Wednesday, April 2, 2014

Untuk Malam Ini. Detik ini. Tolong.

Setelah sekian lama. Macam batu terhempap ke kepala. Kesian. Baru sekarang mahu sedar diri. Sekarang biarkan aku menghilang. Sebab sudah terlalu lama aku menjaja diri demi secebis kasih. Kalau aku pergi, harap mengerti. Kalau pun tanpa izin, tanpa permisi.

Sudah lama menunduk mengemis perhatian dan jalinan persetiaan. Tiba-tiba jadi malu. Bila belek-belek album lama, macam menelan pasir pun ada. Rupanya aku memang jenis-jenis yang masuk ke dalam gambar dengan muka tembok tidak sedar diri. Sibuk mencurah ke tadahan-tadahan yang aku jumpa di sepanjang perjalanan. Padahal tadahan itu sikapnya hanya menerima, tidak mampu mengatakan tidak.

Allah..sebaik-baik 'title' yang mampu aku terima hanya sebagai hambaMu. Itu pun hanya hamba yang tidak setia. Yang di hatinya selalu berputus asa. Yang di mulutnya selalu mengadu. Yang jika diberi peluang mengeluh, sehabis nafas dia mahu. Tapi hamba inilah yang sering terlintas di jiwanya sejuta rasa riak bangga bila ada yang memuji betapa baiknya dia. Sering juga yakin hingga terkadang angkuh bahawa dia paling memahami, paling menyayangi, paling setia, paling tabah. Menipu pada diri. Kurang cerdiknya aku!

Malam ini aku mahu hilang. Hilang dari dunia ciptaan sendiri. Tidak lama..hanya sedetik untuk kau ingat. Kerana aku muak dengan seorang Siti Asdiah ini. Mengada-ngada. Paling layak dicemuh dengan sikap perasan baiknya. Kalau boleh, baling batu sahaja sampai tidak tersisa sikap-sifat mazmumahnya. Atau tolak gaung sahaja berkali-kali sampai insan ini terbangun dari mimpi-angan-perasaan yang membuatkannya terkebelakang, menjadi habuk di jalanan orang.

Allah, maafkan hambaMu. Malam ini aku rapuh dan membiarkan aku jatuh. Untuk malam ini sahaja, tepat pada detik ini sahaja Ya Allah. Izinkan aku membenci diri..supaya detik kemudian aku mampu gagah untuk bersyukur lagi dengan segala yang aku ada.

p/s : aku benci entri ini. tapi aku lagi benci diri sendiri..kerana terlalu menyayangi diri.
       Mom.. :'(

No comments:

Post a Comment