Wednesday, July 24, 2013

Kita belum merdeka?

Alhamdulillah..sedar x sedar sudah separuh Ramadhan kita lalui. Hari ni masuk 15 Ramadhan, bulan tenga penuh tu..try tengok di luar. Chantek!! Subhanallah.. (iklan! :p ) Apsal aku tiba2 buat entri pasal merdeka ni? Kita masih dalam bulan Julai..jauh lagi menuju 31 Ogos tu. Bro, sis..kalau ikut merdeka yang tu memang la jauh lagi. Yang aku maksudkan di sini bukan merdeka negara tapi merdeka dosa..merdeka jahiliyah. Maksud merdeka itu sendiri apa? Bebas kan?? Lalu, pantas la aku bicara soal bebas dosa, bebas jahiliyah tika ini. Erk..bahasa ni? (-_-")

Masha-Allah, baiknya Allah pada kita!
Aku rasa, kalau cerita pasal puasa ni pun semua orang sudah lali mahu dengar. Berlambak maklumat tentang puasa, mengenai fadhilat2nya di internet, buku2, majalah2, tv and so on. Tinggal rajin atau x untuk mencari tahu tu saja yang akan membezakan antara orang yang berilmu dengan orang kebanyakan. Tapi, alang2 sudah duduk menghadap lappy ni biarlah aku bagi sedikit nasihat tentang puasa ni..moga2 ada manfaat pada kalian. Islam itu kan agama nasihat. ;)

peluang merdeka dari dosa2 lepas..
lagi best dari peluang menang percutian setahun di Hawaii!

Dosa, semua manusia pun pernah buat dosa bukan makanan yang bernama dosa yang keluar di google image bila kamu taip dosa tu ok. Xdanya dosa tu dicatit tiba2 oleh malaikat Atid tanpa ada kesalahan yang kita lakukan. Daripada sebesar2 dosa melalui perbuatan hinggalah sekecik2 dosa yang mungkin disebabkan hati kecil kita tanpa kita sedari, semua tu akan dihisab di hari kemudian. Kita bukan Rasulullah yang dicuci hatinya dari noda2..tapi kita ini umat baginda. Kalau baginda yang sudah dijanjikan syurga tu pun masih lagi mahu beristighfar, bertaubat & meminta keampunan Allah..maka siapa kita untuk menyombongkan diri pada tuhan? Rasulullah sendiri pernah mengaminkan doa malaikat Jibril tentang celakalah umat yang menyia2kan Ramadhan dengan x memperbaiki diri mereka. Xkan kita mahu jadi antara mereka yang celaka tu?? Tepuk dada, tanya iman!

Bro, sis..sekarang kita di pertengahan bulan penuh barakah ni. Mungkin ada yang baru dijentik dengan rasa insaf, rasa chenta untuk kembali pada jalan Allah. Jangan risau, selagi nyawa masih belum dihalkum & kiamat tu belum muncul..kita semua masih berpeluang untuk merdeka dari dosa, merdeka dari sifat2 jahiliyah. Yang sedang berhempas pulas untuk berubah, teruskan usaha. Kita patut bersyukur kerana masih berkesempatan merasai magfirah Ramadhan. Pada bulan yang syaitan2 ditahan daripada menghasut kita, sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk mencuba sehabis baik untuk mengubah & membentengi diri kita dari sikap mazhmumah yang selama ni kita biarkan bermaharajalela. Puasalah, kerana dengan puasa kita belajar untuk menahan, belajar untuk mengawal & belajar untuk bersabar. Puasalah, sebab ini amalan yang diangkat terus kepada Allah untuk balasannya. Tapi bukan sekadar puasa perut..puasa anggota, puasa hati juga.

Allah bagi perisai..kenapa mahu bongkak berlari
mengejar api2 di neraka??
Sebenarnya aku ada banyak lagi mahu membebel tapi sebab sudah pukul 2, maka terpaksa la aku stop. So, aku akhiri dengan ucapan ala2 retis la. ;) Selamat Menjalani Ibadah Puasa..Selamat Menyambut Nuzul Quran..Selamat Mengimarahkan Ramadhan & Semoga Bertemu Lailatul Qadr (eh, teringin post pasal ni..hmm, tengok la caner!). Assalamualaikum wbt...

p/s : hidayah ini temukan kita pada cinta Allah..moga dengan hidayah ini juga Allah temukan chenta kita. seruan cinta Allah, takkan kusia siakan kamu lagi.

No comments:

Post a Comment