Saturday, June 8, 2013

Buat Buah Hati Hamba Saat Ini (panjang tajuk..haha)

Assalamualaikum... :)

Entry ni khas buat mereka2 yang banyak dengar & lihat aku membebel, mengarut, menangis, mengada-ngada dan segala me- yang wujud di muka bumi ni. (yang rasa bukan dia, sila berhenti baca..hehe, gurau!)


Sekarang musim exam, kita banyak masa melalut. So, malam ni aku teringin melalut lagi. Tapi biarlah berdestinasi..dan destinasi fikiran kali ini, khas buat kamu. Kamu yang hadir dalam perjalanan hidup aku yang hampir menjejak 22 tahun. Terima kasih sebab sudi bertahan dalam hubungan kita selama ni walaupun aku tahu aku ni serba-serbi x sempurna. Kamu sudah lihat aku pada sisi yang lemah, hampir kalah. Terhantuk, benjol, luka, hampir berdarah..kamu ada. Buat aku berusaha sekuat hati untuk pastikan air mata x mengalir tapi kamu nampak ia jatuh juga kan??

Kamu yang muda SIKIT tu selalu kata, jangan terlalu mengharap pada kawan sebab kita x akan kekal sampai bila2. Maaf, aku memang berharap tapi bukan pada kamu..pada Allah. Aku harap DIA jaga hubungan kita sampai syurga. Aku banyak perlu belajar, jangan kamu jemu mahu betulkan. Gaduh, pisah..biarkan. Cuma doa moga di syurga kita masih kawan. :') 

amaran keras : dia garang! :p
Kamu yang matang SIKIT selalu cakap, kalau apa2 jadi kamu juga yang terpaksa tolong fikir jalan penyelesaian. Maaf, aku memang banyak menyusahkan. Kadang2 masalah kamu sendiri belum selesai, aku pula bagi beban dengan seribu satu karenah bukan2. Tapi aku selalu doa, moga Allah jaga kamu untuk aku sampai kita jumpa lagi di bawah arasy-Nya. :')

siapa berkenan?? boleh risik melalui sy! hehehe
Kamu yang banyak emosi (hehe..jangan marah) selalu suarakan, aku ni banyak yang perlu diperbaiki. Memang benar fikirmu itu. Bila berada dalam kalangan kamu semua, aku selalu rasa kurang, selalu rasa terkebelakang. Maka bantulah aku. Meski aku menjauh, jangan pula kamu melangkah terus tanpa menolehku. Sebab aku masih sama, doa kita boleh gembira tanpa kecik2 ati nanti dalam syurga. :')

dia cubit..SAKIT! (-_-")
Kamu yang bakal tinggalkan kami di medan menara ni selalu tegur, jaga setiap pergerakanku. Teguran2 panasmu kadang2 buat aku mahu menjauh. Tapi kamu kakak, layaklah kalau kamu nasihat demi kebaikanku. Maaf kalau aku ni x mendengar kata. Kita sama2 degil tapi aku harap doa kita juga sama..mahu mengejar redha Allah. :')

letak yg x jelas bab takut kena marah..hihihi
Kamu yang hebat tapi selalu mengadu, aku ni banyak mendengar masalah hatimu. Kamu gah di hadapan mereka di barisan pimpinan tapi masih kekal si tunggal yang banyak pengaduan. Maaf kadang2 aku menjerkah kasar, kadang2 aku biarkan kamu tanpa jawapan. Bukan membenci, tapi mahu kamu belajar tangani isu sendiri..macam ketika kamu selesaikan masalah rakyat jelata. Dan paling utama, aku mahu kamu sedar yang aku ini lagi banyak kurangnya berbanding kamu. Cuma aku yakin DIA akan kuatkan kita sampai dalam syurga. :')

selalu la senyum ikhlas macam ni YB..sejuk ati. ;)
Dan kamu yang berlainan jantina selalu bilang, aku ni gopoh dalam semua hal. Dan aku ni banyak merajuk dengan kamu, kan? Aku yang sepatutnya menguatkan, tapi aku yang selalu buat kamu x keruan. Menyusahkan, merimaskan, melemaskan. Maaf, kalau kamu kata kamu yang kecil itu mudah rapuh..apa kamu rasa aku ini cukup besar untuk menanggung kehilanganmu? Padahal, macam yang aku pernah katakan..dalam setiap manjaku pada Allah, ada kamu di dalamnya. Jadi pegang aku sekuatnya, meski yang aku pinta kamu pergi sejauh2nya. :')

kamu bahagia? kalau sedih, kamu tahu cari aku di mana.

p/s : bila sang lelabah mendendangkan rasa di jiwa saat ini ~ mungkinkah terjadi ~

4 comments:

  1. lawa sahabat-sahabat anti, nak ngorat boleh..
    wink wnik...haha (^_____^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangaaaaaaaaaaaaaat!!! tp jangan yg first tu, dia GARANG! kalau nak, amik yang last..hehehe :P

      Delete
  2. Replies
    1. yang komen ni pun chomel jugak!!! awwww..jeles ai dengan yuuu! :3

      Delete