Monday, April 8, 2013

Aduh!

Ya Allah, nikmat sihat ini jangan la Kau tarik. Bukan waktu ini Ya Allah..aku mohon. :'(

yang mana satu?

Kebelakangan ni, asyik diganggu dengan sakit kepala. X tahu apa puncanya. Besar kemungkinan migrain lama datang menyerang. Sudah lama x menderita teruk macam sekarang. Waktu sekolah memang la kerap berlaku..tapi sakitnya masih lagi mampu buat aku rasa sampai x boleh buat apa2 selain berdoa. Cuma kalau dulu, sakitku ada orang yang ambil tahu. Di sini, semua harus berdikari. Hari tu, x tertanggung..aku bergegas ke klinik. Walaupun aku memang agak x minat pergi sana tapi demi mengingat janji pada mama n bapa untuk pandai2 jaga diri, aku gagahi juga. Doktor bagi pain killer tapi dia x galakkan makan kecuali terpaksa. Hmm..terpaksa. Sampai sekarang aku masih x tahu mahu definisikan terpaksa tu macam mana. Akibatnya..ubat tu masih selamat sejahtera dalam bungkusannya. Sakit banyak kali pun aku masih yakin x perlu makan ubat tu..mungkin bab ubat tu kelihatan x sedap..huhu. (-_-")

Hmm..fikir punya fikir. Aku rasa mungkin disebabkan stress. Boleh jadi! Aku ada 4 esaimen yang perlu hantar lepas ja buka mid sem break ni. Pastu ada 3 presentation seminggu lepas tu . DAN 2 lagi esaimen pada minggu yang sama! Wehhh!! 2 minggu = 6 esaimen + 3 presentation!! Arggghhhh!!! Bagitahu aku alasan untuk x stress! Cepat!! (>_<")

Ok. Gotta go! Banyak lagi kena buat ni. Alamak! Islamik Discovery Week minggu depan ni. Tambah lagi amanah yang kena laksanakan. Assalamaualaikum. BYE!!

p/s : awak sibuk..saya sibuk. namun dalam hati selalu berbisik..semoga doa jadi penghubung kita.

No comments:

Post a Comment