Tuesday, April 2, 2013

Terbina Masjid dengan Lafazmu

30/03/13. Sabtu. Bangun pagi dengan misi, keluar dari UM demi mencari 'dia' yang aku perlu & rindu. Hehe..macam suspens kan?? Aku keluar cari line internet la. Masa tu internet dalam UM ada problem apa entah..huhu. Sudah berfikir & merancang sejak malam sebelumnya..destinasi, Masjid Negara! Bagi yang belum tahu, mari sini aku khabarkan..masjid tu ada WiFi free ya. Kalau mahu luang masa di sana sambil buat kerja, memang sesuai. Sudah la chantek tempat tu, banyakk pula kemudahannya. :)

sejuk mata memandang. sejuk juga badan kena kipas. :)

Ok..maka bermula la perjalananku bersama rakan (masa dirahsiakan..hehehe). Atas sebab2 yang tertentu, kami tiba di Masjid Negara tepat masuknya waktu Zohor. Terkejar2 ambik wudhu & solat. Badan yang letih & membahang berubah jadi segar walaupun terlepas jemaah..huhu. Rasa damai ja duduk dalam masjid tu. Ada ketenangan hadir bila melihat nama2 Allah di sekeliling. Benarlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. :')


Masalah timbul bila mahu start buat kerja. Plug di kawasan luar tu x ada! Sudahhh!!! Tension juga la memikirkan bab laptop x boleh hidup lama tanpa changer. Hampir satu masjid tu kami tawaf untuk cari plug. X berani pula guna yang di dalam tempat solat tu..nanti ada pula yang dikejar dengan penyapu oleh mak cik guard tu..huhu. Mahu dijadikan cerita..dalam kekalutan & bahang tu, kami ternampak la pula sekumpulan lelaki berbaju Melayu lengkap. Perrghhh! Chantek baju! Terfikir, ada kerabat raja ka datang masjid. Tup tup..ada majlis akad nikah rupanya! Pengantin pakai putih sedondon. Seyes chomel! Terus mengalirlah hormon2 adrenalin ke kepala memikirkan kawen. Teringin juga bina masjid di dalam masjid. ;)

eheh..sweet kan.

Perasaan esaited tu x berhenti di situ bila balik UM. Tengok pula video orang kawen yang penuh Islamik. Bapa dia jadi wali. Wahhhhhhhh....dengan aku2 skali berdebar. Mungkin senario tu biasa di Semananjung. Tapi x di Sabah. Maka, wajib la untuk aku teruja lebih2..hehe. Bukan teruja mahu kawen..teruja dengan cara Islam yang chantek. Bapa jadi wali ketika nikah. Bayangkanlah perasaan seorang bapa bila menyerahkan tanggungjawab menjaga & mendidik anak perempuannya selama puluh tahun kepada seorang lelaki asing baginya. Bukan mudah. Lebih2 lagi sebab bapa ni biasanya susah mahu ungkapkan perasaan sayang dia..tapi perasaan tu sentiasa ada. Tinggal kena faham2 sendiri la. :')


p/s : try tengok movie The Croods. seyes best! banyak ceritakan tentang peranan & perasaan seorang bapa.

No comments:

Post a Comment