Showing posts with label kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata hikmah. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Perubahan

Assalamualaikum..
Salam ukhwah..salam integrasi..salam perpaduan.. (eh, bukan sama ka semua tu? hehe)

La tahzan..perkataan yang aku selalu katakan dengan kawan2. Assobru minal iman..ayat lazim yang aku ucapkan pada orang2 sekelilingku. Setiap kali mereka berdepan dengan masalah dan meminta bantuanku mahupun pandanganku, itulah sahaja yang aku mampu berikan. Sedikit nasihat dan dorongan. Terlalu sedikit bantuan yang aku berikan. Maka, jangan dipandang tinggi diri ini. Jangan terlalu berharap kesempurnaan daripada insan ini. Aku hanya ingin menjadi sebaik2 umat..iaitu mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Mungkin hanya kecil tapi sekurang2nya aku berusaha dan insyaAllah DIA Maha Mengetahui.

Aku bersyukur kerana Allah memberi aku kelebihan dalam bersosial (bukan so-sial yang 'tu'..nauzubillahiminzalik). Aku mampu memjalin ikatan persahabatan..membina jambatan ukhwah dengan mudah. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tapi..ada dugaannya. Aku juga tidak dapat lari daripada salah sangka. Aku juga tidak mampu lari daripada mengguris hati orang2 di sekelilingku. Aku juga tidak mampu sentiasa berlaku adil pada semua orang. As a normal person, yes..I'm not perfect..not at all. Walau sedaya upaya aku menjaga hadku dengan lelaki, tetap ada mata yang melihatku dengan pandangan kurang senang. Tapi percayalah, aku sedar batas pergaulan dalam agama. Aku tidak selemah itu..insyaAllah.

Aku juga insan biasa yang punya kekurangan. Sedang berusaha memperbaiki diri. Mungkin ada yang terasa dengan perubahanku. Ketahuilah, aku tidak pernah berubah. Aku cuma kembali kepada diriku yang dahulu. Bukan kerana sesiapa..semata2 kerana Allah. Inilah diriku yang kamu belum kenali. Syukur kepadaNya kerana 'mengejutkan' aku semula. Mungkin inilah culture shock bagiku. Oleh itu aku ingin mencari jalan yang pernah aku ambil. Mencari hidayah yang mungkin telah hilang akibat lekanya aku dengan dunia. Ahh..rindunya aku dengan kasihNYA. Aku yakin, pintu rahmat Allah itu sentiasa terbuka.

But trust me, dear friends. I will never change. I'm still ur friend. Eventhough I'm no longer spending my time with u for hours like usually..do not talking too much to u..not even sending u lots of messages in a day like before..I'm still the one who will smile to u everytime I see u..the one who is gonna miss u if u're not around..the one who will do anything for the sake of our friendship. I might be away from u but I will never forget u. Sorry if I ever did harsh to u..or talked bad to u. I didn't mean it..it just my khilaf as an ordinary person. Dear friends, please do not leave me. It seems like I'm the one who leaves u guys..I'm sorry for letting u feel like that. I'm sorry for neglecting u recently. And I'm sorry because I forgot to be fair in everything. But dear, I did this on propose. I wanna improve myself first before bring u along in this tarbiyyah. I thought that I should be a better person before I help others to be good. Maybe that is my biggest mistake this time. I should drag u in from the very beginning. Sorry friends.. :(

Hmm..mungkin ini ujian Allah untuk aku. La tahzan Siti Asdiah..Assobru minal iman. Bukan mudah mencari syurga Allah. Dan menjadi dirimu tidaklah bermaksud kau lebih daripada mereka. Mungkin mereka itu lebih tinggi ilmu akhiratnya..lebih luas pengetahuan agamanya..lebih utuh benteng imannya. Ya Allah tuhan yang membolak-balikkan hati..tetapkanlah hati kami pada jalanMU. Janganlah KAU matikan hati kami setelah KAU berikan hidayah. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa.

p/s : aku tetap diriku yang asal..seorang insan yang sedang berusaha untuk memperbaiki diri. jika kembali kepada diri asal ini kalian anggap satu perubahan, maka aku terima..aku mungkin telah berubah. namun, aku tidak akan pernah memutuskan persahabatan walau pandangan kita, cara kita sudah ada bezanya.aku akan tetap menyayangi insan2 sekelilingku seadanya dan mengharap agar mereka juga mencintaiku seikhlasnya.
aku berubah semata2 kerana Allah..tapi mungkin benar, dorongan dari khalifah Allah itu juga menjadi asbabnya.

