Thursday, February 7, 2013

Sudah ke angka 22?

Pada usia 40 tahun,Imam Syafii telah memakai tongkat walhal tubuhnya masih sihat dan kuat. Ingat MATI. Inilah ibrah yang seharusnya kita fahami dan teladani. Setiap detik yang berlalu sebenarnya mengurang masa kita di dunia. Moga setiap detik itu kita MANFAATkan pada jalan Allah. 
“Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).”

-saidina Ali k.w-

p/s : lawat guru2 di sekolah. ditanya usia. bila dikhabarkan lantas ini yang majoriti mereka kata; "wahhh..sudah tua rupanya kamu". (_ _')


Ini post terbaru aku di fesbuk. Soal usia. Mungkin kalau ikut ulang tahun kelahiranku dalam kalendar masihi, memang la belum diisytihar 22, tapi ikut kalendar hijrah sudah lama masuk alam 22 tu. So, mohon aku sedar diri sudah tua..huhu.

Btw, hari Rabu lepas (eh, kemarin la kan?) aku pergi sekolah2 lama. Tujuan utama, sampaikan barang pesanan seorang guru. Terus ambik kesempatan ziarah & bertukar2 cerita dengan guru2 lama. Semua tanya tentang kehidupan di universiti. Yang lawaknya, bila diberitahu tentang kos yang aku ambik, semua termelopong. Melopong sebab x tahu kos ni kos apa. Siap tanya, "ambik kos ni..kalau keluar, jadi apa?". (-_-") Eheh..nasib badan la kan dapat universiti yang suka letak nama gah untuk semua benda. Same wine, different bottles..hakikatnya.

Then, masuk soal umur. Bagitahu la yang tahun ni inshaAllah 22 tahun sudah masa yang Allah bagi pinjam bernafas di dunia. Semua pun kata aku sudah tua. Soalan WAJIB yang kemudiannya mereka2 ni tanya, "sudah ada calon?". Gulp! Terdiam lalu berfikir. Senyuman ja yang mampu aku bagi sebab jawapan yang tepat, aku pun x pasti. Ada guru2 yang offer untuk carikan. Ada yang terus bagi nama orang yang dikatakan sedang mencari. Mahu tergolek aku ketawa (padahal muka macam kena panggang diusik begitu). Perbualan tu aku sampaikan pada mama. "kalau betul dorang ada calon untuk dikenalkan, suruh kenalkan sama bapamu". Tersengeh lagi!

Berterusan memikirkan. Mungkin usia 22 ni kita ada tendency yang kuat untuk fikir hal2 macam ni. Tiba2 ternampak post yang baru aku reblog dalam tumblr beberapa hari lepas.




Asyik fikir pasal jodoh. Sudah habis fikir pasal MATI? *nanges* Inilah kita (atau mungkin aku). Sibuk risau tentang jodoh. Walhal mungkin maut dulu yang menjemput. Malaikat Izrael datang, xkan kita mahu bagitahu "nanti dulu cabut nyawaku, aku belum kawen". No dear, no. Maut itu pun macam jodoh. Datang bila masanya sudah tiba. Semuanya PASTI. Jadi, sedar2 la diri. X salah berusaha keras dalam mencari jodoh, tapi jangan tinggalkan usaha lebih keras dalam persediaan alam kuburmu. :)




p/s : inshaAllah, cari kekuatan untuk minta izin dari bapa sebelum bagi green light pada mereka yang benar2 memaksudkannya. (kalau ada..ahaksss!

No comments:

Post a Comment