Monday, February 18, 2013

Rindu setengah mati

Pejam celik pejam celik..tiba la hari yang aku harap lambat lagi baru tiba. (-_-") Hari last aku berada di kampung sebelum terbang semula ke medan perjuangan. Bukan malas belajar. Bukan bukan bukan!! Aku rindu suasana belajar. Aku rindu bumi UM apatah lagi Kolej 8. Tapi aku masih belum habis lepaskan rindu pada insan2 terchenta di tempat sendiri. Cuti sebulan banyak aku habiskan bersama keluarga. Kawan2 & guru2..hanya segelintir. Tapi still, alhamdulillah.

Btw, cuti kali ni alhamdulillah DIA bagi peluang aku jumpa kawan lama. Mel. Salah sorang daripada my besties yang 3 orang. Makan coto, borak pasal kehidupan & kongsi pengalaman. Sangat bahagia sebab boleh lepas rindu. Sudah lama rancang mau jumpa, baru kali ni dapat realisasi. Cuti lepas hanya dapat jumpa si Pres. Moga2 cuti depan dapat jumpa si Nas pula..inshaAllah kalau umur & jodoh panjang. :)

coto makasar buat aku gila bayang..hihihi

18 Januari. Mesti ramai rakan2 yang sudah mula kuliah kan? Aku doakan semua sudah dapat semangat baru untuk menuntut ilmu. Ingat, kita belajar kerana Allah. Jangan belajar kerana segulung ijazah sahaja bab apa yang kita niatkan, itulah yang kita dapat. Kita niat dunia..dunia la kita dapat. Kita minta akhirat..inshaAllah akhirat la kita dapat & bonus dunia yang Allah bagi. So, jom tajdid kembali niat belajar kita. Semoga kejayaan milik kita di dunia dan akhirat. Allah kan Maha Pemurah. Ni aku cakap sebagai peringat diri juga. Moga aku berbuat apa yang aku sampaikan. :)


Ok. Barang sudah siap pack, tinggal angkat. Alhamdulillah, genap sebulan aku berbakti pada keluarga macam yang sudah diniatkan sebelumnya. Moga amal yang x seberapa ini diterima. :)


p/s : "masih suka simpan dalam hati? perangai masih sama macam dulu." ya sahabat..aku masih sama. btw, bapa kata ok! faham?? :p

2 comments:

  1. welcome back cik as..hehe
    niat untuk dunia akhirat, insha Allah dpt dua2 ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh! mekasih mekasih..
      inshaAllah..dua2 penting!

      Delete