Sunday, December 4, 2011

Sunshine

Siapa belum pernah tengok 3 Idiots? (For those yang pernah watch movie ni, tidak perlu excited sangat..diam2 sudah.) Kamu belum? Serious??? Its ok, go & watch it NOW! (eh..I mean, lepas baca entri aku ni ok..hehe)Well, mesti kalian hairan kenapa hari ni aku mention pasal 3 Idiots. Saja..sebab aku suka.
3 Idiots ni best. Aku suka dengan penceritaannya. Aku suka menghayati keindahannya. Aku suka melihat cara pengolahannya. Cerita ni nampak biasa tapi penuh dengan simbolik, value. Cerita ni buat kita sedar yang setiap keistimewaan yang ada pada orang lain, pasti ada keperitannya yang kita tidak lihat. Kita selalu cemburu dengan kelebihan orang hingga kadang2 kita alpa untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki. Allah kan Maha Adil. Kalau DIA memberi kelebihan kepada seseorang, mesti DIA juga memberinya kekurangan, kepayahan atau kehilangan. Begitu juga dalam persahabatan, kena ada give & take..& jangan lupa, sacrifice. Bila kita membina persahabatan, kita mesti tahu bertolak ansur, berusaha memahami, sentiasa setia & sedia berkorban. Walaupun kita sudah kenal lama tapi hati tetap boleh berubah2. Mungkin hari ni kawan kita suka ni, esok dia tidak..so, kita kena cuba memahaminya & jika ada salah faham yang timbul, cubalah bertolak ansur. Jangan asyik ingin menang..tapi jangan pula selalu mengalah. Kawan boleh menjadi insan yang selalu ada dengan kita. Mereka juga boleh jadi KEKASIH paling setia. Tapi untuk mendapat kawan seperti itu, kita MESTI jadi setia terlebih dahulu. Jadilah pendengar yang baik. Malah, dengarlah juga kata hati yang tidak pernah diungkapkan pada kita. Maksud aku, cuba fahami lenggok bahasa badannya, isyarat tubuhnya..sebab tidak semua perkara boleh diluahkan dengan kata2. Percayalah, kawan sejati lebih mudah ditemui daripada boyfriend/girlfriend di luar sana. Kalau balak, walau kita setia separuh nyawa..tiada jodoh berpisah jua. Kalau sahabat, setia kita pasti meraih ketaatannya. Kalau mereka ada masalah, bantulah dengan ikhlas. Tidak perlu menunggu mereka memintanya. Sedialah berkorban..seperti mana para sahabat Rasulullah sanggup berkorban untuk baginda. Tapi kena ingat..IKHLAS & jangan mengharapkan apa2 BALASAN daripadanya. Cukup meminta balasan itu daripada ALLAH..itu yang sebaik2nya. :)
Oklah..aku kena sambung buat assignment yang entah bila hendak siap ni..huhu. Chaow!! Salam... Eh..eh!! Sebelum tu, ni lagu favorite aku dalam movie ni. Dengarlah..



Bacalah translation di bawah video tu..hehe.

p/s : I got to know this story & jatuh minat dengan lagu ni sebab seseorang. Seseorang yang benar2 ingin aku temui. Thanks dude..u mean something to me.

Friday, November 18, 2011

Takdir

Salam.. (^_^)/ Hi!

S.E.N.Y.U.M

Itu yang perlu aku lakukan sekarang. Bukan sebab aku cukup gembira dengan hidupku. Tidak. Ada ketikanya aku dihambat perasaan sedih, menyesal, kecil hati, susah hati dan macam2 lagi. Tapi itu tidak bermakna aku tidak bersyukur. Sebab itu aku mesti senyum. Kalian juga ya. Sekurang2nya kita membahagiakan orang yang melihat kita walau dalam fikiran dan hati ini, hanya Allah yang mengerti.

