Tuesday, November 6, 2012

Pandangan (NOTE TO SELF)

Pernah kamu terasa hati apabila ada orang tiba2 tunduk, kalih pandangan atau buat2 tidak nampak kamu apabila terserempak? (O.O")

Ok..I DO. Sedih. Kecewa. Tertanya2. Bencikah dia pada aku? Hebat sangatkah dia berbanding aku? Hodoh benarkah diriku? (=.=")

Hmm..itu fitrah. Manusia, suka bersangka2. Kalau ikut teori dan pendapat manusia, memang semua dilihat negatif. Tapi, cuba tengok dengan ajaran agama. Doesn't matter la kamu ni Islam, Kristian, Hindu, Buddha or apa pun. Semua agama mengajar kita untuk bersangka baik. Husnuzon, dalam Islam. OK..INI SUDAH MENYIMPANG DARIPADA TOPIK ASAL.

Berbalik pada tajuk atas tu, PANDANGAN. As u guys know and I'm proudly mention here, I'm a muslim. So, izinkan diri ini berbicara tentang pandangan (bukan pendapat, ok.). Dalam Islam, umatnya digalakkan menjaga pandangan. Ini ada disebut dalam Al-Quran, surah an Nur ayat 30.

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

See, as muslims, kita disuruh menahan pandangan a.k.a menundukkan pandangan. Daripada siapa? Daripada orang2 yang berlainan jantina yang bukan muhrim. Kalau sama jantina, itu kes sombong lain. Ini sebenarnya bagi mengelakkan pandangan tu leads kepada perkara2 yang tidak baik. Ibnul Qoyyim berkata dalam kitab ad-Da’ wad-Dawa’(penyakit dan obatnya), “Pandangan adalah anak panah Iblis yang beracun. Barangsiapa melepaskan pandangannya maka akan menyesal selamanya." Ok, sudah highlight kan? Mesti nampak point di situ. So, tidak perlulah explain lebih2. Kalau mahu juga, sila komen..hehehe. TAPI, bukanlah bermaksud langsung tidak boleh pandang. Boleh, asalkan rasa cukup beriman dan tidak mudah terlalai dengan pandangan, and ada urusan yang diharuskan oleh Islam.

Btw, kenapa tiba2 post pasal hal ni? Sebab tadi aku berdepan dengan dua situasi yang berbeza pada waktu yang sama. Sebenarnya, ni untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan paling penting..peringatan (especially diri sendiri). Aku pun sedang belajar menahan pandangan. Kalau yang kenal aku, tahulah aku jenis macam mana. Kalau aku terserempak dengan lelaki yang aku kenal (kenal lebih daripada setakat nama), mesti aku pandang dan beri reaksi. Itu cara aku tunjukkan aku sedar dan menghargai keberadaan orang tu. Tapi, kalau aku tidak kenal..cepat2 aku tundukkan muka or buat2 tidak perasan. Bukan sombong, jaga pandangan..hehehe. So, kalau rasa2 aku ada buat macam tu dengan kamu..sorry ya. (^_^)v

Oklah, kelas pukul 3. Sekarang sudah pukul 2.30. So, see u guys kalau ada masa. "Jaga diri, jangan makan hati." :)

p/s : kalau kenal tapi still tundukkan pandangan..tu kes jaga hati segan. u know what I mean. ;)
     : btw, tolong DOAkan diri ini yang semakin tertekan dengan diri sendiri dan kesibukan dunia.

Wednesday, October 31, 2012

The Lingering Question Kept Me Up

"This is me praying that,
this was the very first page,
not where the storyline ends..."

-ENCHANTED-

p/s : hayati dengan mata hati. terpulang bagaimana mengintrepetasi.

Thursday, September 27, 2012

Didik Sabarku

Penantian. Sukar. Sakit.

Tapi...

Melaluinya Allah didik kita untuk SABAR.


- "Bersabarlah dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah tempat meminta pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."
(surah Yusuf. ayat 18)


p/s : semoga berakhir dengan keredhaan.

Wednesday, August 8, 2012

Kerana Cinta, Aku Berubah

Ahlan wasahlan pembaca sekalian..alhamdulillah bertemu lagi. ^^
Assalamualaikum..salam sejahtera..salam ukhwah..salam penuh cinta.

