Thursday, February 28, 2013

Aku buka lipatan sejarah

Penat. Tertekan. Keliru. Tapi..aku ENJOY!

Puisi. Antara benda paling febret dalam hidup aku yang bila aku buat akan menjadikan hormon2 adrenalin melonjak2 naik ke kepala. Rasa macam mahu tumbling around bab enjoy sangat2. This year sebenarnya aku pengurus kelab puisi untuk kolej 8. Macam best ja kan?? Memang la. Tapi..dengan jawatan2 lain yang aku pegang, buat aku kadang2 susah mahu komit pada kelab ni. Sem satu, kelab ni buat 2 persembahan which aku rasa bangga juga dengan anak2 buah yang cepat belajar. Terima kasih ya Allah, bab bagi aku anak2 buah yang baik2 & sedia untuk menerima ilmu2 aku yang x seberapa.

kenangan puisi 2012. gigi aku hilang woi! :p

Festival Seni Universiti Malaya a.k.a FESENI UM. Ini target kami yang terkini. Antara sebab mengapa pihak kolej benarkan penubuhan kelab ni sejak dulu. Pertandingan Manifestani Puisi, itu sudah jadi buruan kolej ni sekian lama. Never win pun. So, this time aku berdoa semoga ada perubahan. Setakat ni alhamdulillah, semua pun sudah berusaha bagi yang terbaik. Aku tahu masing2 pun ada kelebihan cuma dorang masih segan mahu keluarkan. InshaAllah, nanti ok la tu. :)

Nak dijadikan cerite (bak kata orang Semenanjung), latihan first2 tu aku hanya minta buat latihan stamina. Jogging, stretch sana, stretch sini..kejutkan semua otot2. Kesian dorang (dengan aku2 skali la kesian..huhu). Beberapa hari ni kami jalan sangat 'sopan santun' bab otot buat demo. Nasib baik sekarang kaki aku sudah mula terima keadaan. Sudah lama x buat latihan stamina, macam ni la. Lagi kesian dengan dorang2 yang memang x biasa ikut aktiviti2 lasak ni. Sedangkan aku yang membesar dengan aktiviti lasak ni pun pancit jugak, apatah lagi dorang. X apa, kita belajar sama2 ya. :p

pencapaian terbaik. Johan Jurus Tunggal Puteri, Sabah Games (SaGa 2009)

Macam lawak pulak. Macam x ada kaitan pun puisi dengan latihan stamina. Ngeeee..ada la! Persembahan 10 minit. X ada stamina, how you're gonna bertahan di atas pentas tu?? So, mohon dengar cakap. Ok la..sekarang mahu sambung berlari. Berlari mengejar syurga. Jom ikut aku!! (^_^)/

p/s : panjat doa dapat zauj yang chenta pada bahasa. kalau pandai ilmu mempertahankan diri pun best jugak!

Thursday, February 21, 2013

Antara DUA..ada TIGA?


kenyataan!

Paling x suka bila berhadapan dengan pilihan. Terpaksa memilih hanya SATU di antara DUA atau mungkin LEBIH. Sebab tu aku selalu kata aku ni jenis yang stick. Bila aku suka sesuatu, aku JARANG2 pedulikan yang lain. Baik buruknya yang satu tu, aku memang ready untuk terima. Most of time, biar akibatnya buruk..x ada penyesalan (sedih tu mungkin ada jugak sket2). Tapi semakin dewasa ni (ceh!) aku sedar yang mahu x mahu, aku kena berhadapan dengan pilihan which makes me macam mahu pecah kepala memikirkan. Antara Ya atau Tidak. Antara Give Up atau Go On. Antara Ini atau Itu. Antara Dia atau Dia....

