Monday, March 25, 2013

Rahman : Yang Maha Pemurah

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Chantek kan ayat chenta dari DIA? Setiap patah buat aku rasa dichentai, disayangi dan dikasihi. X pernah DIA tinggalkan kita tanpa pedoman. :)Btw, tajuk ni saja aku pilih sebab aku bersyukur sangat2 dengan nikmat yang Allah bagi baru2 ni. Bukan bermaksud nikmat yang lain aku x syukuri, cuma yang ini memang bermakna buat yang memahami. :)

mereka yang sama2 perjuangkan chenta

Team puisi Kolej Kediaman Kinabalu ke Festival Seni Universiti Malaya 2012/13. Antara team yang aku paling bersyukur ada di dalamnya. Berlatih hampir setiap malam dalam masa sebulan. Gelak ketawa, keringat & air mata..banyak yang kami lalui sepanjang bersama. Jangan ditanya sejauh mana kami berkorban untuk team ini. Semuanya kami lakukan seboleh2nya dengan usaha sendiri. Puisi, gerak langkah, props, kostum, etc etc..semua kami cuba siapkan sedaya upaya kami. Memang ada bantuan dari pihak yang prihatin, tapi sebolehnya kami kurangkan. Bukan sombong..cuma ingin berdikari. Tapi x dinafikan, ada ketikanya aku rasa serba salah. Mahu teruskan atau berhenti saja. Penatnya Allah saja yang faham. Chentaku pada puisi..buat aku serba salah pada chenta2 yang lain. Tanggungjawab bukan satu..banyak lagi menunggu untuk aku siapkan. Tapi semua itu yang mengajar aku..& mereka, untuk cuba berhabis baik dalam melakukan semuanya. Yang pasti..janji Allah x pernah DIA mungkiri. Alhamdulillah..Naib Juara Manifestasi Puisi Feseni UM 2012/13! Terkedu sekejap bila mendapat berita. Mengalir air mata. (ceh!! baru peringkat universiti, sudah menanges bagai..hehe) Nah, nikmat yang mana lagi ingin aku dustakan?? :')

Habis satu, satu.. Tanggungjawab x terhenti di situ. Pertandingan berlangsung pada 21 Mac. Rehat sehari. 23 Mac aku sudah bergerak ke Universiti Sains Malaysia, Penang. Malam Citra Bayu.

dapat badge button percuma weiiii..hehe

Macam karnival sukan di UUM hari tu, Malam Citra Bayu ni khas untuk kumpulkan anak2 Sabah di universiti2 Semananjung. Program ni anjuran PERSIS USM. (kepanjangan? cari sendiri) Program pertandingan tarian Sabah. Well, macam hari tu jugak..aku hanya terlibat sebagai pengiring. Inilah tanggungjawabku sebagai Naib Yang Dipertua 2 PERMASA UM. Tanggungjawab biasa2 ja. Alhamdulillah, kami dapat Anugerah Kostum Terbaik. Mungkin bagi yang lain, agak sedih bab tahun lepas kami dapat Johan tapi kali ni cuma dapat anugerah tu ja. Relax..rezeki tu bukan hanya pada kita ja. Kena share dengan orang lain juga. Lagi pun, berdepan dengan pelbagai masalah sejak awal..buat aku bersyukur bab kami masih diberi rezeki untuk sampai di sana & bertanding (malah dapat anugerah). Dapat sampai ke Penang untuk pertama kalinya, dapat tengok suasana pertandingan tarian setelah bertahun2 aku tinggalkan dunia tu..dapat berkumpul dengan orang2 Sabah (jumpa kawan lama juga)..dapat bersua muka & bertukar pendapat dengan YDP & NYDP persatuan mahasiswa Sabah universiti2 lain..nikmat apa lagi yang aku ingin dustakan?? :')

