Friday, August 20, 2010

matang

Time buang masa bercerita dengan kawan2 di kelas,isu matang tersentuh. Suddenly teringat kata2 beberapa orang tentang aku. "Saya tidak sangka kamu ni matang dalam usia macam ni. Malah saya rasa, lebih matang daripada saya.", kata seorang guru. "Kakak ni matanglah, banyak yang kakak tahu.", kata seorang junior di sekolah. Hmm..entahlah. Tapi kalau tanya dengan kawan2.. "Pren, tua sudah kau tu. Janganlah perangai macam budak2.", "Ek!Mukamu ja tu macam orang matang. Yang perangai, kalah2 budak darjah.".. Nah, jadi macam mana ni? Aku matang atau tidak? Ok, kalau kamu tanya aku..aku jawab macam ni ja. Aku tidak sematang yang orang fikirkan. Cuma aku suka berbicara mengikut pengalaman dan pengetahuanku yang cuma sedikit. Terutamanya bila bagi nasihat dengan orang. Alhamdulillah, setakat ni masalah yang diujarkan kepadaku ialah masalah2 yang aku pernah alami atau orang2 terdekatku yang alami. Jadi, mudah aku mau bagi nasihat. Tapi, satu yang kuakui..aku agak pandai bermain dengan kata2, itulah nasihatku flowing macam air terjun. Mungkin tidak keterlaluan kalau aku kata boleh menyejukkan sikit hati yang gundah tadi. Kelebihan Allah bagi sama aku.. Alhamdulillah.

Monday, August 16, 2010

Birthday Girl

Its my birthday! Usia menganjak terus..macam besar sudah yang angka. Tapi aku tidak rasa aku cukup matang sematang usiaku. Awet muda kali.. Atau sebenarnya masih cuba bertahan pada usia yang sama tiap kali tarikh ini datang..? Lupakan saja larr.. Bagi aku, i'm still 12..huhu. Why 12? Sebab masa umur inilah aku banyak kenangan yang best2, kenangan budak2 yang terakhir sebelum mencuba jadi dewasa.. Ok, pass! Hari ni aku tidak mengharapkan wish dari sesiapa kecuali ingatan dari family, 3 orang besprenku & mungkin u.h,for this year..who knows.. well, semoga aku semakin dekat kepada pencipta..amin.

Sunday, July 18, 2010

kepercayaan

silapnya di mana?
kepercayaan punya nilai yang tiada
terkadang menjadi satu persinggahan sementara
dalam mencari titik permulaan
pada suatu hubungan yang tidak berkesudahan..

Thursday, June 24, 2010

I'm back!

Salam.. Lamanya aku tidak menulis dalam lappy ni..rindu sangat2. Maklumlah, kan kakakku yang guna lappy ni time awal tahun ni. Guess what, tahun ni aku ambik STPM.. Fuh! Takooot!!hehe. Oh ya,sekarang aku kenal dengan banyak lelaki. One of them is younger than me but I think he is matured enough to guide me. Nope! Bukan guide yang itu..maksudku guide me dalam hal agama. Aku suka berkawan dengan seseorang yang boleh berbicara tentang agama. Salah satu ciri yang wajib ada dalam diri u.h aku.. Tapi aku dengan lelaki ni bukan couple tapi kalau ada jodoh, insya Allah aku tidak tolak..hehe.. Amin kan saja. Selain itu? Ada juga yang 'maju usia' dari aku..tapi atas sebab2 tertentu, aku tidak boleh mention tentang orang itu.. But, better focus on my study sebab aku tidak lama lagi STPM!!!! Soal JODOH?? Itu nanti..nanti..dan NANTI! huhu..bak kata cikgu2 & familyku, universiti lagi baik. Oklah, mau 'dating' dulu..salam.

Saturday, June 20, 2009

Beginilah ni

Salam.. Lama sudah aku tidak menulis dalam laptop ni. Aku busy bah.. Oh ya, aku happy sebab aku dapat emas kategori Solo Jurus Tunggal dalam Sabah Games (SAGA) hari tu & insya Allah pegi SUKMA tahun depan. Alhamdulillah.. Another thing is, aku jumpa balik seorang lelaki yang pernah aku usha time kecik2. Nakal dulu aku ni..hehe. Tapi tidak juga fikir apa2 ya..Emm..aku lupa pula, aku dapat tawaran pegi Uitm Kedah dalam asasi undang2 tapi terpaksa tolak & sekarang aku masuk form6 saja di SMK Bukit Garam. Tapi tidak mengapa, aku happy juga sebab banyak yang aku kenal.. Aku yakin, kejayaan ada di mana sahaja..yang penting nawaitu kita..