Friday, November 30, 2012

Coming Soon!!

Menghitung hari...




Allah, macam x percaya..tinggal lagi 3 hari sebelum projek ni bermula. Seriously, aku berdebar2 memikirkan segala kemungkinan. Dengan pelbagai masalah yang masih belum selesai. Allah, bantu hambaMu ini. Eh, lupa pula untuk bagitahu..aku jadi pengarah untuk projek ni. Opkos la risau. Taklifan ni pun secara x sengaja..namun aku harap biarlah amanah terlaksana dengan sebaiknya.

Banyak sebenarnya masa aku luangkan untuk uruskan projek ni. Pengorbanan? Jangankan pengarah, setiap ahli projek pun banyak berkorban. Aku bersyukur sangat2 bab dapat ahli yang komited macam dorang. InshaaAllah kalau ada masa..aku akan update pasal dorang dan pasal projek ni dengan lebih lanjut. Dalam buat gerak kerja ni aku jumpa kawan baru yang best untuk di 'mention'..hehehe. Lagi pun, sudah janji dengan tirah untuk buat satu entri yang sama tajuk, sama gambar tapi berbeza intipati. Nanti ya... :)

Ok lah, bye for now. Doakan aku dapat buat entri tu nanti (mesti lepas projek selesai..huhuhu). Sekarang, mahu tayang poster comel hasil karya salah seorang ahli biro publisiti. Sila puji. :p

Tadaaaaaaaaa!!!!!!!!!




p/s : doakan projek ni benar kerana Allah..semoga dipermudah. dan...sangat berharap awak boleh hadir.

Friday, November 23, 2012

Shhhh..

Alhamdulillah, kini blog berwajah baru. Konsep, hitam dan putih. Motif memilih warna ni? Hmm..mungkin itu yang dekat di hati. So, without further ado..jom buat entry baru! (^_^ )v

Tajuk entry "Shhhh...". Faham maksud?
...
...
...
SENYAP

Simple ja kan. Yup, senyap itu mudah. Sangat mudah. Tapi, dalam hati siapa yang tahu? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Di sebalik diamnya lidah, ada suara yang berkata-kata. Hanya Allah yang Maha Mendengar.




Biasanya, orang2 yang berjaya dan hebat akan pegang dua perkara ni : SILENCE & SMILE. Mungkin ada yang mempertikaikan. Bukankah orang2 hebat biasanya petah berkata2? Bukankah orang2 yang tegas dan serius dalam bekerja lebih mudah untuk berjaya? (^_____^ )
Kawan2, jangan cepat mentafsir. Fikir dahulu (note to self!). Ok, kita tengok..pemimpin2 dunia memang terdiri daripada orang2 yang hebat berbicara. Tapi, kalau kita lihat sejenak bagaimana cara mereka mengawal satu-satu situasi genting? Berdiam diri atau lagi sering kita dengar "No Comment". Ini yang sebenarnya dimaksudkan dengan senyap. Permasalahan tidak selalu dapat diselesaikan dengan lidah. Malah jadi lebih teruk bila kata2 dijadikan alat untuk berperang. Even Saidina Ali pun ada kata..




Sekarang tengok pula orang2 yang berjaya. MOST OF THEM adalah orang2 yang SUUUUUUUKA SENYUM. Jangan bayangkan Hitler atau Bush atau mereka2 yang seangkatan. Memanglah mereka nampak berjaya..tapi hakikatnya? Lebih banyak kegagalan yang mereka hadapi. Senyum. Apa yang susah untuk senyum? Senyuman tu kan memberi kekuatan. Senyuman tu mungkin tidak menggambarkan apa yang ada di hati kita tapi dengan senyumanlah kita mampu tunjukkan bahawa kita percaya segala permasalahan bukan penghujung hidup kita. Positive person creates positive action and leads to positive result. Btw, senyum tu kan sedekah. Tidak perlu modal pun, tapi incomenya..fuh, lumayan! :D

Bercakap tentang diam, teringat pepatah orang tua2..diam tanda setuju. Betul ka? In certain cases, mungkinlah tapi tidak semestinya. Kadang2 diam tu tanda protes la tu..macam kakak aku selalu buat..hehehehe. (kalau tuan punya diri baca, jangan marah ya..hehehe)



Kuda putih tu cantik. Eh, teringat! InshaaAllah nanti kami ada program menunggang kuda. Yay!! \(^_^)/
Ehemmm. Back to the point, silence. Dalam konsep sains sosial (perggghhhh!!!) atau kita fokuskan lagi kepada hubungan antara manusia, even senyap tu pun sebenarnya tergolong dalam satu cara kita berinteraksi. Senyap tu boleh menunjukkan bahawa kita tidak kisah atau mungkin kerana kita terluka atau juga kerana kita berpura2. Senyap juga boleh jadi senjata yang lebih ampuh terhadap orang2 sekeliling kita. 