Sekarang, aku dalam fasa kebingungan. DILEMA! Hampir semua perkara menuntut aku untuk buat PILIHAN dalam masa yang sama. Mana mahu fikir pasal itu, pasal ini, pasal aku, pasal dia, pasal mereka...runsing, nuff said! Nampaknya, back to our basic..musyawarah & istikarah. Ya Allah, hantarkan aku petunjukMu serta hadirkan mereka2 yang mampu membantu aku. :'(

PILIHAN suatu PERSIMPANGAN yang dihadapannya suatu PERTARUHAN..percayalah!

p/s : harus bulat dalam membuat keputusan..sudah tiba masa sama ada teruskan atau lepaskan.

Monday, February 18, 2013

Rindu setengah mati

Pejam celik pejam celik..tiba la hari yang aku harap lambat lagi baru tiba. (-_-") Hari last aku berada di kampung sebelum terbang semula ke medan perjuangan. Bukan malas belajar. Bukan bukan bukan!! Aku rindu suasana belajar. Aku rindu bumi UM apatah lagi Kolej 8. Tapi aku masih belum habis lepaskan rindu pada insan2 terchenta di tempat sendiri. Cuti sebulan banyak aku habiskan bersama keluarga. Kawan2 & guru2..hanya segelintir. Tapi still, alhamdulillah.

Btw, cuti kali ni alhamdulillah DIA bagi peluang aku jumpa kawan lama. Mel. Salah sorang daripada my besties yang 3 orang. Makan coto, borak pasal kehidupan & kongsi pengalaman. Sangat bahagia sebab boleh lepas rindu. Sudah lama rancang mau jumpa, baru kali ni dapat realisasi. Cuti lepas hanya dapat jumpa si Pres. Moga2 cuti depan dapat jumpa si Nas pula..inshaAllah kalau umur & jodoh panjang. :)

coto makasar buat aku gila bayang..hihihi

18 Januari. Mesti ramai rakan2 yang sudah mula kuliah kan? Aku doakan semua sudah dapat semangat baru untuk menuntut ilmu. Ingat, kita belajar kerana Allah. Jangan belajar kerana segulung ijazah sahaja bab apa yang kita niatkan, itulah yang kita dapat. Kita niat dunia..dunia la kita dapat. Kita minta akhirat..inshaAllah akhirat la kita dapat & bonus dunia yang Allah bagi. So, jom tajdid kembali niat belajar kita. Semoga kejayaan milik kita di dunia dan akhirat. Allah kan Maha Pemurah. Ni aku cakap sebagai peringat diri juga. Moga aku berbuat apa yang aku sampaikan. :)


Ok. Barang sudah siap pack, tinggal angkat. Alhamdulillah, genap sebulan aku berbakti pada keluarga macam yang sudah diniatkan sebelumnya. Moga amal yang x seberapa ini diterima. :)


p/s : "masih suka simpan dalam hati? perangai masih sama macam dulu." ya sahabat..aku masih sama. btw, bapa kata ok! faham?? :p

Friday, February 8, 2013

Lari!!!!



Hari2 terakhir bercuti sem ni dengan mode merasai suasana persekolahan. Hari ni hari penutupan sukan peringkat sekolah SMK Bukit Garam II. Sekolah ni la yang menyaksikan tumbesaranku sebagai seorang pelajar sekolah menengah selama lima tahun. Sepanjang bersekolah di sini, macam2 aku sudah lalui. Hari sukan merupakan antara pebret aku di sekolah. Time ni, aku memang jaguh..tapi bukan jaguh bersukan, jaguh bersorak. Eheh..suara aku memang x boleh dinafikan kekuatan volumenya. Sekali aku menjerit, satu sekolah boleh dengar..bukan auta. X percaya, mohon rujuk mereka2 yang berkenaan sebagai saksi. Kadang2 makan hati juga bila ada yang bertanya dengan muka innocent, "budak lelaki mana yang jerit tadi tu?". (-_-")

