padahal pinggan penuh..hew3. :p
ni time Kem Bestari Solat untuk murid tahap 2.
time tu ilmu agama sekangkang kera ja pun..pakai biasa2 ja.

p/s : semoga pengalaman ni boleh bantu dalam proses mendidik anak2 sendiri pula sebab guru yang paling dekat dengan anak2 ialah ibu bapa..inshaAllah. ;)