M.A.S.A.L.A.H

Memang tidak lepas daripada mengejar kita. Macam bayang2. Tidak perlu ditanya mengapa kita harus berdepan dengannya sebab jawapannya sudah tersedia. Allah ingin uji kita...kerana DIA sayang kita. Tapi kadang2, masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang menjemputnya menjengah. So, macam mana hendak atasi masalah?? Cara paling mudah..setiap pilihan, minta petunjuk daripada-NYA. Tapi jangan pula kamu pergi buat solat istikarah berkali2 masa sedang jawab soalan exam. (=.=") Yang itu butuh usaha ya pak!

T.A.K.D.I.R

Setiap manusia pasti pernah disinggahi pertanyaan.."kenapa ini berlaku?". Takdir. Ini berlaku bukan dalam kawalan kita. Kita berkehendakkan yang terbaik. Kita merancang sehabis baik. Kita berusaha melakukan yang terbaik. TAPI.... Kita bukan yang terbaik dalam menentukan takdir kita. Kerana itu, Allah yang akan buat keputusan dalam hidup manusia. Sebab, DIA Yang Terbaik. DIA Maha Mengetahui. Jadi, redhalah kalau sesuatu yang kita rancang tidak sebaik yang kita imaginasikan. Jangan risau. Aku tahu tidak mudah..aku juga bukan insan mulia. Aku juga rasa kecewa. Aku juga selalu alpa. Sebab itu..aku ingin berkongsi dengan kalian..sebab aku tahu apa rasanya terjatuh. Aku ingin dinasihati, diingatkan, dibantu..sebab itu aku menasihati, mengingatkan, membantu. So, ayuh saling mengingatkan. Kita kan sama2 manusia..saling memerlukan. :)

A.K.U

Apa takdirku? Masih kabur..yang aku tahu, apa yang telah berlaku dalam suratan takdirku. Bila mengenangkan takdir yang telah berlaku ke atasku, aku hanya mampu tersenyum. Senyumku bukanlah selalu manis. Terkadang senyum mengejek. Ejek diri sendiri. Yang pasti, aku kagum. Hebatkan permainan takdir kita? Aku, seorang yang sangat meminati bidang bahasa dan kesenian..tapi terbuang di aliran Sains tulen. Permainan takdir! Tapi, alhamdulillah..aku mampu mendapat keputusan yang baik (tidak cemerlang sangat tapi aku puas hati ok..hehehe) hingga melayakkan aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Cuma aku yang tidak mahu. Aku memohon bidang guaman untuk melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah..aku dapat tempat di IPTA untuk bidang itu. Tapi sekali lagi..permainan takdir! Aku tidak ke sana. Aku teruskan pelajaran di peringkat STPM..dalam bidang ekonomi. Alhamdulillah..keputusanku juga tidak mengecewakan (adalah skit..huhuhu). Aku pohon IPTA untuk lanjutkan pelajaran. Alhamdulillah aku diterima..tapi..PERMAINAN TAKDIR! Aku sambung belajar dalam bidang diplomatik (hubungan antarabangsa..in case ada yang tidak tahu). Ajaibkan permainan takdir? Aku tidak pernah merancang jadi begini..tapi inilah yang terjadi. Sekarang, aku di sini..menjadi pelajar Universiti Malaya yang aku sendiri tidak sangka dapat kujejaki. Permainan Takdir. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku nanti..tapi..aku bersyukur dengan apa yang telah berlaku kepadaku. Semua ada sebab dan hikmahnya. Walaupun terkadang ada perkara yang aku ingin ubah..jika aku diberi peluang sekali lagi. Cuma..aku selalu ingatkan diri. Usah terlalu lama menyesali apa yang telah terjadi. Instead of crying & menyesal..baik kita usaha perbaiki diri & sediakan diri untuk masa depan. So, MOVE ON GUYS!! (^_^)b

p/s : Ingin tahu siapa yang ditakdirkan jadi pendamping diriku dunia & akhirat.. (#^_^#)

Tuesday, October 4, 2011

Perjuangan Baru Bermula

Salam. Hi! ^^

Kali ni aku nak guna bahasa kebangsaan untuk menulis dalam blog ni. So, for those who don't know how to read this..just wait for other posts..hehehe.

