Tuesday, July 9, 2013

Politikus? (entri yang kujanjikan dulu)

Tadi baca lagi pasal Mesir. Allah, kesian sungguh rakyat yang tertindas akibat perebutan kuasa pihak atasan.  Isu dunia hari ini, pergolakan dikatakan berpunca x mengamalkan demokrasi. Cis!!! Ingat mahu buat bunyi meludah tadi tapi terasa sangat x sopan so delete. Dr. Morsi menang juga atas sistem demokrasi tapi still masih ada gerakan yang menggulingkan beliau. X sangka rupanya ada lagi golongan 'bijak membelit' yang bertopengkan sistem demokrasi untuk memunculkan semula sistem totalitarian ketenteraan yang mungkin sekali akan memperlihatkan kenaikan rejim autoritarian. Aku malas membahas guna ilmu hubungan antarabangsaku yang masih cetek ni bab takut tambah pening2 lalat pula so boleh rujuk uncle google or kalau lebih rajin, boleh cari di library..hehehe.

nanti kita undi sama2 ya. ;)

Btw, actually aku bukan mahu cerita pasal ni secara total. Aku mahu elaborate tentang pandanganku mengenai politik tanah air kita ni. Janji kena tunaikan, takut kamu tuntut pula di akhirat..huhu. Tapi memandangkan aku sudah menghabiskan banyak masa baca pasal politik luar negara, so aku pun simpulkan politik dalam negara kita ni sebagai masih considered far better than many countries in the globe. DAN..aku sebenarnya sangat bersetuju dengan entri Islam dan politik by Hamka ni. Baca la dengan berlapang dada.


Last but not least..aku sokong perjuangan Islam. PERJUANGAN ISLAM : politik alat menyebarkan Islam. PERJUANGAN POLITIK : Islam alat menguasai politik. Bezakan. Aku inshaAllah berpegang pada ahli Sunnah Wal Jamaah. Aku x berminat pada warna atau moto..aku berminat pada penyatuan ummah seluruhnya. Semata2 kerana Allah dan berpandukan sunnah Rasulullah. Kalau kita rasa kita berjuang untuk Islam tapi x menggambarkan akhlak Rasulullah (panggil orang macai, bodoh, anjing whatsoever. apatah lagi yang x jaga rukun Islam)..jangan salahkan pihak lawan atau sebarang teori konspirasi, fikir kekurangan diri. Mahu berdebat..aku bukan orang hebat. Tapi inshaAllah aku ada peganganku..dan undiku, shhhh! Rahsia.


p/s : tegakkan Islam dalam diri nescaya Islam akan tertegak di tanah air..terima kasih ingatkan. :)

No comments:

Post a Comment