Wednesday, October 20, 2010

cuti jap

Salam..maaflah kepada kamu2 yang membaca blog ni. Buat masa ni aku terpaksa berhenti blogging sebab aku sudah nekad untuk fokus STPM..(sudah tinggal sebulan baru mau buat tekad..huhu..teruk2..) So, aku hanya akan sambung buat entry bila STPM habis..insya Allah. Doakan aku yang terbaik untuk STPM ni ya..tima kasih.. :)

p/s: entry CINTA tu will be continue.. ;)
* Dalam mood yang sangat bahagia, teruja & gembira sebab HH reply my tweet!! Really in love with him..hehe. Kidding..ehem2. :p

Saturday, October 9, 2010

cara hadapi musibah (satu lagi janji ingin kutunaikan)

Oleh kerana masa terus berlalu tanpa menoleh kembali, kita dituntut untuk melaksanakan hal2 penting dengan segera. Antaranya, menunaikan janji. Tidak kira janji kita dengan manusia mahupun janji kita dengan Allah. Bukan apa, MAUT itu datang bila2 masa sahaja. Kita tidak tahu andainya saat seterusnya nafas kita masih ada atau terhenti pada saat ini. JODOH dan MAUT antara urusan Allah yang kita tidak dapat ramal. Mungkin ketika aku sedang menulis ruangan ini atau kamu membaca artikel ini, daun yang bertulis nama kita pada pohon di atas Arasy Allah telah gugur dan malaikat MAUT bersedia untuk menjemput kita pulang ke Rahmatullah. Jadi, sebelum malaikat maut memberi salam..usahakanlah untuk menunaikan janji kita. Atas kesedaran inilah aku berusaha menyiapkan entry tentang cara menghadapi musibah seperti yang aku janjikan. Mudah2an bermanfaat dan boleh diamalkan bersama.

Musibah dan masalah yang menimpa kita merupakan antara bukti bahawa Allah itu sentiasa memerhatikan hamba2-Nya. Setiap yang Allah lakukan pasti ada sebabnya. Mungkin ini ialah peringatan kepada kita tentang kelalaian dan kemungkaran yang kita lakukan di muka bumi. Mungkin juga ini satu hukuman atas kemaksiatan kita terhadap-Nya. Atau besar kemungkinan ini cara terbaik Allah ingin menaikkan status kita pada pandangan-Nya..iaitu, melalui ujian berbentuk musibah. Jika kamu mau Iman meningkat, hadapilah semua ini dengan cara Islam kerana Islam ialah agama yang syumul, yang memberi seribu ketenangan, yang memberi sejuta keberkatan. Oleh sebab tu, aku khabarkan tentang panduan yang telah digariskan oleh Allah melalui kalam-Nya.

Ini langkah mudah yang kita perlu lakukan ketika berdepan masalah:
1) Ingat Allah dan ucap "Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun"
-ini perkara pertama yang perlu dilakukan setiap kali berdepan musibah. ingatlah bahawa semuanya kehendak Allah dan DIA Maha Mengetahui. tuntutan membaca ayat ada di terangkan dalam surah Al Baqarah, 2:156.
2) Sabar dan redha
-banyakkan bersabar kerana akhlak ini disebut sebayak 70 kali dalam Al-Quran. kita juga perlu redha dengan qada dan qadar yang ditentukan Allah.
3) Istighfar
-istighfar sebanyak mungkin bagi menghapuskan dosa2 kita agar Allah akan memberi kemudahan kepada kita pada setiap ujian_Nya itu.
5) Doa
-berdoa dan solat hajatlah. berdoa agar kita terus bersabar dan meminta DIA berikan perkara yang baik di hujung musibah nanti seperti yang dijanjikan-Nya sekiranya kita sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Ini doa yang patut dipraktikkan :


إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)


6) Tawakal
-Allah tidak zalim, sesungguhnya DIA Maha Mengasihani. jadi,yakinlah bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita sendiri. percayalah, Allah menguji kita kerana DIA menyayangi dan mengingati kita.

Inilah cara yang patut dijadikan panduan kita menghadapi setiap musibah yang datang. Insya Allah, kita pasti mampu berdepan dengan setiap kepahitan dan keperitan hidup selagi roh berada dalam jasad..amin.

p/s: semoga entry ini berguna buat semua..