Hidup sebagai seorang pelajar universiti bukan mudah. Banyak dugaan & cabarannya. Lebih2 lagi bagi anak kampung seperti aku yang harus berdikari di tengah bandar metropolitan ini. (ayat tak boleh blah! hahaha)Aku bersyukur menjadi seorang mahasiswa Universiti Malaya. Di sini, serba serbi ada..tapi semua melibatkan kos. Mahu ke mana2 perlu ada duit..duit tambang, duit makan, duit beli barang & baaanyak lagi. Pokoknya, duit memang PENTING! Lepas tu, aku kena pantas bergerak. Tiada lagi istilah relax di sini. Kalau mahu ke kelas, aku kena ready sejam lebih awal. Bukan apa..sebab aku takut terlepas bas. Tempat aku tidak jauh sangat tapi tetap memakan masa yang agak lama untuk sampai. Mahu belajar pula, kena pandai agih masa & fokus pada banyak perkara dalam masa yang sama. Tiada lagi nota bertulis dari cikgu, tiada lagi istilah "ulang semula" kalau sudah terlepas sebab kelekaan sendiri, tiada lagi cikgu yang mahu kejutkan daripada tidur sebab mereka takut kita ketinggalan pelajaran. Kawan2 pun susah mahu cari yang boleh bersama selalu. Mahu cari yang satu kepala tu pun susah, apa lagi yang satu kos, satu kelas, satu tutorial. Jadi, memang kita tidak akan ada kawan yang akan selalu ada dengan kita. Pendek kata, semua kena berdikari.
Apa yang aku hendak kongsikan kali ni bukan pasal kos sara diri aku di sini yang SANGAT TINGGI..ataupun kepayahan aku untuk menepati masa (lebih kepada mengejar masa)..mahupun kesusahan aku menahan mata demi memastikan aku tidak blur dengan kuliah para prof..huhuhu..tapi lebih kepada mendorong rakan2 seperjuangan & diri aku sendiri untuk terus gigih berusaha. Fikir positif. Semua berlaku ada hikmahnya. Ada kos & imbalannya. Aku bersyukur sangat2 ke hadrat Ilahi sebab menjadi insan terpilih yang berjihad atas namaNYA. & dalam jihad ini, walaupun sukar tapi aku dipertemukan dengan insan2 yang aku kategorikan sebagai sahabat. Mungkin ini salah satu hikmah disebalik persoalan kenapa aku terdampar sendiri di rantauan. Aku diberi peluang untuk mengenal hati budi insan2 yang tidak pernah aku temui selama 20 tahun aku bernafas di dunia ini..diberi peluang untuk bersusah payah & bergelak tawa bersama mereka yang sudah aku anggap sebagai sahabat sejatiku. Mungkin terlalu singkat masa perkenalan kami untuk aku melabel mereka sedemikian & mungkin aku hanya tahu 5% sahaja daripada diri mereka yang sebenar tapi sudah ada akar2 kepercayaan yang bertaut pada simpulan perhubungan kami..aku yakin itu, insya Allah. (ayat budak sastera..hehehe)
Yang pasti, aku masih bertahan..masih berjuang & masih ingin terus mara ke hadapan. Aku tidak menjanjikan kekuatan yang beterusan kerana masih jauh perjalananku..tapi aku berjanji untuk terus berusaha mengejar cita2 dengan bantuan tenaga pengajar, galakan para sahabat, doa ahli keluargaku & yang paling penting, redha Allah swt. Barulah perjuangan ini lebih bereti..

p/s : dear UH, aku berusaha menjaga hati..doakan aku mampu terus fokus dalam pengajianku sehingga terbuka hijab antara kau & aku.
: buat kamu yang mengetahui, ini pandanganku..aku luahkan kerana menganggap kamu sahabatku. siapa diri kita sekarang ialah apa yang Allah telah takdirkan & kehendakkan. bagaimana ia dapat terjadi hanyalah satu cara..apa yang hadir bersama perubahan itu tidak semestinya kekal buat selamanya. mungkin Allah ingin menguji sejauh manakah kita berubah keranaNYA. mencintai tidak sama dengan keinginan untuk memiliki..ingin berusaha tidak salah tapi jangan jadikannya alasan kerana kedegilan kita yang masih tidak rela melepaskan..& jangan pula jadikan ia penghalang untuk kita mencari insan yang tersedia untuk kita. redhakanlah takdir tuhan..

