Friday, December 2, 2011

Akhirnya

Setelah sekian lama aku mencari..akhirnya dia kutemui. Aku gembira, teruja & dalam masa yang sama, sangat gelisah. Dia masih sama, seorang pejihad. Aku kagumi dirinya, sama seperti dulu. Jujur, aku tidak merinduinya setiap masa. Tapi entah kenapa, keyakinan untuk bertemu semula itu selalu ada..sebab itu, aku tidak selalu membayangkan dirinya.
Apa perasaanku? Girang? Terkilan? Atau masih sedih dan kecewa kerana dia pernah tinggalkan aku tanpa berita. Hebat rasa sayangku pada insan yang tidak pernah kukenali ini. Sekarang aku temui dia semula, aku cuba untuk tidak peduli. Tapi aku tidak mahu kehilangan seorang sahabat..ya, sahabat..seorang mujahid yang pernah buat aku gembira dengan setiap kata2nya. Sahabat, mungkin itu lebih sesuai buat kami berdua..sebab aku yakin hatinya telah dimiliki oleh teman seperjuangannya di sana. Alhamdulillah..sekurang2nya aku tahu dia bahagia. Aku selalu mendoakannya.

p/s : doakan aku temui insan yang mampu membimbingku dengan hikmah. aku tidak inginkan kekasih sementara, aku inginkan pendamping hidup selama2nya..

No comments:

Post a Comment