Saturday, October 9, 2010

cara hadapi musibah (satu lagi janji ingin kutunaikan)

Oleh kerana masa terus berlalu tanpa menoleh kembali, kita dituntut untuk melaksanakan hal2 penting dengan segera. Antaranya, menunaikan janji. Tidak kira janji kita dengan manusia mahupun janji kita dengan Allah. Bukan apa, MAUT itu datang bila2 masa sahaja. Kita tidak tahu andainya saat seterusnya nafas kita masih ada atau terhenti pada saat ini. JODOH dan MAUT antara urusan Allah yang kita tidak dapat ramal. Mungkin ketika aku sedang menulis ruangan ini atau kamu membaca artikel ini, daun yang bertulis nama kita pada pohon di atas Arasy Allah telah gugur dan malaikat MAUT bersedia untuk menjemput kita pulang ke Rahmatullah. Jadi, sebelum malaikat maut memberi salam..usahakanlah untuk menunaikan janji kita. Atas kesedaran inilah aku berusaha menyiapkan entry tentang cara menghadapi musibah seperti yang aku janjikan. Mudah2an bermanfaat dan boleh diamalkan bersama.

Musibah dan masalah yang menimpa kita merupakan antara bukti bahawa Allah itu sentiasa memerhatikan hamba2-Nya. Setiap yang Allah lakukan pasti ada sebabnya. Mungkin ini ialah peringatan kepada kita tentang kelalaian dan kemungkaran yang kita lakukan di muka bumi. Mungkin juga ini satu hukuman atas kemaksiatan kita terhadap-Nya. Atau besar kemungkinan ini cara terbaik Allah ingin menaikkan status kita pada pandangan-Nya..iaitu, melalui ujian berbentuk musibah. Jika kamu mau Iman meningkat, hadapilah semua ini dengan cara Islam kerana Islam ialah agama yang syumul, yang memberi seribu ketenangan, yang memberi sejuta keberkatan. Oleh sebab tu, aku khabarkan tentang panduan yang telah digariskan oleh Allah melalui kalam-Nya.

Ini langkah mudah yang kita perlu lakukan ketika berdepan masalah:
1) Ingat Allah dan ucap "Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun"
-ini perkara pertama yang perlu dilakukan setiap kali berdepan musibah. ingatlah bahawa semuanya kehendak Allah dan DIA Maha Mengetahui. tuntutan membaca ayat ada di terangkan dalam surah Al Baqarah, 2:156.
2) Sabar dan redha
-banyakkan bersabar kerana akhlak ini disebut sebayak 70 kali dalam Al-Quran. kita juga perlu redha dengan qada dan qadar yang ditentukan Allah.
3) Istighfar
-istighfar sebanyak mungkin bagi menghapuskan dosa2 kita agar Allah akan memberi kemudahan kepada kita pada setiap ujian_Nya itu.
5) Doa
-berdoa dan solat hajatlah. berdoa agar kita terus bersabar dan meminta DIA berikan perkara yang baik di hujung musibah nanti seperti yang dijanjikan-Nya sekiranya kita sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Ini doa yang patut dipraktikkan :


إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)


6) Tawakal
-Allah tidak zalim, sesungguhnya DIA Maha Mengasihani. jadi,yakinlah bahawa Allah tidak akan meninggalkan kita sendiri. percayalah, Allah menguji kita kerana DIA menyayangi dan mengingati kita.

Inilah cara yang patut dijadikan panduan kita menghadapi setiap musibah yang datang. Insya Allah, kita pasti mampu berdepan dengan setiap kepahitan dan keperitan hidup selagi roh berada dalam jasad..amin.

p/s: semoga entry ini berguna buat semua..

No comments:

Post a Comment