Saturday, October 9, 2010

cara hadapi musibah (satu lagi janji ingin kutunaikan)

Oleh kerana masa terus berlalu tanpa menoleh kembali, kita dituntut untuk melaksanakan hal2 penting dengan segera. Antaranya, menunaikan janji. Tidak kira janji kita dengan manusia mahupun janji kita dengan Allah. Bukan apa, MAUT itu datang bila2 masa sahaja. Kita tidak tahu andainya saat seterusnya nafas kita masih ada atau terhenti pada saat ini. JODOH dan MAUT antara urusan Allah yang kita tidak dapat ramal. Mungkin ketika aku sedang menulis ruangan ini atau kamu membaca artikel ini, daun yang bertulis nama kita pada pohon di atas Arasy Allah telah gugur dan malaikat MAUT bersedia untuk menjemput kita pulang ke Rahmatullah. Jadi, sebelum malaikat maut memberi salam..usahakanlah untuk menunaikan janji kita. Atas kesedaran inilah aku berusaha menyiapkan entry tentang cara menghadapi musibah seperti yang aku janjikan. Mudah2an bermanfaat dan boleh diamalkan bersama.

Musibah dan masalah yang menimpa kita merupakan antara bukti bahawa Allah itu sentiasa memerhatikan hamba2-Nya. Setiap yang Allah lakukan pasti ada sebabnya. Mungkin ini ialah peringatan kepada kita tentang kelalaian dan kemungkaran yang kita lakukan di muka bumi. Mungkin juga ini satu hukuman atas kemaksiatan kita terhadap-Nya. Atau besar kemungkinan ini cara terbaik Allah ingin menaikkan status kita pada pandangan-Nya..iaitu, melalui ujian berbentuk musibah. Jika kamu mau Iman meningkat, hadapilah semua ini dengan cara Islam kerana Islam ialah agama yang syumul, yang memberi seribu ketenangan, yang memberi sejuta keberkatan. Oleh sebab tu, aku khabarkan tentang panduan yang telah digariskan oleh Allah melalui kalam-Nya.

Ini langkah mudah yang kita perlu lakukan ketika berdepan masalah:
1) Ingat Allah dan ucap "Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun"
-ini perkara pertama yang perlu dilakukan setiap kali berdepan musibah. ingatlah bahawa semuanya kehendak Allah dan DIA Maha Mengetahui. tuntutan membaca ayat ada di terangkan dalam surah Al Baqarah, 2:156.
2) Sabar dan redha
-banyakkan bersabar kerana akhlak ini disebut sebayak 70 kali dalam Al-Quran. kita juga perlu redha dengan qada dan qadar yang ditentukan Allah.
3) Istighfar
-istighfar sebanyak mungkin bagi menghapuskan dosa2 kita agar Allah akan memberi kemudahan kepada kita pada setiap ujian_Nya itu.
5) Doa
-berdoa dan solat hajatlah. berdoa agar kita terus bersabar dan meminta DIA berikan perkara yang baik di hujung musibah nanti seperti yang dijanjikan-Nya sekiranya kita sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Ini doa yang patut dipraktikkan :


إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)


6) Tawakal
-Allah tidak zalim, sesungguhnya DIA Maha Mengasihani. jadi,yakinlah bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita sendiri. percayalah, Allah menguji kita kerana DIA menyayangi dan mengingati kita.

Inilah cara yang patut dijadikan panduan kita menghadapi setiap musibah yang datang. Insya Allah, kita pasti mampu berdepan dengan setiap kepahitan dan keperitan hidup selagi roh berada dalam jasad..amin.

p/s: semoga entry ini berguna buat semua..

Thursday, October 7, 2010

cinta (entry yang aku janji tu)

Aku rasa terpanggil untuk mencoret kata2 tentang cinta. 'Seruan' ni pun datang bila terpandang sesuatu yang mengingatkan aku dengan isu ni. Lepas tu terus aku cuba imbas input2 yang pernah aku baca dulu. Banyak tazkirah dan artikel soal cinta yang aku pernah baca. Maklumlah, jiwa remaja (lebih kepada kanak2 aku rasa..huhu). Dulu dengan sekarang memang berbeza kalau menyentuh soal cinta ni. Jadi hari ni aku mau bagi kita sama2 sedar tentang perbezaan CINTA dulu dengan CINTA sekarang. CINTA dulu ni merujuk kepada zaman Rasulullah ya.