So, belajarlah memahami kesenyapan kerana ia sedang berbicara dalam kesunyian. Yang ni, aku sendiri pun perlu belajar..or maybe, kamu sendiri yang menerangkan. =)

Actually, silence will not affect those who do not care...kan? You know you're special when they are affected with your silence.


Oklah..banyak sudah gambar yang dikepilkan sekali dalam entry kali ni. Macam orang putih kata, "picture speaks a thousand words." Adiooos!! Assalamualaikum. (^_^ )/




p/s : hayati sunyi yang tercipta..mungkin di situ rindu mula bermakna.

Monday, November 12, 2012

Under Construction

Mood kemas2 dan hias2 blog tapi baru separuh siap. Sekarang kena chow dulu..ingin bermusafir seketika. So, a bit messy la kan blog ni..huhuhu. InshaAllah balik nanti kita update ya. :)

Bumi UM, mohon berkelana barang sehari dua ke wilayah UUM.

p/s :yang pergi, mohon didoakan. yang tinggal, mohon dipeliharakan. jaga diri..jaga hati. pesanan buat diri yang mengerti.


Tuesday, November 6, 2012

Pandangan (NOTE TO SELF)

Pernah kamu terasa hati apabila ada orang tiba2 tunduk, kalih pandangan atau buat2 tidak nampak kamu apabila terserempak? (O.O")

Ok..I DO. Sedih. Kecewa. Tertanya2. Bencikah dia pada aku? Hebat sangatkah dia berbanding aku? Hodoh benarkah diriku? (=.=")

Hmm..itu fitrah. Manusia, suka bersangka2. Kalau ikut teori dan pendapat manusia, memang semua dilihat negatif. Tapi, cuba tengok dengan ajaran agama. Doesn't matter la kamu ni Islam, Kristian, Hindu, Buddha or apa pun. Semua agama mengajar kita untuk bersangka baik. Husnuzon, dalam Islam. OK..INI SUDAH MENYIMPANG DARIPADA TOPIK ASAL.

Berbalik pada tajuk atas tu, PANDANGAN. As u guys know and I'm proudly mention here, I'm a muslim. So, izinkan diri ini berbicara tentang pandangan (bukan pendapat, ok.). Dalam Islam, umatnya digalakkan menjaga pandangan. Ini ada disebut dalam Al-Quran, surah an Nur ayat 30.

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

See, as muslims, kita disuruh menahan pandangan a.k.a menundukkan pandangan. Daripada siapa? Daripada orang2 yang berlainan jantina yang bukan muhrim. Kalau sama jantina, itu kes sombong lain. Ini sebenarnya bagi mengelakkan pandangan tu leads kepada perkara2 yang tidak baik. Ibnul Qoyyim berkata dalam kitab ad-Da’ wad-Dawa’(penyakit dan obatnya), “Pandangan adalah anak panah Iblis yang beracun. Barangsiapa melepaskan pandangannya maka akan menyesal selamanya." Ok, sudah highlight kan? Mesti nampak point di situ. So, tidak perlulah explain lebih2. Kalau mahu juga, sila komen..hehehe. TAPI, bukanlah bermaksud langsung tidak boleh pandang. Boleh, asalkan rasa cukup beriman dan tidak mudah terlalai dengan pandangan, and ada urusan yang diharuskan oleh Islam.

Btw, kenapa tiba2 post pasal hal ni? Sebab tadi aku berdepan dengan dua situasi yang berbeza pada waktu yang sama. Sebenarnya, ni untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan paling penting..peringatan (especially diri sendiri). Aku pun sedang belajar menahan pandangan. Kalau yang kenal aku, tahulah aku jenis macam mana. Kalau aku terserempak dengan lelaki yang aku kenal (kenal lebih daripada setakat nama), mesti aku pandang dan beri reaksi. Itu cara aku tunjukkan aku sedar dan menghargai keberadaan orang tu. Tapi, kalau aku tidak kenal..cepat2 aku tundukkan muka or buat2 tidak perasan. Bukan sombong, jaga pandangan..hehehe. So, kalau rasa2 aku ada buat macam tu dengan kamu..sorry ya. (^_^)v

Oklah, kelas pukul 3. Sekarang sudah pukul 2.30. So, see u guys kalau ada masa. "Jaga diri, jangan makan hati." :)

p/s : kalau kenal tapi still tundukkan pandangan..tu kes jaga hati segan. u know what I mean. ;)
     : btw, tolong DOAkan diri ini yang semakin tertekan dengan diri sendiri dan kesibukan dunia.