Showing posts with label puitis. Show all posts
Showing posts with label puitis. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Dalam kasih ada kasih

Kucuba dekati
Namun kau menghindari
tanpa ada alasan untukku
Kucuba kenali, cuba memerhati
Namun tersedar
itu tindakan yang akan melayan perasaan
Kucuba jauhi
Namun takdir tuhan menemukan
malah kelebihanmu makin kelihatan
dan kekuranganmu, hati ini beri kelonggaran
Kucuba beralih
Namun mengingatiNya buat aku mengenangmu
dan memikirkanmu buat aku mencintaiNya lebih darimu
lantas hati ini kembali melihatmu
Kini..
akan kucuba
untuk mendekati Penciptamu..Penyempurna dirimu pada pandanganku
akan kucuba
untuk kenali Penjaga hatimu..Pentarbiyah jiwamu
akan kucuba
untuk mencantik akhlakku
untuk memperkaya ilmuku
untuk memelihara kehormatan demi nasabku
untuk meningkatkan imanku
agar dapat kupertahankan hati ini untukmu..jika benar kau untukku.


keinginan pada cinta-Nya buat aku dambakan bimbinganmu..


p/s : bukan meletakkan impian yang keterlaluan..cuma pengharapan pada kekuasaan tuhan. semoga dibuka hatinya untukku..jika tidak, harap berpalinglah hati ini daripadanya. Ya Allah, kupohon petunjuk..

Sunday, January 15, 2012

Ku Yakin Berlaku

Ya Allah ya Tuhanku,
Tuhan Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang
Ampuni dosaku, dosa kedua ibu bapaku,
dosa kaum keluargaku serta dosa
muslimin dan muslimat sekalian..

Ya Allah ya Tuhanku,
Berikanlah aku petunjuk ke jalan yang Engkau redhai,
berikanlah aku kekuatan dalam menempuh ujian-Mu ini.
Sesungguhnya hamba-Mu ini insan yang amat lemah lagi kerdil,
hanya pada-Mu tempat aku berserah..

Ya Allah,
Sekiranya benar apa yang ada dijiwaku ini kurniaan dari-Mu,
Kau berilah petunjuk kepada hamba-Mu ini,
Sekiranya ia jalan yang boleh membawa aku ke jalan yang Engkau murkai,
jauhkanlah ia dari jiwaku..

Sekiranya benar dia telah ditakdirkan untukku,
Kau rapatkanlah lagi hati kami berdua dalam mencari keredhaan-Mu.
Gandakan perasaan takut kami kepada-Mu,
supaya kami tidak terpesong dari jalan yang telah Engkau tetapkan..

Dan sekiranya dia bukan takdir untukku,
Kau jauhkan dia segera dari sisiku,
hilangkan bayang-bayangnya dari pandanganku,
luputkan ia dalam mimpiku.
Hanya tempat-Mu aku berserah..
Hanya tempat-Mu aku memohon petunjuk..
Amin..amin
Ya Rabbil Alamin.



p/s : degil atau optimistik..still, ku yakin berlaku. Ya Allah, kunanti janji-Mu. :)

Wednesday, November 9, 2011

Dalam Senyap

Sukarnya menjangka
Dirimu sang misteri
Kau hadang penglihatanku
Dari memandang jauh ke dasar hatimu
Dari meneroka jauh ke dalam hidupmu

Sebentar kau biar aku bahagia
Merasa indah bila bicara
Tapi sebentar juga aku gelisah
Terbuang resah dalam persoalan
Adakah aku yang bisa buat kau bahagia?

Jangan biar dirimu dirantai kenangan
Jangan biar diriku dikelam penantian
Waktu berputar menghambat usia
Jangan peluang ini terlepas sia-sia
Aku mungkin akan hilang
Bukan kerana ketentuan-Nya
Tapi kerana
Kau yang tidak menghargai pemberian Yang Esa

Aku masih menanti
Dalam kelam yang aku tahu
Sendiri

Hulur tanganmu
Tuntut rusukmu
Bahagiakan aku
Dengan lafaz yang satu
Bersaksi Allah
Kekasih kita..

Wednesday, October 6, 2010

mood puitis

Salam..maaf (tuju kepada semua termasuk diri).. Aku masih belum menunaikan janjiku tentang entry CINTA tu. Terlalu alpa dengan perkara dunia (alasan malas) huhu..Lagipun, besok ada test Makro pula.. Tapi masih cekal mencari bahan untuk selesaikan entry tu, insya Allah. Entah kenapa aku rasa ingin buat nukilan tiba2. Jiwa puitis datang balik. Petanda hati sedang mencari ketenangan. Jadi, sebagai pengganti entry yang belum aku post tu, terimalah puisi ringkasku ni..huhu.

Hening malam dingin membelai
Mencuit rasa tenang, rasa damai
Sepi yang sendiri..aku sunyi
Tanpa teman hadir menemani..

Meledani akal yang kian lupa
Meratapi dambaan yang sia-sia
Kasih hadir bersandarkan angan
Lena dibuai harapan yang berbalam
Hanyut dalam lautan bicara
Titik persoalan yang penuh tanda tanya..

