Monday, June 3, 2013

Unsaid Feeling

Kau ingat saat pertama kali kita jumpa?
Pertama kali, aku lihat kau
Aku sedar kita punya banyak yang sama
Dari saat kau membuka kata
Aku sedar aku mahu kau dalam kisahku
Sebab kita sama pelatnya, sama asingnya.

Kau ingat saat kita bercakaran?
Kau ingat saat kita berjauhan?
Kau ingat saat  kita saling bergantungan?
Mungkin kau lupa,
Mungkin aku yang terlalu mengambil kisah
Hingga akhirnya, aku yang benar-benar terluka.

Kau selalu kata aku tidak memahami
Kau juga minta aku belajar tidak menghukum
Tapi satu yang kau tidak pernah minta
Memberitahumu betapa aku cukup berusaha
Setiap hari aku cuba jadi macam yang kau mahu
Setiap masa aku berusaha jadi yang terbaik untukmu.

Kau tahu berapa kali aku menangis kerana kecewa?
Terkesan dengan kata-katamu yang kata hampa dengan sikapku
Kau tahu berapa kali aku bagai hilang nyawa
Bila aku dengar kau ada sakitnya, ada sedihnya
Kalau saja kau tahu
Berbanding kau dengan dia yang aku suka
Facebookmu lagi selalu jadi tatapanku
Kata-katamu selalu jadi kekagumanku
Gambarmu, telatahmu selalu jadi kegembiraanku.

Asal kau tahu, aku tidak pernah marah dengan kau
Yang sering berlaku, aku terluka
Kecewa sebab aku juga tahu lelah
Setiap kali kau suruh aku sabar bila aku mahu tahu sesuatu
Aku benar-benar sudah cuba sedaya upaya
Tapi akhirnya aku kalah
Dan aku cuba cari tahu sendiri
Bukan sebab degil, tapi macam yang sudah aku katakan
Aku mahu kau dalam kisahku..dan aku mahu kisahmu dalam diriku.

Hari ini, aku menangis lagi
Aku tahu kau rasa terzalimi bila aku kian menjauh
Aku tidak bermaksud membenci
Tapi kau yang pergi bersama kebahagiaan baru
Yang tidak mungkin boleh ada aku bersamamu
Aku sedar dan aku tidak menyesal
Aku sayang kau, dan sekarang aku mahu lepaskan kau
Yang kosong biar aku, pergilah bersama dewimu..

No comments:

Post a Comment