Bila sebut pasal sukan, aku memang pernah cuba ikut macam2 acara. Tapi mungkin muka aku ni sudah ditakdirkan muka duduk tepi sorak2 ja..huhu. Eh, jap2! Aku master 1 acara. Perbarisan a.k.a kawad kaki. Boleh kata tiap tahun aku ikut sejak sekolah rendah. Pernah pegang sepanduk, jadi ahli dan paling kerap, jadi komanden. Guna anugerah yang satu tu untuk bagi arahan. (^_^)v Mau dijadikan cerita, aku selalu keluar last2 minit atau kelam kabut tukar baju lepas lintas hormat. Sebab..(segan bagitahu..huhu), ehem! Kebiasaannya, aku terlibat persembahan penutupan. Dua benda. Menari & Silat..paling kerap, menari. Kalau yang x kenal, mesti x percaya. Budak chomel yang baru belajar agama ni rupanya dulu penari sekolah.     Zaman jahiliyah..huhuhu. Masih minat tapi sebagai muslimah, alhamdulillah DIA selalu ingatkan aku tentang hukumNya. :') Btw, ni video pertandingan perbarisan tu.




Tinggalkan pasal era tarian. Jom aku ceritakan tentang rumah sukanku. Masa sekolah rendah, 6 tahun aku duduk bawah rumah sukan warna biru. Rumah sukan Wira kalau aku x silap. Then, naik sekolah menengah..aku berjodoh dengan warna hijau pula. Greg. Nama ribut yang berlaku di Sabah. Hmm..sepanjang aku duduk rumah sukan tu, x pernah johan sukan. Bila keluar, terus jadi hebat! (-_-") Lima tahun berwarna hijau tu aku teruskan masa di pra U. Almost two years aku di bawah rumah sukan tu (x ingat nama..huhu). Pelik! Kawan2 aku majoritinya akan berubah2 rumah sukan. Tapi aku?? Kalau sudah hijau dari form 1, sampai habis form 5 pun warn tu juga. Setia Hujung Nyawa..ahakss! Kejayaan yang paling kerap aku dapat masa hari sukan, of coz la kawad kaki. One of my best moments, bila PPIM yang X PERNAH menang kawad kaki akhirnya dapat JOHAN di bawah kendalianku. Nanti aku cerita pengalaman tu. Bukan niat takbur ka apa..just berkongsi cerita. Alhamdulillah sangat2 masa tu. :)

Oklah..sampai sini sahaja aku mahu berkongsi cerita. Duduk dalam pejabat mama memang buat aku rasa diri ini sudah berkerjaya..tua sudah! :p


pencahayaan itu penting! :p
p/s : ada guru sedang berurusan dalam bilik ketika gambar ini diambil..eheh!

Berdebar menunggu keputusan sem lepas. Semoga Allah bantu. DOA untuk kita semua..

p/s : bila betul niat mahu menyampaikan dakwah, Allah akan datangkan situasi. semoga apa yang aku lakukan, diterima di sisiNya.

Thursday, February 7, 2013

Sudah ke angka 22?

Pada usia 40 tahun,Imam Syafii telah memakai tongkat walhal tubuhnya masih sihat dan kuat. Ingat MATI. Inilah ibrah yang seharusnya kita fahami dan teladani. Setiap detik yang berlalu sebenarnya mengurang masa kita di dunia. Moga setiap detik itu kita MANFAATkan pada jalan Allah. 
“Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).”

-saidina Ali k.w-

p/s : lawat guru2 di sekolah. ditanya usia. bila dikhabarkan lantas ini yang majoriti mereka kata; "wahhh..sudah tua rupanya kamu". (_ _')


Ini post terbaru aku di fesbuk. Soal usia. Mungkin kalau ikut ulang tahun kelahiranku dalam kalendar masihi, memang la belum diisytihar 22, tapi ikut kalendar hijrah sudah lama masuk alam 22 tu. So, mohon aku sedar diri sudah tua..huhu.