Ok..x perlu rasanya aku cakap pasal betapa lamanya aku menyepi dari dunia penulisan siber (eh, macam ni ka tulis? biarlah..hehehe) sebab kamu2 mesti sudah tahu kan. *taip sambil tiup2 habuk di blog* Hari ni hari ke 19 umat Islam berpuasa..alhamdulillah aku berada dalam kalangan mereka2 tu. Puasa kali ni mungkin merupakan puasa paling bermakna dalam hidupku (setakat ni..inshaAllah). Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Biarlah semuanya terungkap hari ni..hmm..bukan semua, sikit2 bolehlah. Dengan lafaz bismillah, mari kita mulakan... Baru muqadimah?? Oh, bosan. (=.=")

Perubahan. Ya, itulah yang ingin aku canangkan hari ini. Takdir manusia, siapa boleh teka melainkan Yang Maha Bijaksana. Setiap hari malah setiap detik manusia mampu berubah. Ada yang ambil masa bertahun2, ada yang 'in the blink of an eye'. Subhanallah. Hmm..berbalik kepada persoalan pokok tentang aku dan perubahan. Benarkah aku sudah berubah? Jika dilihat luarannya..mungkin tidak jelas di mana yang berubah. Pemakaianku..jika dibandingkan kembali dengan zaman persekolahan, x banyak beza..hanya bertambah beberapa inci labuh & lebarnya. Pada yang baru mengenali di universiti..jangan terkejut. Tempoh awal kemasukanku di situ menemukan aku dengan istilah 'culture shock'.  Aku berusaha menjadi se'up to date' yang mungkin. Aku berusaha menjadi harimau di kandang harimau. Aku takut menjadi diri sendiri. Itulah adaptasi yang kukira x sesuai pada tempatnya. Tetapi alhamdulillah..Allah masih sayang pada aku. Menyedarkan aku untuk ke sekian kalinya. Kali ini dengan cara yang lebih indah. Allah hadirkan rasa CINTA.



Mungkin ada yang terus tersentak. Berubah kerana cinta itu salah! Siapa kata? Cinta itu fitrah. Manusia pula kejadian yang penuh dengan fitrahnya. Kerana itu, Islam diturunkan. Bukan untuk menghalang fitrah tapi mengajar kita mengawal & mendidik fitrah agar terus terpelihara pada landasannya. Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah x akan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Tetapi ingat, jangan jadikan rasa cinta yang Allah bagi sebagai alasan untuk perkara yang x sepatutnya kerana cinta yang membawa ke neraka, itu bukan cinta. Ok, stop penerangan pasal fitrah, cinta & manusia. Kembali kepada tautan idea antara perubahanku & cinta.
Hadirnya rasa cinta, buat aku sedar letak duduknya aku dalam dunia. Selama ini juga aku selalu mencintai. Mencintai diri. Apa salahnya? X salah cinta pada diri..tapi yang salahnya bila semua yang kita lakukan semata2 untuk kepuasan diri sendiri. Mungkin kita x perasan semua ini. Kita rasa kita cukup cinta pada keluarga kita, cukup cinta pada kawan2 kita, cukup cinta pada pasangan kita, cukup cinta pada Sang Pencipta..walhal, kita lebih cinta pada diri kita! Tipu? Bohong? Dusta? Aku berbohong pada bulan yang cukup mulia ni?? Waduhhh..untuk apa?? Aku x mau sia2kan pahala Ramadhan begitu saja. Baiklah, jom kita berhujah. Sebelum tu, kalau entri ni kamu baca pada waktu malam..sila minum atau baca Quran dahulu sebab entri ni masih panjang. Takut kamu penat..hehehe.



