Monday, May 27, 2013

Exhausted. Struggle. Heading to this!


seriously!
Seperti mahu lari..hilang seketika. Mungkin macam x matang kalau lari..tapi tekanan datang bertimpa2, bukan mudah mahu hadapi semua. Yang pasti, bukan sekarang.

Orang mudah simpati, tapi susah empati. Maka, malas mahu buat muka sedih. Cuba senyum & gembira sehabis baik. Cuba membantu & memujuk mereka yang juga dilanda rusuh. Bukan mahu menipu, cuma berusaha menjadi seperti Rasulullah..wajahnya sentiasa menenangkan mata yang melihatnya, bicaranya mendamaikan hati yang mendengarnya.. :)

Alhamdulillah. Dalam sulit itu, Allah masih bagi aku kekuatan. Ada keluarga yang selalu menyemai kekuatan. Ada sahabat yang sudi mengetuk aku, beri kesedaran. Ada insan2 yang hadir mungkin hanya seketika tapi bagi kesan yang maha hebat. Terima kasih Allah. Terima kasih kalian.

Maka, inilah yang berlaku sepanjang aku cuba menahan sendu..yang sebenarnya berjaya membuahka beberapa butir air mata yang tertahan2.

Geng jalan tanpa tujuan? Eh, ada la!
Ok. Penat. Tapi ada kegembiraan. Alhamdulillah sekali lagi. (gambar aktiviti lain, lain masa baru muat naik..huhu) Sudah selesai mencari sinar..ya, sekarang kembali bertarung untuk siapkan tugasan yang 4 itu. Tinggal 2 minggu..untuk ini!!

Mohon doa. (dan sedikit chenta..mungkin?)


p/s : aku x pernah sempurna. lihatlah sisi lemah ini & sedarkan aku..betapa aku x mampu membahagiakan dirimu. atau siapa pun.

No comments:

Post a Comment