Hening malam dingin membelai
Mencuit rasa tenang, rasa damai
Kini sunyi bukan lagi sendiri
Bertemankan harapan padaMu Ya Rabbi..


(nukilan spontan dengan izin Allah, alhamdulillah)

p/s: isu u.h kini kembali..hmmm..

Thursday, August 26, 2010

Nostalgia Luka

Puisi ni atas permintaan seseorang. Dia mau aku post puisi yang bertemakan kemerdekaan. Dude, semoga ini dapat membantu kau dan mereka2 yang di sana..huhu.

Berlaku ketika tanah ini masih muda
terlalu mentah untuk membantah
darah hanyir dan merah
melimpah mewarnai warna tanah
pertelingkahan ganas dan ngeri
menabiri warna kedamaian
yang telah diperolehi
dengan darah-darah suci

Bau perkauman menerawang
mendakap haruman perpaduan
dalam rumpun kekeluargaan
mengorbankan erti keamanan
letupan bunyi senapang
menembusi dinding kerajaan

Bergelimpangan mayat-mayat
kematian yang menyayat
berlumuran darah-darah hangat
akibat peluru-peluru sesat
daripada penembak khianat

Ketika itu api bersemarak
membakar rumah-rumah rakyat
yang tidak berhak
menerima penganiyaan khianat
daripada anti perpaduan
yang inginkan kehancuran

Nostalgia luka ini
harus kita ingati
dan menjadikan kita berhati-hati
agar peristiwa ngeri ini
tidak berulang lagi
mengidam darah tertumpah lagi
atas tanah nusa yang kita cintai..


p/s: puisi ini sudah diubahsuai. aku tidak dapat idea untuk buat yang original punya sebab otak sibuk cerna maklumat untuk test Makro besok.. hehe!

Sunday, July 18, 2010

kepercayaan

silapnya di mana?
kepercayaan punya nilai yang tiada
terkadang menjadi satu persinggahan sementara
dalam mencari titik permulaan
pada suatu hubungan yang tidak berkesudahan..

Saturday, March 7, 2009

saudara

Hanyir darah masih belum hilang
Lautan air mata masih belum lagi kering
Kini daerah itu bergegar untuk kesekian kali
Sebelum sempat senyuman penduduk kita kutip
Bertempiaran anak2 kecil menyembunyi kelukaan
Bunyi gempita pesta amukan si celaka
Tiada salam tanpa berita
Terjah merobek dada anak2 Palestin
Juga impian yang kini tinggal angan2
Mayat bergelimpangan kapannya sendu & air mata
Baculkah kita sebagai insan bersaudara?
Hanya simpati mampu kita berikan?
Mencuba2 menghulur bantuan
Kita kata bedebah si celaka
Kita doa hancur lumat si penjenayah
Kita sangka kita mengerti penderitaan mereka
Waima dijentik pun kita tidak pernah
Pengorbanan kita hanya menyumpah seranah
Bukankah berusaha memajukan diri lebih dituntut?
Bukan hanya untuk kita tapi juga mangsa Palestin
Agar nanti kita berkuasa mjatuhkan takhta Zionis
Akli yg tajam daripada lidah, pasti menujah jantung hitam sang petualang
Tunduk & akur pd uhkwah psaudaraan sesama Islam

Thursday, January 29, 2009

suddenly emo

Aku ialah pelarian masa
Berlari menjauh dari putaran waktu
Takutku diburu usia
Pembawa khabar dari malaikat
Inginku berteriak
Memecah kebuntuan yang menghimpit
Meski kupasti malam menngintai
Di sebalik tabir senja
Puas sudah kumenahan jeritan ini
Kelelahan merahsiakan kekalutan, kekeliruan
Masa kian suntuk
Maut menjengah di hujung langkah kita
Gusar aku menjadi pemikir
Tiada ruang untuk membias senyuman
Tidak lagi kukenali
Wajah kering di rekahan cermin usang ini
Hanya kini aku berdoa
Diberi kesempatan untukku mjadi diri sendiri
Mampu mengagahi keinginan di hati

Friday, January 16, 2009

doaku

Ya Allah,
peliharalah kami
sejahterakanlah kami
rahmatilah kami
berkatilah kami.
Ya Allah,
sesungguhnya hanya Engkau
yang Esa,
yang Berkuasa
tempat meminta,
tempat berserah
pada kakiMu kami berteleku
mengemis gugusan keampunan
mengintai jambangan keredaan
Ya Allah,
terimalah kami semula
sucikan kami dari nanah dosa
yang membelenggu selama ini
menjadi bayang amanah yang dimungkiri..

Tuesday, September 16, 2008

akukah itu?

Wanita,
Hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita soleha,
Yang dapat membahagiakan,
Syurga di dalam rumah tangga.

Isteri cerdik yang soleha,
Penyejuk mata,
Penawar hati,
Penajam fikiran,
Di rumah dia isteri,
Di jalanan kawan,
Di waktu suami buntu,
Dia penunjuk jalan…