Sebelum aku mula, aku mau kongsi beberapa hadis tentang cinta sebagai muqadimah. Antaranya (jangan lupa baca selawat ya..),

a) Sabda Rasulullah, melalui Anas r.a: "ada 3 perkara yang barangsiapa dalam dirinya ada 3 perkara tesebut, dia pasti merasakan manisnya iman iaitu ; Allah dan Rasul dicintainya lebih daripada yang lain, mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah dan tidak ingin kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin dicampakkan ke dalam api."

b) Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”"

c)Sabda Rasulullah: "Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata."

Baiklah, kita mula dengan kisah2 cinta zaman baginda. Lepas tu aku bagi perbezaan dengan CINTA zaman ledakan teknologi ni sebagai renungan bersama. Emm..CINTA dulu berlandaskan akidah bukan nafsu semata2, betul kan? Pada zaman nabi, orang memandang tinggi pada cinta. Cinta yang paling utama ialah cinta kepada Allah dan Rasulullah. Kemudian barulah cinta sesama insan, sama ada ibu bapa dan ahli keluarga..teman..jiran..pendek kata,umat Islam ketika itu. Apabila cinta kepada Allah dan Rasulullah melebihi cinta segala2nya, cinta sesama manusia akan hadir tanpa mengira suku, warna kulit mahupun darjat. Banyak sebenarnya kisah2 cinta zaman baginda Rasulullah yang menarik dan boleh jadi bukti menunjukkan rasa CINTA mereka. Tapi aku cuba recall 3 kisah yang paling famous aku rasa. Aku bagi sinopsis saja sebab namanya pun recall, bukan rewrite..huhu.

1) Seorang muslimah yang rupawan, dari keluarga yang so Islamic dan boleh dikatakan cukup serba-serbi sanggup dikahwinkan dengan seorang lelaki yang serba kekurangan kerana akhlaknya yang terpuji. Walaupun masyarakat sekeliling memandang rendah dengan lelaki itu, namun muslimah tersebut tetap bersetuju untuk menikahinya. KENAPA?? Kerana CINTA muslimah tersebut kepada Allah dan Rasulullah melebihi segalanya. Lelaki itu merupakan lelaki yang disuruh Rasulullah untuk meminangnya. Pilihan Kekasih Allah tidak mungkin silap! Itulah yang cuba ditegaskannya. Malah dia bersyukur kerana dirinya mendapat bantuan Allah untuk mendapat jodoh yang mulia.

- Taat betul muslimah tu kan..? Tapi kamu?? Itu tidak sesuai, ini tidak setaraf, tidak layak, tidak matching..pot pet..pot pet... BANYAK SONGEH! Pilih pasangan macam pilih aksesori. Masa kamu buat kesimpulan tu, ada kamu terfikir bahawa orang lain pun ada perasaan? Janganlah cerewet sangat. Mau yang handsome macam (pilih artis lelaki yang kamua rasa encem) lar, mau cantik macam (pilih artis wanita yang kamu rasa cun), mau yang banyak kaya raya lar, mau yang ada pangkat lar, mau itu, mau ini.. STOP! Kamu ingat kamu tu sudah cukup sempurna untuk dapat Mr./Miss Perfect?? Ok, aku tidak mau pandang rendah dengan kamu. Mungkin betul kamu ni sudah cukup sempurna, cukup serba-serbi, tapi kamu ingat ada manusia yang sempurna macam yang kamu gambarkan tu di dunia realiti ni? Nope! Impossible! Kenyataannya, tiada manusia yang sempurna! Apatah lagi robot atau manusia klon. Suka atau tidak, itu hakikat yang kamu kena terima. Hmm..benar, tidak salah mengharapkan yang terbaik. Aku pun sentiasa berdoa untuk mendapat jodoh yang terbaik untukku nanti. Tapi siapalah kita bagi menentukan pasangan terbaik untuk diri. Itu semua urusan Allah di Luh Mahfuznya. Kita harus terima pilihanNya untuk kita dengan reda sebab DIA lebih mengetahui. Kalau pun kita tidak suka, jangan dihina insan itu sebab mungkin dialah pilihan terbaik Allah untuk kita nanti. Kan sudah dinyatakan berkali2, mungkin yang kita inginkan bukan yang kita perlukan.. Begitu juga sebaliknya.. (kamu tu termasuk aku juga kan, baru adil..huhu.)