Actually..banyak lagi nikmat2 lain yang aku terima baru2 ni. Kalau disenarai & diceritakan..memang bertahun baru siap taip. So..untuk kali ni, cukup la. Aku penat lagi bab baru sampai pukul 9am..perjalanan balik direct lepas program habis pukul 1am..huhu. Bah..jaga diri, jaga iman..jaga hati. Sebelum tu, nah..enjoy our performance!! ;)


p/s : Allah janji NANTI kita akan bahagia..kau percaya? :')

Saturday, March 2, 2013

Aku mungkin sampah untuk satu ketika

10 minutes before 5 in the morning. With Adele singing"Someone Like You" (which I dunno how I end up listen to this song), thinking about our life. Maybe MY LIFE. Eh, aku speaking ni dah kenapa?

you know how time flies..pejam celik, sudah separuh jalan dalam ijazah

Lagu ni cerita tentang bagaimana seorang perempuan tu cuba menerima kenyataan bahawa lelaki yang dia suka, sudah jadi milik perempuan lain. Sedih kan? Tapi ini hakikat. Meski kita chenta separuh mati pun, belum pasti itulah chenta yang ditakdirkan untuk kita. Ececeh!! Jiwang malam2. Adoyai..jangan sempitkan fikiran. Mungkin benar, lagu ni more to chenta2. Tapi try to ambik message yang ada dalam lagu ni. Manusia ni..kita SEMUA la, suka benar bersedih pada hal2 yang kita x berjaya miliki. Chenta, harta, kejayaan, & whatsoever. Kalau x dapat, terus rasa macam mahu putus nyawa. Nanges setiap malam. X dapat x..mahu juga dapatkan! *tunding jari pada diri*

Kawan yang aku chenta kerana Allah..
Allah itu adil. DIA x bagi sesuatu yang mungkin kita impi sangat2 bukan sebab DIA benci kita. DIA sayang! Sayang sangat! DIA mahu bagi hanya yang TERBAIK untuk kita. Mungkin hal itu baik untuk kita sekarang, tapi hakikatnya memakan diri pada masa hadapan. Allah Maha Mengetahui. Mungkin saja DIA bagi kita gagal sekarang supaya kita berjalan di muka bumi ini dengan merendahkan jiwa sebagai hamba..supaya nanti bila kita berjaya, kita tahu erti syukur pada Sang Penguasa. Yakinlah.

kufur nikmat kalau kita x bersyukur!

"One man's trash is another man's treasure". Pernah dengar kata2 omputeh ni? Aku suka kata2 ni. Dulu aku selalu rasa aku ni macam serba kurang berbanding orang lain. Aku selalu rasa aku x pernah mampu jadi yang terbaik. Yup. Even sampai sekarang pun aku rasa yang sama. Dalam ramai2 taulan yang aku kenal, aku selalu jarang dipandang. Sama ada dari segi agama, ilmu, harta, atau apa sahaja. Kadang2 pandang cermin, belek2 muka. Cuba cari sesuatu untuk dibangga. Hinggalah satu ketika, aku tersedar. Terlalu banyak yang aku patut syukuri instead of mencari sesuatu yang memang hak orang lain untuk mereka syukuri. Mungkin aku x secantik perempuan2 lain, tapi aku ada mata, hidung, mulut & anggota yang lengkap serba serbi. Alhamdulillah. Mungkin aku x selembut gadis2 Melayu terakhir yang boleh buat aku terfikir kalau aku lelaki, mesti aku ambik dorang jadi isteri. *istighfar* Tapi aku cukup macho & punya pukulan padu untuk jaga chenta2 hati aku. Alhamdulillah. Mungkin agamaku x tip top untuk dibangga2 (eh, mana boleh bangga dengan agama!!), tapi aku tahu DIA sentiasa ada & DIA chenta aku apa adanya..yang mana buatkan aku berusaha membalas chentaNya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ingat! Biar diri x jadi sanjungan penduduk dunia, yang penting kita jadi bualan penduduk langit. Lastly before get ready untuk Induksi Surau & Perkampungan Seni, nah!!

aku lebih bengis dari sang singa..nnnggauuummm!!

p/s : doa ketemu dia yang melihatku sebagai harta dunia yang selalu buat dia syukuri apa adanya...