Wednesday, February 6, 2013

Lintasan Hati

Alhamdulillah. Sekali lagi Allah bagi peluang untuk aku buat entri malam ni. Rasa sia2 kalau masa yang free ni aku tidak gunakan sebaiknya untuk menunaikan janji. Aku pernah mention pasal lintasan hati kan? Ok, aku akan cuba berbicara sedikit tentang tajuk ni.



Kalau sebut pasal lintasan hati, apa yang terlintas di kepala kamu? Seperti iklan "tengok kiri. tengok kanan. tengok kiri. jom kita melintas!"? Atau sesuatu seperti makhlus hitam lalu depan kamu secara tiba2 then kamu menjerit sekuat hati?? Heh! Jangan takut. Ini bukan blog seram ala2 blog kereta mayat. Eh! Itu blog agama. Blog bagus yang aku rekemenkan kepada mereka2 yang sedang mencari ilmu dan bakal naik kereta mayat macam aku. Tapi ingat, hanya sebagai rujukan. Kalau mahu yang lebih konkrit, mohon rujuk kepada majlis ilmu yang sebenar yakni secara talaqi. :) Hmm..kita di mana tadi? Owh..apa itu lintasan hati.

Lintasan hati ni sebenarnya boleh kita samakan dengan ilham atau bisikan hati yang datang secara tiba2 bergantung kepada situasi diri kita dan keadaan sekeliling. Boleh jadi dorongan melakukan sesuatu atau menjangkakan sesuatu. Lintasan hati ni hakikatnya boleh terbahagi kepada lintasan hati yang baik dan lintasan hati yang buruk. Kalau baik tu, of coz la daripada Allah. Kalau buruk? Sila jawab dalam diri. ;)

Ok. Aku mahu fokus pada lintasan hati yang baik. Aku pernah tulis dalam entri lepas tentang semangat yang aku dapat dari orang2 terchenta. Aku yakin sangat itu semua atas kehendak Allah. Lemme explain. Ok, kadang2 aku rasa sangat down atau stress. Aku sedih & kecewa. Sebagai manusia biasa, aku pun berlari2 anak mengadu pada DIA. Dan tiba2..poommmm!! Akan jadi perkara yang boleh buat aku senyum & gain back my strength. Kadang2 aku terbaca post yang buat aku muhasabah..kadang2 ada orang bawa makanan..kadang2 ada orang terchenta yang call. Semua tu sangat kebetulan. Dan kebetulan itu suatu takdir.  See! Allah sangat baik. DIA pujuk kita dengan menghantar orang2 terchenta tepat pada masanya. DIA la yang hadirkan lintasan hati dalam diri orang2 tu untuk post, untuk bawa makanan, untuk call dan lalu depan aku tiba2 macam2 lagi la. Sweet kan Allah?? :D


tengok kaisara pun boleh buat aku senyum tiba2. :')

Kesimpulannya di sini..lintasan hati (yang baik) itu datang daripada Allah. Mungkin suatu hari tiba2 hati kita terdetik untuk memberi senyuman kepada seseorang yang rupanya telah menjadi asbab untuk dia berubah ke arah kebaikan. Allah beri dia hidayah melalui lintasan hati pada kita. Amazing? Allah itu Maha Cantik Percaturannya. So, kalau kita berduka sebab tidak dapat apa yang kita..ingat Allah. Mungkin ketika itu DIA akan bagi lintasan hati pada seseorang untuk beri kita apa yang kita perlu. Lagi pun...

                                "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
(Surah Ar-Raad. Ayat 28)


p/s : "muka kaisara iras muka mak ngah masa kecik"..u tell me. :)

No comments:

Post a Comment