Wednesday, November 9, 2011

Dalam Senyap

Sukarnya menjangka
Dirimu sang misteri
Kau hadang penglihatanku
Dari memandang jauh ke dasar hatimu
Dari meneroka jauh ke dalam hidupmu

Sebentar kau biar aku bahagia
Merasa indah bila bicara
Tapi sebentar juga aku gelisah
Terbuang resah dalam persoalan
Adakah aku yang bisa buat kau bahagia?

Jangan biar dirimu dirantai kenangan
Jangan biar diriku dikelam penantian
Waktu berputar menghambat usia
Jangan peluang ini terlepas sia-sia
Aku mungkin akan hilang
Bukan kerana ketentuan-Nya
Tapi kerana
Kau yang tidak menghargai pemberian Yang Esa

Aku masih menanti
Dalam kelam yang aku tahu
Sendiri

Hulur tanganmu
Tuntut rusukmu
Bahagiakan aku
Dengan lafaz yang satu
Bersaksi Allah
Kekasih kita..

No comments:

Post a Comment