Bukti bukti bukti..sebelum aku hidangkan kalian dengan bukti. Buktikan dulu pada diri kamu sendiri, apa bukti kamu cinta?? X tahu mana mau mula? Its ok..lemme prove my love is true. AKU CINTA KELUARGAKU..kerana itu aku berusaha menjadi ANAK YANG SOLEHAH. Menjadi anak & adik beradik yang menyenangkan hati mereka. Apatah lagi sebagai seorang anak perempuan. Aku tahu dosa x menutup aurat bukan sahaja jatuh kepada diri tapi juga kepada bapa & abangku. Aku x mau kerana aku, mereka turut menjadi makanan api neraka. Aku cinta mereka. Kerana itu aku melabuhkan pemakaianku. Bukan sekadar MEMBALUT AURAT kawan2..MENUTUP AURAT. X perlu dipertikaikan tentang latar belakangku. Walau bukan keluarga alim ulama..walau tanpa background pendidikan agama..aku tahu setiap manusia ada peluang untuk mendapat syurga, so usaha la. Walaupun payah, tapi demi cinta..aku sanggup lakukan.
Lagi? Aku cinta pada insan sekelilingku. Guru2, kawan2 & umat sejagat sekalian. Memang ada yang menggunakan ayat "kamu x akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan orang lain"..tapi! tuan tuan puan puan..kita x hidup dalam dunia sendirian. Setiap perkara yang kita buat pasti akan melibatkan orang lain. Maka sebagai insan yang baik, apa manfaat yang sudah kita berikan untuk umat manusia? Sudah ka kamu menyampaikan kebaikan..& sudah kamu melaksanakan kebaikan yang orang sampaikan pada kamu? Nah, kerana cinta jugalah aku berusaha melaksanakan kebaikan yang orang sekelilingku berikan. Aku mau mereka gembira & mendapat pahala kerana telah amal makruf nahi mungkar kepadaku. Kerana cinta jugalah aku berusaha sedaya mungkin menghalang diri daripada memberi dosa kepada mereka. Bagaimana?? Simple dear, dosa melihat auratku..dosa mengumpat aku etc etc.
Satu lagi cinta. Cinta yang sudah terzahir pada sesetengah daripada kita & untuk orang2 seangkatanku, inshaAllah hijab itu akan terbuka bila tiba waktunya. Cinta pada PASANGAN. Cinta ini paling kerap diceritakan. Paling banyak manusia memikirkan. Macam2 cara dilakukan demi membuktikan cinta sampai ada tergadai maruah. Hello!!!! Sekali lagi ditegaskan. CINTA YANG MEMBAWA KE NERAKA, ITU BUKAN CINTA. Ada faham?? Bukti cinta sebenar..sini aku bagi tips melalui rasa cinta yang ada dalam hati ini. Aku sangat cinta pada dia. Aku cinta & sanggup berkorban macam2 untuknya. Tapi pengorbanan itu aku yang pilih..aku yang tentukan, mengikut syariat agama. Selagi aku masih belum halal untuknya, aku berusaha menjaga rasa cinta ini agar x terjatuh pada sesiapa. Kerana aku cinta dia, aku berusaha menyiapkan diri menjadi seorang isteri yang solehah. Aku belajar bagaimana menjadi pembantu rumah, aku belajar menjadi pelayan istana, aku belajar menjadi masterchef musim seterusnya, aku belajar menjadi tukang urut negara..semua demi syurga dunia yang inshaAllah akan kami bina. Kerana cinta juga aku belajar menjadi menantu & ipar yang baik..dengan cara, melayan ipar2ku & mentua adik beradiku sama macam melayan keluarga sendiri. Kerana cinta pada dia, aku belajar menjaga & mendidik anak2 kecil..kerana aku ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak2nya kelak. DAN..kerana cinta jugalah, aku berusaha mendalami ilmu agama & mempraktikkannya. Aku x mahu dia susah hati kerana diri ini sukar dididik tentang agama setelah menjadi yang halal padanya..malah menjadi penyebab dia ditarik ke neraka. Na'uzubillahi min zalik.



Sekarang tiba masa kuceritakan tentang cinta yang paling agung. CINTA AKU UNTUK ALLAH. Inilah sebenarnya cinta pertama yang membawa kepada cinta2 yang seterusnya. Cinta yang paling besar hingga mampu meniupkan angin perubahan pada diri. Terima kasih Allah atas cinta ini. Terima kasih atas segala nikmat yang Kau beri. Kerana ihsanmu, maka akhirnya terbit rasa bertuhan dalam diri. Sebelum ini aku mengenaliMu..tapi sekarang aku mula merasai cinta untukMu. Kalian mungkin pernah merasakan yang sama. Jiwa yang kosong jadi terisi. Bukan x pernah rasa sedih, kecewa malah hampir putus asa..tapi rasa bertuhan itu tiba2 wujud. Hilang rasa keseorangan. Penderitaan pun jadi ringan hingga terbit seribu kesyukuran kerana ujian itu. Bersyukurlah kerana Dia masih memberi kesempatan. Jangan sia2kan peluang itu. Jangan berpaling dari tuhan kerana jika cinta itu mati, maka itulah kehilangan yang paling menyeksakan pada diri. Berbekalkan rasa cinta inilah, aku berazam menjadi hambaNya yang solehah. Mendambakan title mukminah & mujahidah agama. Kerana aku ingin buktikan rasa cinta ini pada Allah. Aku yakin (juga ada bukti di sekelilingku) bahawa Allah pasti membuka jalan untuk kita jika benar kita mengejar cintaNya. Dan inilah yang sering kita katakan HIDAYAH.
Sekarang sudah terbukti..betapa untuk cinta, aku kini berubah.