Thursday, October 7, 2010

cinta (entry yang aku janji tu)

Aku rasa terpanggil untuk mencoret kata2 tentang cinta. 'Seruan' ni pun datang bila terpandang sesuatu yang mengingatkan aku dengan isu ni. Lepas tu terus aku cuba imbas input2 yang pernah aku baca dulu. Banyak tazkirah dan artikel soal cinta yang aku pernah baca. Maklumlah, jiwa remaja (lebih kepada kanak2 aku rasa..huhu). Dulu dengan sekarang memang berbeza kalau menyentuh soal cinta ni. Jadi hari ni aku mau bagi kita sama2 sedar tentang perbezaan CINTA dulu dengan CINTA sekarang. CINTA dulu ni merujuk kepada zaman Rasulullah ya.

Sebelum aku mula, aku mau kongsi beberapa hadis tentang cinta sebagai muqadimah. Antaranya (jangan lupa baca selawat ya..),

a) Sabda Rasulullah, melalui Anas r.a: "ada 3 perkara yang barangsiapa dalam dirinya ada 3 perkara tesebut, dia pasti merasakan manisnya iman iaitu ; Allah dan Rasul dicintainya lebih daripada yang lain, mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah dan tidak ingin kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin dicampakkan ke dalam api."

b) Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”"

c)Sabda Rasulullah: "Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata."

Baiklah, kita mula dengan kisah2 cinta zaman baginda. Lepas tu aku bagi perbezaan dengan CINTA zaman ledakan teknologi ni sebagai renungan bersama. Emm..CINTA dulu berlandaskan akidah bukan nafsu semata2, betul kan? Pada zaman nabi, orang memandang tinggi pada cinta. Cinta yang paling utama ialah cinta kepada Allah dan Rasulullah. Kemudian barulah cinta sesama insan, sama ada ibu bapa dan ahli keluarga..teman..jiran..pendek kata,umat Islam ketika itu. Apabila cinta kepada Allah dan Rasulullah melebihi cinta segala2nya, cinta sesama manusia akan hadir tanpa mengira suku, warna kulit mahupun darjat. Banyak sebenarnya kisah2 cinta zaman baginda Rasulullah yang menarik dan boleh jadi bukti menunjukkan rasa CINTA mereka. Tapi aku cuba recall 3 kisah yang paling famous aku rasa. Aku bagi sinopsis saja sebab namanya pun recall, bukan rewrite..huhu.

1) Seorang muslimah yang rupawan, dari keluarga yang so Islamic dan boleh dikatakan cukup serba-serbi sanggup dikahwinkan dengan seorang lelaki yang serba kekurangan kerana akhlaknya yang terpuji. Walaupun masyarakat sekeliling memandang rendah dengan lelaki itu, namun muslimah tersebut tetap bersetuju untuk menikahinya. KENAPA?? Kerana CINTA muslimah tersebut kepada Allah dan Rasulullah melebihi segalanya. Lelaki itu merupakan lelaki yang disuruh Rasulullah untuk meminangnya. Pilihan Kekasih Allah tidak mungkin silap! Itulah yang cuba ditegaskannya. Malah dia bersyukur kerana dirinya mendapat bantuan Allah untuk mendapat jodoh yang mulia.

- Taat betul muslimah tu kan..? Tapi kamu?? Itu tidak sesuai, ini tidak setaraf, tidak layak, tidak matching..pot pet..pot pet... BANYAK SONGEH! Pilih pasangan macam pilih aksesori. Masa kamu buat kesimpulan tu, ada kamu terfikir bahawa orang lain pun ada perasaan? Janganlah cerewet sangat. Mau yang handsome macam (pilih artis lelaki yang kamua rasa encem) lar, mau cantik macam (pilih artis wanita yang kamu rasa cun), mau yang banyak kaya raya lar, mau yang ada pangkat lar, mau itu, mau ini.. STOP! Kamu ingat kamu tu sudah cukup sempurna untuk dapat Mr./Miss Perfect?? Ok, aku tidak mau pandang rendah dengan kamu. Mungkin betul kamu ni sudah cukup sempurna, cukup serba-serbi, tapi kamu ingat ada manusia yang sempurna macam yang kamu gambarkan tu di dunia realiti ni? Nope! Impossible! Kenyataannya, tiada manusia yang sempurna! Apatah lagi robot atau manusia klon. Suka atau tidak, itu hakikat yang kamu kena terima. Hmm..benar, tidak salah mengharapkan yang terbaik. Aku pun sentiasa berdoa untuk mendapat jodoh yang terbaik untukku nanti. Tapi siapalah kita bagi menentukan pasangan terbaik untuk diri. Itu semua urusan Allah di Luh Mahfuznya. Kita harus terima pilihanNya untuk kita dengan reda sebab DIA lebih mengetahui. Kalau pun kita tidak suka, jangan dihina insan itu sebab mungkin dialah pilihan terbaik Allah untuk kita nanti. Kan sudah dinyatakan berkali2, mungkin yang kita inginkan bukan yang kita perlukan.. Begitu juga sebaliknya.. (kamu tu termasuk aku juga kan, baru adil..huhu.)