Hah, itu baru satu. Ada lagi dua cerita lain. Aku mau teruskan tapi lebih baik berhenti dulu sebab sebenarnya mata ni perlukan rehat..(almost 1.30 am sudah).. Jadi aku akan sambung entry ni nanti bila aku ada waktu panjang untuk blogging..insya Allah.

p/s: aku baru teringat yang aku ada janji lain dengan kamu..mau tulis tips berdepan ujian Allah. maaf ya..insya Allah aku cuba sediakan secepat mungkin. doakan aku supaya diberi kesempatan untuk menunaikan setiap janjiku..amin.

Saturday, August 28, 2010

Jodoh

Kemarin ada sambutan berbuka puasa di sekolah. Aku tolong sikit2 ja sana. Bukannya aku pandai sangat buat semua pun, jadi tidak payahlah mau berlagak pandai kan..huhu. Ok, tukar topik larr.. Pernahkah setiap kali kamu terfikir pasal seseorang, orang tu terus berada depan kamu? Orang kata, kalau sekali sekala tu hanya kebetulan tapi kalau balik2 maknanya ada jodoh. Betulkah tu? Bila cakap pasal jodoh, terus teringat pasal u.h. Agaknya sempatkah aku jumpa 'u.h'ku? Sekarang aku cuma boleh berdoa, semoga Allah sentiasa memelihara aku dan u.h sehingga kami dapat berjumpa.. Semoga aku dapat detect bahawa insan itulah u.h yang Allah takdirkan menjadi imamku. Semoga dia juga dapat detect bahawa akulah penerima tulang rusuknya bila mana dia melihat aku. Semoga kami sedar aura jodoh yang Allah telah ciptakan dari Luh MahfuzNya. & semoga aku mampu menjadi seperti Siti Khadijah yang menjadi seorang teman hidup yang setia,bijaksana dan istimewa di sisi buah hati kita, Rasulullah..amin. (kata2 seseorang telah mengingatkan aku pada kemuliaan Siti Khadijah..tambah pula, penceramah semalam ada mengaitkannya dalam peristiwa Nuzulul Quran)

* tidak salah mencari yang terbaik dalam hidup ini tapi ingatlah, manusia selalu membuang masa mencari yang sempurna sehingga alpa bahawa apa yang ada sudah mencukupi untuk diri mereka..renungkanlah.

Monday, August 23, 2010

ujian

Allah telah berfirman, "AKU tidak akan membebani hambaKU melainkan sesuai dengan kesanggupannya".. Mulia kan hati Pencipta kita? Jadi tidak sepatutnya terbit kata2 "tuhan terlalu kejam kepadaku!".."mengapa aku yang diuji sesukar ini? mengapa bukan orang lain?".. Seharusnya kita redha dengan setiap ujianNYA. Dugaan merupakan salah satu cara Allah membentuk kita menjadi manusia yang lebih tabah. Kita kena bersyukur kerana kita menjadi orang2 yang terpilih untuk menerima ujian Allah. Semakin banyak kita diuji, semakin dekat Allah dengan kita (kalau kita sabar larr). Mudah2an kita tergolong dalam kalangan hamba yang sentiasa bersyukur dan bersabar atas setiap ketentuan Allah..amin.

p/s: Insya Allah, post akan datang (tidak tahu bila) aku akan bagi list apa yang perlu kita lakukan bila menerima ujian. Mungkin sedikit doa untuk dikongsi bersama.

Thursday, January 3, 2008

sekolah!

Hari ni hari pertama aku pegi sekolah as a form 5 student.. Macam tidak percaya 10 tahun berlalu tanpa aku sedar. Dulu aku banyak wasting time untuk main, gosip, ketawa & suka sangat bercakap..akhirnya menyesal perbuatan sendiri. Betullah mutiara kata ni, orang yang banyak bercakap tidak banyak masa untuk berfikir..So kalau boleh tahun ni aku mau hargai emas yang berputar2 tanpa tunggu aku tu. Aku tidak mau pisang berbuah 2 kali..

Wednesday, January 2, 2008

Kejayaan

Kejayaan ialah hadiah kepada insan yang berfikir, berusaha, beriltizam dan berani untuk menghasilkan sesuatu yang baru..
3 kunci kejayaan orang Islam = usaha + doa + tawakal

Tuesday, January 1, 2008

Kita berjaya jika kita berusaha untuk bangkit daripada setiap kejatuhan..Kegagalan itu tidak lain hanya menunjukkan bahawa keinginan kita untuk berjaya tidak cukup kuat..