Hmm..aku rasa cukuplah sampai sini dulu. InshaAllah dalam masa yang terdekat ni aku usahakan untuk buat entri lain pula. Doakan aku istiqamah dengan perubahan ini..inshaAllah aku juga mendoakan kalian semua. (^_^)v

p/s : 'dia' yang aku mention tu x perlu dikontroversikan ya. rahsia itu milik Allah. aku terima siapa pun dia yang telah Allah takdirkan untukku.
p/s utk 'dia : semoga dirimu juga sentiasa istiqamah mengejar cinta Allah..semoga bertemu dalam redha.

Saturday, May 12, 2012

Hari demi hari

Assalamualaikum..salam sejahtera.
 Lama tidak berbicara. Tentang hidup. Tentang pengalaman. Tentang akal. Tentang hati. Alasan yang mampu diberi, diri ini dibelenggu waktu. Mahasiswi yang perasan sibuk. Perasan tidak punya masa. Waima masa ada dibiar berlalu..hmm..lemahnya aku. Tapi itu hanya ALASAN! Aku yang tidak mahu berkunjung untuk menaip bait2 kata. Sukar meluah segala yang terbuku hanya dalam sebuah nukilan, apatah lagi dengan sebaris ayat. TakdirNya mengajarku untuk terus meluah pada Yang Esa kerana DIA Yang Maha Memahami. :') Tapi...! Sebagai seorang blogger yang suka berkongsi melalui karangannya yang tidak seberapa, mungkin aku boleh bocorkan SEDIKIT pada kamu2 yang setia membaca. Jiwaku sedikit kacau. Gusar jika masa dijemput bertemuNya kian hampir sedangkan diri masih bertatih mencari redha dan kasihNya. Risau kerana masih terus bergelumang dengan dosa walau diri tahu akibatnya. Racau hati memikirkan harapan ayah bonda yang inginkan anak mereka berjaya sedangkan si anak sibuk bersuka2. Waktu imtihan kian menerpa, bimbang pula dengan kerja2 yang masih ditangguh2kan selama ini. Owh..zalim sungguh aku pada diri sendiri. Maaf Siti Asdiah Masran. Sila berusaha lebih gigih untuk berubah.
Mengurai sedikit keserabutan tentang permasalahan hubungan. Aku sayang keluargaku. Tumpuan pada hidup bermahasiswa menjadikan aku sering alpa pada rindu mereka. Rasa bersalah. Jarang benar bertanya khabar. Tapi sungguh, hati tidak pernah lupa. Alhamdulillah..doa selalu ada untuk mereka. Air mata jadi saksinya. Beralih pada teman. Hati jadi kacau. Sayangku pada mereka seperti saudara. Ada perkara yang kulakukan atau katakan hanyalah semata2 kerana aku benar2 inginkan yang terbaik buat mereka. Ingin sekali menuju jannah bersama2. Jika masih ada curiga atau terguris di hati kalian, maafkan aku yang tidak sempurna. Meski aku menjauh, doa aku tidak lekang buat semua..inshaAllah. Soal JODOH, semoga dipermudah.
Cukuplah sebagai pelepas rindu pada ruangan maya yang mungkin indah. Semoga diberi kekuatan untuk berjihad menuju Allah. Sebelum tu, mari sama2 baca doa ni..semoga istiqamah dalam semua perkara. :

                                                  يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ 
 Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”

p/s : benarkah cinta tanpa mengungkap rasa mampu setia & membawa ke syurga bersama redhaNya? bagaimana pengakhirannya jika kita tidak mengetahui isi hati insan yang di sana?