Monday, April 22, 2013

Hadapi dengan senyuman.. :)

Senyum.
Orang kritik kau, sindir kau, ketawakan kau,
Aku mohon kau terus kekal senyum.

Bukan sebab kau tidak terima,
Jauh sekali untuk tidak terasa,
Tapi api lawan api..nanti menyala,
Ukhwah yang ada boleh rapuh bila-bila.

Terus senyum,
Bukan muka bengang yang patut terlihat,
Apatah lagi pamer muka sedih dan kelat,
Biar kau rasa sakit teramat,
Tapi usaha la jaga hati sahabat
Dalam masa sama harus ingat
Mungkin ini satu rahmat
Allah tahu kau makin alpa
Asyik fikir benda, manusia dan dunia seisinya
Asyik fikir kurang orang lain sampai leka
Ibadah, amanah dan ukhwah diri tidak terjaga
Maka DIA bagi kau sedar dan kembali berubah
Jadi, jangan biar semua kejadian berlalu sia-sia tanpa ibrah.

Senyumlah.
Selagi kau mampu, aku mohon kau senyumlah.
Sama ada ia kayu pengukur kau ini penyabar atau tidak
Itu semua Allah yang punya hak.
Dan yang menegur, aku mohon kamu doakan dia
Kerana doa itukan senjata?
Tanggungjawab menegur mudah sahaja kamu laksana
Tapi mendidik dengan hikmah yang sering kamu lupa
Malah dibiar dia tanpa solusinya.
Aku tegur kamu, mohon kamu senyum walau terasa
Sebab aku juga kamu, aku juga dia.

#Ya Allah..jadikanlah setiap perkataanku membantu, bukan menjatuh.. :’)


p/s : semakin rapat hubungan kita..makin mudah kita terasa. moga Allah jaga ukhwah ini...

No comments:

Post a Comment