Btw, hari Rabu lepas (eh, kemarin la kan?) aku pergi sekolah2 lama. Tujuan utama, sampaikan barang pesanan seorang guru. Terus ambik kesempatan ziarah & bertukar2 cerita dengan guru2 lama. Semua tanya tentang kehidupan di universiti. Yang lawaknya, bila diberitahu tentang kos yang aku ambik, semua termelopong. Melopong sebab x tahu kos ni kos apa. Siap tanya, "ambik kos ni..kalau keluar, jadi apa?". (-_-") Eheh..nasib badan la kan dapat universiti yang suka letak nama gah untuk semua benda. Same wine, different bottles..hakikatnya.

Then, masuk soal umur. Bagitahu la yang tahun ni inshaAllah 22 tahun sudah masa yang Allah bagi pinjam bernafas di dunia. Semua pun kata aku sudah tua. Soalan WAJIB yang kemudiannya mereka2 ni tanya, "sudah ada calon?". Gulp! Terdiam lalu berfikir. Senyuman ja yang mampu aku bagi sebab jawapan yang tepat, aku pun x pasti. Ada guru2 yang offer untuk carikan. Ada yang terus bagi nama orang yang dikatakan sedang mencari. Mahu tergolek aku ketawa (padahal muka macam kena panggang diusik begitu). Perbualan tu aku sampaikan pada mama. "kalau betul dorang ada calon untuk dikenalkan, suruh kenalkan sama bapamu". Tersengeh lagi!

Berterusan memikirkan. Mungkin usia 22 ni kita ada tendency yang kuat untuk fikir hal2 macam ni. Tiba2 ternampak post yang baru aku reblog dalam tumblr beberapa hari lepas.




Asyik fikir pasal jodoh. Sudah habis fikir pasal MATI? *nanges* Inilah kita (atau mungkin aku). Sibuk risau tentang jodoh. Walhal mungkin maut dulu yang menjemput. Malaikat Izrael datang, xkan kita mahu bagitahu "nanti dulu cabut nyawaku, aku belum kawen". No dear, no. Maut itu pun macam jodoh. Datang bila masanya sudah tiba. Semuanya PASTI. Jadi, sedar2 la diri. X salah berusaha keras dalam mencari jodoh, tapi jangan tinggalkan usaha lebih keras dalam persediaan alam kuburmu. :)




p/s : inshaAllah, cari kekuatan untuk minta izin dari bapa sebelum bagi green light pada mereka yang benar2 memaksudkannya. (kalau ada..ahaksss!

Wednesday, February 6, 2013

Lintasan Hati

Alhamdulillah. Sekali lagi Allah bagi peluang untuk aku buat entri malam ni. Rasa sia2 kalau masa yang free ni aku tidak gunakan sebaiknya untuk menunaikan janji. Aku pernah mention pasal lintasan hati kan? Ok, aku akan cuba berbicara sedikit tentang tajuk ni.



Kalau sebut pasal lintasan hati, apa yang terlintas di kepala kamu? Seperti iklan "tengok kiri. tengok kanan. tengok kiri. jom kita melintas!"? Atau sesuatu seperti makhlus hitam lalu depan kamu secara tiba2 then kamu menjerit sekuat hati?? Heh! Jangan takut. Ini bukan blog seram ala2 blog kereta mayat. Eh! Itu blog agama. Blog bagus yang aku rekemenkan kepada mereka2 yang sedang mencari ilmu dan bakal naik kereta mayat macam aku. Tapi ingat, hanya sebagai rujukan. Kalau mahu yang lebih konkrit, mohon rujuk kepada majlis ilmu yang sebenar yakni secara talaqi. :) Hmm..kita di mana tadi? Owh..apa itu lintasan hati.

