Saturday, June 15, 2013

Malar Merindu

Aduh. Payah ni..semalam mimpi lagi padahal memang setiap malam pun aku mimpi. Kali ni mimpi jasad sudah berada di bumi Sabah. Siap berfikir untuk update status fb pasal ketibaan di sana. Tersedar pukul 6.15 pagi (x sedar alarm subuh.. T___T ), semua rasa ada..kecewa, terkilan, terkejut dan yang pasti sedih sebab masih berada di atas katil di dalam bilik di kolej kediaman di varsiti ni. Rindu sangat dengan semua yang di sana. Lagi2 bila tonton video rakaman anak buah. Sekarang mesti dia sudah semakin besar. Allah, besarkan dia dengan jagaanMu & bimbingan akidah dariMu.

mahu peluk-geget-cium anak ini! :'(
Tadi lepas zohor hantar sms pada kakak & mama. Sebab rasa rindu sebak di dalam dada. Rasa musim periksa mungkin..bila lemah & teruji, keluarga juga jadi tempat aku merintih. X perlu cerita semua, cukup dengar suara mereka sudah buat aku rasa lega. Eh, balik ke cerita asal! Sms x berbalas, kecewa skit..tapi tahu mesti  ada hal lain sedang mereka lakukan. Lepas asar, mama telefon. Borak skit. Banyak mahu cakap tapi tiba2 kelu (takut menangis sebenarnya). Selang setengah jam lepas tu, kakak pula sms. Saja x mahu reply..dia terus call. Hah!! Berjaya elak habis kredit..hehehe. *gurau*. Cakap memang berjela2. Lama x borak dengan dia. Cerita pasal semua..cerita pasal sakit yang menjengah keluarga kecilnya, cerita pasal kahwin sepupu yang x dapat dihadiri, cerita mama bapa abang & adik serta rengekan2 minta beli beg dari keyel..hahaha. Allah, rindu sangat2. Sedang tika ini pun aku sedang berusaha menahan tangis. Tapi perlu macho di hadapan roommates. (>_<")

adik beradik juga..
Ya Allah..Kau jagalah keluargaku. Bimbinglah mereka dengan taufik & hidayahMu. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui pentingnya mereka untukku. Berikanlah kesempatan untuk kami bersama lagi..sekarang, masa depan & di dalam syurga kelak. Amin Ya Rabb.

#malar itu macam..hmm..berterusan & makin menjadi2. kalau x silap. susah explain. bahasa di Sabah

p/s : ada 5 kertas lagi..kamu? semoga akan tiba masa menemukan kamu dengan mereka.

No comments:

Post a Comment