Thursday, June 6, 2013

Kosong. Tiada Rasa.

"Tiada kata yang dapat meluahkan perasaan, Kali ini, lukisan dan gambar juga gagal..." - anginawan


kosong. tiada rasa.

Gembira, bahagia, teruja
sakit, patah hati, kecewa..
Tafsirkan apa saja yang kau mahu
kerna perasaan itu ajaib, atau mungkin sulit
tiada kata, tiada rahsia,
hanya nada yang tiada rasa..
Percuma,
jangan ditanya, paksa pun jangan cuba
sebab ianya kosong, tiada apa
maka jawapan pun tiada..
Jangan pening
jangan cari jalan keluar
bila yang kau jumpa hanya jalan buntu..
Berhenti, macam yang aku buat
cari jalan pulang
Sang Pemerhati sedang memerhati
dan si pari2 menunggu kita kembali
sebab kata itu, rahsia itu, rasa itu
letaknya pada sebuah pintu
yang dalamnya tidak kosong, penuh rasa
hanya tinggal minta kunci dari Maha segala maha.

p/s : Allah...

No comments:

Post a Comment