Sunday, September 26, 2010

jatuh suka

Allahuakbar.. Lama sungguh aku tidak menulis dalam blog ni. Sibuk dengan raya dan study. Tapi sejak akhir2 ni aku semakin hanyut dengan pencarian semula jejaka2 idamanku. Jangan salah sangka, ahli kumpulan nasyid bah.. Antara yang paling aku minat, Hafiz Hamidun. Sekarang dia makin top. Banyak anugerah yang dia dapat. Aku ada dengar lagu2 terbarunya. Satu ja aku boleh sebut.. MASYA ALLAH! Aku betul2 teruja terutamanya lagu "For Allah". Insya Allah, aku mahu beli singlenya "Syukran" nanti. Kalau duit lebih, mahu juga beli another 2 cds lagi. Sekali dengan single terbaru Fitri Haris yang akan keluar tidak lama lagi. (Operasi menabung akan bermula..hehehe)

p/s: entah bila dapat face to face jumpa jejaka2 idamanku ni..huhu..

Friday, September 10, 2010

syawal

Salam lebaran..sekarang ni malam raya sudah. Sekejap saja sudah hari raya. Aku sedih tinggalkan bulan Ramadan. Mudah2an dapat jumpa lagi tahun2 akan datang. Insya Allah, amin.. Apa2 pun, selamat hari raya, maaf zahir & batin.

p/s: duit raya jangan lupa ya..hehehe.

Monday, September 6, 2010

rindu mereka

Raya tidak lama lagi. Aku gembira dan teruja. Pasti meriah raya ni kan. Mesti ramai orang. Tapi dalam masa yang sama.. Aku sedih dan bingung. Pasti rasa sunyi tu bertandang lagi. Mesti aku mengharapkan sesuatu yang mustahil lagi. Don't bother. Aku hanya bicara tentang zaman kanak2 yang tidak mungkin berulang. Sedih bila tidak dapat beraya bersama cousinsku yang membesar sama2 dulu.

p/s: u.h, i miss you too. (sorry, are you my u.h??)

Wednesday, September 1, 2010

Gerun

Salam.. Hari ni sudah 22 hari umat Islam berpuasa. Pejam celik, pejam celik, sudah dekat raya. & tidak lama lagi MUET. Kemudian STPM. Am I ready? Macam ya, macam tidak. Kalau tanya diri yang sibuk mau bercuti ni, mesti kata sudah ready sebab tidak sabar mau rehat 3 bulan. Kalau tanya diri yang sibuk prepare untuk masuk U ni, mesti kata belum lagi. Hakikatnya? Result aku excel baru2 ni cukup2 makan ja. Aku pun tidak tau apa yang aku fikir. No more facebooking, no more texting, no more coupling & many more, but still result gantung macam tu (special cases for talking2, playing2 & blogging...hehehe). Nasib baik mama dan bapa masih macam selalu. Bagi syarahan sikit lepas tu suruh jadikan pengajaran dan buat bagus2 time exam sebenar. Baik kan mama sama bapa? Mestilah, mama dan bapa aku.. Kamu pun sama juga kan. Sebab tu aku selalu jadikan dorang inspirasiku untuk terus belajar kalau rasa malas tu datang pegi bisik2 di telinga untuk rehat2 dulu. Tapi itu bukan bermaksud aku belajar semata2 kerana dorang. Tidak. Aku belajar semata2 kerana Allah tapi didorong oleh dorang. Tu yang sepatutnya kan..