Saturday, March 2, 2013

Aku mungkin sampah untuk satu ketika

10 minutes before 5 in the morning. With Adele singing"Someone Like You" (which I dunno how I end up listen to this song), thinking about our life. Maybe MY LIFE. Eh, aku speaking ni dah kenapa?

you know how time flies..pejam celik, sudah separuh jalan dalam ijazah

Lagu ni cerita tentang bagaimana seorang perempuan tu cuba menerima kenyataan bahawa lelaki yang dia suka, sudah jadi milik perempuan lain. Sedih kan? Tapi ini hakikat. Meski kita chenta separuh mati pun, belum pasti itulah chenta yang ditakdirkan untuk kita. Ececeh!! Jiwang malam2. Adoyai..jangan sempitkan fikiran. Mungkin benar, lagu ni more to chenta2. Tapi try to ambik message yang ada dalam lagu ni. Manusia ni..kita SEMUA la, suka benar bersedih pada hal2 yang kita x berjaya miliki. Chenta, harta, kejayaan, & whatsoever. Kalau x dapat, terus rasa macam mahu putus nyawa. Nanges setiap malam. X dapat x..mahu juga dapatkan! *tunding jari pada diri*

Kawan yang aku chenta kerana Allah..
Allah itu adil. DIA x bagi sesuatu yang mungkin kita impi sangat2 bukan sebab DIA benci kita. DIA sayang! Sayang sangat! DIA mahu bagi hanya yang TERBAIK untuk kita. Mungkin hal itu baik untuk kita sekarang, tapi hakikatnya memakan diri pada masa hadapan. Allah Maha Mengetahui. Mungkin saja DIA bagi kita gagal sekarang supaya kita berjalan di muka bumi ini dengan merendahkan jiwa sebagai hamba..supaya nanti bila kita berjaya, kita tahu erti syukur pada Sang Penguasa. Yakinlah.

kufur nikmat kalau kita x bersyukur!

"One man's trash is another man's treasure". Pernah dengar kata2 omputeh ni? Aku suka kata2 ni. Dulu aku selalu rasa aku ni macam serba kurang berbanding orang lain. Aku selalu rasa aku x pernah mampu jadi yang terbaik. Yup. Even sampai sekarang pun aku rasa yang sama. Dalam ramai2 taulan yang aku kenal, aku selalu jarang dipandang. Sama ada dari segi agama, ilmu, harta, atau apa sahaja. Kadang2 pandang cermin, belek2 muka. Cuba cari sesuatu untuk dibangga. Hinggalah satu ketika, aku tersedar. Terlalu banyak yang aku patut syukuri instead of mencari sesuatu yang memang hak orang lain untuk mereka syukuri. Mungkin aku x secantik perempuan2 lain, tapi aku ada mata, hidung, mulut & anggota yang lengkap serba serbi. Alhamdulillah. Mungkin aku x selembut gadis2 Melayu terakhir yang boleh buat aku terfikir kalau aku lelaki, mesti aku ambik dorang jadi isteri. *istighfar* Tapi aku cukup macho & punya pukulan padu untuk jaga chenta2 hati aku. Alhamdulillah. Mungkin agamaku x tip top untuk dibangga2 (eh, mana boleh bangga dengan agama!!), tapi aku tahu DIA sentiasa ada & DIA chenta aku apa adanya..yang mana buatkan aku berusaha membalas chentaNya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ingat! Biar diri x jadi sanjungan penduduk dunia, yang penting kita jadi bualan penduduk langit. Lastly before get ready untuk Induksi Surau & Perkampungan Seni, nah!!

aku lebih bengis dari sang singa..nnnggauuummm!!

p/s : doa ketemu dia yang melihatku sebagai harta dunia yang selalu buat dia syukuri apa adanya...

No comments:

Post a Comment