Lintasan hati ni sebenarnya boleh kita samakan dengan ilham atau bisikan hati yang datang secara tiba2 bergantung kepada situasi diri kita dan keadaan sekeliling. Boleh jadi dorongan melakukan sesuatu atau menjangkakan sesuatu. Lintasan hati ni hakikatnya boleh terbahagi kepada lintasan hati yang baik dan lintasan hati yang buruk. Kalau baik tu, of coz la daripada Allah. Kalau buruk? Sila jawab dalam diri. ;)

Ok. Aku mahu fokus pada lintasan hati yang baik. Aku pernah tulis dalam entri lepas tentang semangat yang aku dapat dari orang2 terchenta. Aku yakin sangat itu semua atas kehendak Allah. Lemme explain. Ok, kadang2 aku rasa sangat down atau stress. Aku sedih & kecewa. Sebagai manusia biasa, aku pun berlari2 anak mengadu pada DIA. Dan tiba2..poommmm!! Akan jadi perkara yang boleh buat aku senyum & gain back my strength. Kadang2 aku terbaca post yang buat aku muhasabah..kadang2 ada orang bawa makanan..kadang2 ada orang terchenta yang call. Semua tu sangat kebetulan. Dan kebetulan itu suatu takdir.  See! Allah sangat baik. DIA pujuk kita dengan menghantar orang2 terchenta tepat pada masanya. DIA la yang hadirkan lintasan hati dalam diri orang2 tu untuk post, untuk bawa makanan, untuk call dan lalu depan aku tiba2 macam2 lagi la. Sweet kan Allah?? :D


tengok kaisara pun boleh buat aku senyum tiba2. :')

Kesimpulannya di sini..lintasan hati (yang baik) itu datang daripada Allah. Mungkin suatu hari tiba2 hati kita terdetik untuk memberi senyuman kepada seseorang yang rupanya telah menjadi asbab untuk dia berubah ke arah kebaikan. Allah beri dia hidayah melalui lintasan hati pada kita. Amazing? Allah itu Maha Cantik Percaturannya. So, kalau kita berduka sebab tidak dapat apa yang kita..ingat Allah. Mungkin ketika itu DIA akan bagi lintasan hati pada seseorang untuk beri kita apa yang kita perlu. Lagi pun...

                                "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
(Surah Ar-Raad. Ayat 28)


p/s : "muka kaisara iras muka mak ngah masa kecik"..u tell me. :)

Monday, February 4, 2013

Satu Dua Tiga Empat Lima

Ada banyak yang ingin dicerita. Cuma, entah di mana harus mula. Jika sudah jumpa, pena kan berbicara..tanpa diri menyedarinya.

Yang pasti, sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Harus terbaik dalam memberi, agar layak untuk menerima. :)

Cuti ini dipenuhi dengan chenta. Chenta yang boleh buat kita rasa seolah memeluk dunia. Seolah kita ada semua. Dan memang itu la hakikatnya. Kita memang ada semua, yang kita perlu. Allah Maha Tahu. Sesuai masa, sesuai ketika. Terima kasih Ya Allah.


"kaisara iras muka mak ngah waktu kecik", mama kata sambil belek gambar lama. heh!

Satu dua tiga empat lima. Alhamdulillah.

p/s : mohon DOA untuk kami, kamu dan kita. minta juga agak diari dalam kepala mampu dicoret di alam maya.

Friday, February 1, 2013

Bicara dari Hamka

Hati Sanubari
Biarkanlah saya menyebut apa yang terasa;
Kemudian tuan bebas memberi saya nama
dengan apa yang tuan sukai;
Saya adalah pemberi maaf,
dan perangai saya adalah mudah, tidak sulit.
Cuma rasa hati sanubari itu
tidaklah dapat saya menjualnya;
Katakanlah kepadaku, demi Tuhan.
Adakah rasa hati sanubari itu bisa dijual?


#Sempena Jumaat yang penuh barakah..kita kongsi sesuatu yang bermanfaat. Hamka. Puisinya banyak menyentuh jiwa. Sukar difahami jika tidak benar ditelusuri. Perlu penghayatan. Ya, aku tahu itu ada dalam diri kamu.

Boleh cuba baca yang lainnya, di sini.