Hah, itu baru satu. Ada lagi dua cerita lain. Aku mau teruskan tapi lebih baik berhenti dulu sebab sebenarnya mata ni perlukan rehat..(almost 1.30 am sudah).. Jadi aku akan sambung entry ni nanti bila aku ada waktu panjang untuk blogging..insya Allah.

p/s: aku baru teringat yang aku ada janji lain dengan kamu..mau tulis tips berdepan ujian Allah. maaf ya..insya Allah aku cuba sediakan secepat mungkin. doakan aku supaya diberi kesempatan untuk menunaikan setiap janjiku..amin.

Wednesday, October 6, 2010

mood puitis

Salam..maaf (tuju kepada semua termasuk diri).. Aku masih belum menunaikan janjiku tentang entry CINTA tu. Terlalu alpa dengan perkara dunia (alasan malas) huhu..Lagipun, besok ada test Makro pula.. Tapi masih cekal mencari bahan untuk selesaikan entry tu, insya Allah. Entah kenapa aku rasa ingin buat nukilan tiba2. Jiwa puitis datang balik. Petanda hati sedang mencari ketenangan. Jadi, sebagai pengganti entry yang belum aku post tu, terimalah puisi ringkasku ni..huhu.

Hening malam dingin membelai
Mencuit rasa tenang, rasa damai
Sepi yang sendiri..aku sunyi
Tanpa teman hadir menemani..

Meledani akal yang kian lupa
Meratapi dambaan yang sia-sia
Kasih hadir bersandarkan angan
Lena dibuai harapan yang berbalam
Hanyut dalam lautan bicara
Titik persoalan yang penuh tanda tanya..

Hening malam dingin membelai
Mencuit rasa tenang, rasa damai
Kini sunyi bukan lagi sendiri
Bertemankan harapan padaMu Ya Rabbi..


(nukilan spontan dengan izin Allah, alhamdulillah)

p/s: isu u.h kini kembali..hmmm..

jihad fisabilillah

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku menulis dalam blog ni memandangkan STPM tinggal beberapa hari lagi. Tapi hati yang gatal2 dan jari yang agak2 rajin ni mau juga menaip untuk hantar post yang terbaru. Actually, sudah 2 jam aku depan lappy ni buat satu entry tentang cinta tapi atas sebab2 yang tertentu (alasan belum siap) aku terpaksa menangguhkannya. Insya Allah lepas edit yang mana patut, aku akan post entry tu. Tiada yang istimewa, cuma cetusan2 idea yang datang lepas dengar2 lagu dan baca2 blog orang lain. CINTA. Satu perkataan yang memberi gambaran yang aneka bila saja kita menyebutnya. Hmm..tunggulah ya. Assobru minal iman.. (ceh! macamlah best sangat.) Salah satu sebab aku tangguh ialah kerana AKU AKAN JAWAB SOALAN BM KERTAS 2 PAGI NI! Walaupun cuti PMR tapi kena juga korban masa untuk study lebih skit..Tidak apa, menuntut ilmu kerana Allah kan salah satu jihad fisabilillah..

p/s: doakan aku jawab dengan berhikmah ya..amin.

Sunday, October 3, 2010

Astagfirullahhalazim.. (baca dalam sebutan yang betul)

Maaf sebab jarang post new entry. Aku tidak sibuk (aku tidak punya kerajaan macam nabi Sulaiman..) cuma ada kerja lain yang lebih penting untuk didahulukan. Lagi pun aku terlalu asyik baca blog2 orang lain (rujuk senarai blog bermanfaat pada side bar) yang sudah pasti lebih best dan bermanfaat daripada blog aku yang merapu ja ni..hehe. Subahanallah! Aku rasa diri ni kecik sangat2 (walaupun memang aku ni kecik..huhu) bab bila bandingkan diri aku dengan orang yang boleh bagi pembaca blog dia dapat ilmu yang bermanfaat (insya Allah). Jadi aku pun istiqamah untuk perbaiki blog aku kepada blog yang ilmiah skit. Boleh juga berkongsi ilmu yang cetek ni. Semoga ada yang sudi komen post2 aku nanti agar dapat juga aku perbaiki diri..amin.